Tuesday, May 28, 2013

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 15


Bab 15

PINTU rumah dibuka, salam diberi. Puan Sharifah Azian yang berada diruang tamu menjawap salam. Matanya menangkap susuk tubuh Irfan yang baru masuk ke dalam rumah. Muka anaknya yang sentiasa dihiasi senyuman itu dipandang.

“Hah Fan baru balik?” soal Puan Sharifah Azian setelah Irfan melabuhkan punggung disebelahnya. Irfan mengangguk perlahan. Kepalanya dikusutkan sedikit. Irfan mengeluh sambil membuang pandang kearah tv. Cerita Adam Dan Hawa yang mama tergila-gila sedang ditayangkan.
Puan Sharifah Azian memandang anaknya, nampak macam anaknya sedang dilanda masalah yang besar. “Fan, are you okay son?” Kesian dia melihat keadaan anaknya. Macam orang putus cinta pun ada tapi takkan la Irfan putus cinta.

Irfan mengalih pandang kearah mamanya. Kepala dianggukkan. “I’m okay ma, don’t worry.” Puan Sharifah Azian semacam tidak percaya akan jawapan Irfan.
Then why you look so bad? It is everything okay?” Puan Sharifah Azian masih ragu-ragu.
Yeah I’m okay.” Potong Irfan laju. Jawapan itu dijawap dengan senyuman untuk meyakinkan Mamanya. Dia kemudian meminta diri untuk ke bilik. Puan Sharifah Azian hanya mengangguk sambil tersenyum. Kaki melangkah memanjat tangga perlahan.
Mungkinkah dia bakal isteriku? Soal Irfan dalam hati. Kepalanya diketuk perlahan, bibirnya tersungging senyuman kecil. Apa yang aku melalut sampai ke situ. Dia ketawa sendiri.

HATINYA mendongkol geram dengan perangai gila alongnya. Jam didinding bilik dikilas sepintas lalu. Dia kemudian membaringkan badannya ganas. Kepala dipusing ke kiri dan kanan sampai dia sendiri pening. Jam berdenting lagi. Baik aku menenangkan jiwa yang gila ni dengan berendam lagi bagus. Kaki bergerak ke bilik air didalam bilik. Bath tub dihampiri, paip dibuka untuk memenuhkan bath tub. Sabun dituangkan hampir separuh botol. Gila! Aku memang dah sawan ni. Sebentar kemudian semerbak haruman sabun tadi memenuhi bilik air. Nafas ditarik, segar. Dia menyalin pakaiannya, radio dihidupkan. Lagu jiwang kesukaannya dimainkan, volume juga sudah ditinggikan. Badannya direndam ke dalam bath tub. Dia terleka sekejap. Keluhan keluar dari mulutnya. Perasaan itu perasaan itu datang lagi. Perasaan sunyi tidak bertepi. Seluruh badan dan kepala dimasukkan dalam air. Dada menahan nafas. Lama dia berbaring dalam keadaan begitu. Laungan azan Maghrib dari Masjid sebelah menyedarkannya. Dia bangun dan keluar dari bath tub. Badan dibersihkan dan air wuduk diambil.
Baju dipakai. Sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Telekung disarungkan dengan tertib. Dengan lafaz Bismillah, dia memulakan tugasnya sebagai seorang hamba, tugasnya sebagai seorang Islam.
Salam diberi, mulutnya terkumat-kamit mengucap syukur kepada pencipta-Nya diikuti surah-surah untuk menenangkan hati. Hatinya sebak tiba-tiba. Dia sendiri tidak faham kenapa dia perlu sebak. Air mata mengalir setitik demi setitik. Pandangan diangkat dari menunduk. Matanya terpandang Surah Yassin yang berada di atas meja berhampiri katilnya. Kaki didirikan, melangkah dengan perlahan mengambil Surah Yassin dan kembali duduk diatas sejadah. Bacaan dimulakan. Air mata yang berhenti tadi kini mengalir dengan lebih deras. Dia kin berasa dirinya betul-betul kerdil disisi Allah SWT. Hatinya kembali tenang setelah hampir separuh membaca Surah Yassin. Dia mengucap syukur dalam hati. Air mata yang mengalir kini kering dengan bantuan Allah SWT.
Dia menghabiskan bacaannya. Surah Yassin ditutup dan dicium penuh syahdu. Dia bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita Islam. Terdapat segelintir wanita bukan Islam menyatakan yang mereka amat mencemburui wanita Islam. Kenapa? Wanita Islam lebih dikenali dengan adab sopannya, sifat pemalunya, ketabahannya dan keikhlasan berjuang untuk hidup sebagai manusia dibumi ini. Disebalik kecantikan yang Allah SWT telah kurniakan terdapat segelintir yang masih tidak sedar dan masih melakukan dosa.
Masih lagi mereka berfoya-foya sehingga terlahirnya seorang lagi umat manusia. Bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, ditinggalkan ditangga masjid, dicampak dari tingkat 3 bangunan dan macam-macam lagi. Tidakkah terbit sekelumit rasa bersalah dalam diri yang membuang amanah Allah terhadap kita ini? Dengan dunia sekarang yang makin tergelam dengan teknologi yang semakin canggih. Manusia lupa akan dunia yang bakal mereka pergi selepas bumi. Nauzubillah.. Minta Allah SWT jauhkan.
Tangannya kini ditadah. “Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kau jauhilah wajah ibu dan bapaku dari disimbah api neraka-MU. Dekatkan mereka dengan syurga-Mu yang indah. Selamatkan kami dunia dan akhirat. Permudahkan urusan mati kami, permudahkan urusan timbangan kami Ya Allah. Amin Amin Ya Rabbulalamin.” Tangan diraup ke muka. Belum sempat dia membuka telekung, pintu bilik diketuk. “Masuk,”
Pintu bilik terkuak. Aymal masuk lalu menutup pintu. Kaki dibawa ke katil. Punggung dilabuhkan diatas tilam empuk itu. “Dah habis solat?” soalan dari Aymal dibalas anggukan dari Qairysha. Telekung ditanggalkan dan dilipat rapi. Sejadah dilipat dua lalu disangkut diampaian tuala. Aymal memerhati setiap gerak geri adiknya. Dia perasankan sesuatu yang pelik dengan adiknya yang jalan dengan menunduk. Qairysha yang berjalan ke hulur ke hilir ditarik duduk disebelahnya. Kepala adiknya didongak memandang kearahnya. Mukanya sembab dan merah. Qairysha menangis? Hatinya sedikit tidak sabar untuk bertanya.
Qairysha hanya diam. Dia masih berfikir bila angahnya balik. Dia sendiri tidak sedar. Aymal tidak mahu terus bertanya. Mesti adiknya akan berdalih. Mulutnya ingin bertanya tetapi berat sekali untuk dibuka.
“Bila..angah sampai?” Qairysha masih menekur lantai saat soalan itu keluar dari mulutnya. Dia cuba merahsiakan apa yang terbuku dalam hatinya. Dia tidak mahu berkongsi perasaan ini. Angahnya mesti perasan dengan perangai dia yang senyap tidak seperti selalu.
“Angah baru je sampai dengan Alang tadi. Adik angah yang cantik ni okay? Ada apa-apa yang nak dikongsikan dengan angah ke?” soal Aymal tenang. Dia tidak mahu terlalu menekan nanti adiknya akan mendiamkan diri. Jadi langkah pertama untuk membuatkan Qairysha membuka mulut sudah dilakukan. Kini tinggal menunggu respon adiknya.
Qairysha hanya tersenyum hambar. Kepala digelengkan tanda tiada apa yang patut dikongsikan. Aymal menggosok kepala adiknya dan menarik Qairysha ke bahagian koridor bilik. Kepala didonggakkan ke atas melihat langit. Lalu menarik Qairysha rapat dengannya sambil mula bersuara.
“Kalau adik memerlukan bahu untuk melepaskan tangisan sedih atau gembira panggil angah, jika adik memerlukan telinga untuk mendengar cerita adik call angah dan jika adik tidak memerlukan angah sebagai tempat untuk mengadu. Adik bersujudlah kepada-Nya, adik ceritakanlah segala kegusaran yang bersarang dalam hati adik. Adik curahkan segala rasa yang terbit dalam hati adik. Adik muntahkan segala ketidakpuasan hati adik. Adik luahkan kerisauan hati adik. InsyaAllah, Allah SWT maha berkuasa dan maha penyayang. Dia pencipta seluruh alam semesta ini. Cuba adik perhatikan langit diatas kita.” Qairysha mendongakkan kepalanya ke atas. Melihat langit yang gelap dan dipenuhi bintang.
“Pernah tak adik terfikir, bagaimana Allah SWT yang mencipta bumi tanpa menggunakan tiang untuk menampung langit? Bagaimana Allah SWT yang menurunkan air hujan dari langit yang tidak bertiang? Subhanallah. Begitu besar sekali kekuasaan Allah. Pernahkah adik terfikir bahawasanya terdapat ramai lagi insan diluar sana yang tidak berdaya untuk hidup dibumi Allah ini? Tetapi mereka terus berjuang dan berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi. Mereka menyakini bahawa Allah itu maha penyayang, begitu jugak adik. Adik perlu sentiasa bersabar dalam menjalani hidup sebagai  seorang manusia. Adik kena kuat untuk orang sekeliling adik dan jangan pernah adik lupa, angah, along, alang, emak dan ayah sentiasa menyokong adik dari belakang walaupun apabila kami sudah menutup mata.” Nasihat Aymal lembut. Qairysha diam. Dia merasa setiap perkataan yang keluar dari mulut angahnya sangat tenang dipendengaran telinga. Hatinya tidak berhenti dari mengucap syukur dan memuji kebesaran Allah SWT.
Ketukan dipintu menghentikan perbualan mereka. Kuakan dari luar terjengul wajah Ayhan dengan gigi yang saja dijongangkan. “Assalamualaikum, ya habib dan ya adik. Sudah-sudahlah tu bercengkerama. Kami ni lapar duk tunggu hang pa dua dok buat drama Hindustan dalam bilik ni.” Keluar dah loghat utara Ayhan. Bila perut mula membunyikan irama, mulut mula macam murai tercabut ekor.
Qairysha dan Aymal berpandangan serentak sambil ketawa kecil. Tahu salah mereka. Laju sahaja kaki dimelangkah masuk ke dalam bilik dan turun ke bawah beriringan dengan dua orang abang yang perangainya Ya Allah. Malaun tahap petala bumi. Haha.
********************


MAKAN malam keluarga Encik Fiqrash Ayzam dipenuhi dengan gelak ketawa sang anak. Ditambah pula dengan kepulangan anak-anaknya yang lain membuatkan meja makan itu gamat dengan suara. Senang hati kalau hari-hari suasana riuh sebegini kalau tidak hanya berempat je. Terpancar sinar kebahagiaan dimuka Puan Qistina melihat telatah anak-anaknya yang dulu hanya sekecil tapak tangan kini sudah meningkat ke alam dewasa. Cepatnya masa berlalu.Qairysha yang tadinya bermuram durja kini bisa tesenyum semula. Makan malam yang sangat indah baginya dengan berkumpul sekeluarga begini menghilangkan perasaan itu sekelip mata. Perasaan itu hilang tanpa disedari.
Selesai makan malam, mereka semua berehat diruang tamu sambil menjamah Red Velvet cupcake buatan aku. Ayhan mula membuka suis untuk berborak. Bermacam-macam cerita yang dijadikan bahan untuk menghiburkan hati kami. Setelah lama kami berdiam diri ayah bersuara pula.
“Syarikat macam mana long? Semua dalam keadaan baik?” Ayman yang sedang menguyah itu terhenti seketika tika namanya meniti dibibir ayahnya. Dia tersenyum senang.
“Buat masa ni Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik. Ayman ada satu berita gembira, syarikat kita dah dapat tender yang pernah ayah idam-idamkan tu. Ayah ingat tak Syarikat Sapura Holding?” Ayman bercerita dengan bersungguh.
Encik Fiqrash tersenyum senang mendengar perkhabaran itu tetapi mendengar satu nama itu membuatkan hatinya bertambah terkejut. “Sapura Holding? Biar betul man? Kamu tak main-mainkan dengan ayah?” Soal Encik Fiqrash seperti tidak percaya. Mahunya nak percaya, hampir lima belas tahun dia cuba untuk merebut tender untuk bekerjasama dengan Syarikat gah dan besar seperti Sapura Holding. Tetapi bukan rezeki kala itu dan tender itu terlepas begitu sahaja. Kini pengkhabaran dari anaknya benar-benar membuatkan dia terperanjat.
“Ya ayah, Sapura Holding. Ayman nak tipu pun tak guna ayah, kalau sekali Ayman tipu dapat keluar jongkong emas seketul tak apalah jugak.” Ayman berseloroh. Dia sendiri sebelum ini tidak percaya dengan berita yang disampaikan pekerja bawahannya. Tetapi dengan bukti yang dibawa membuatkan dia rasa bersyukur sangat. Peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Berusaha itu tangga kejayaan orang-orang yang berjaya.
Kedengaran ucapan syukur dari kedua mulut Puan Qistina dan Encik Fiqrash. Encik Fiqrash berkata lagi. “Jangan disia-siakan peluang yang ada Man, jaga elok-elok syarikat kita tu. Syarikat yang ayah usahakan untuk kamu semua menggunakan tulang empat kerat yang kini tinggal dua rat je.” Lawak Encik Fiqrash disambut riuh oleh yang lain. Puan Qistina sendiri tersenyum simpul mendengar lawak spontan suaminya.
“Nanti kalau ayah dan emak tak ada, kamu bahagikanlah harta yang tak seberapa ini dengan seadil yang mungkin. Jangan kamu abaikan adik kamu yang sorang ni, dia masih mentah dan tak tahu mana buruknya lagi alam dewasa yang bakal ditempuh. Sentiasa mengawasi dia agar tiada yang mempergunakan dia. Sentiasa bersedekah untuk mendapat rahmat Allah SWT.” Pesanan Encik Fiqrash membuatkan aku terkedu. Ayman dan yang lain juga sudah memandang kearah Encik Fiqrash. Ayah ni saja je tau nak buat drama air mata, mentang-mentang aku pelakon utama. Eeee mulalah air mata aku ni nak menitik, drama air mata sungai dah mula membanjiri mata aku. Haih nasib dapat mata banyak air ni.
“Ayah tak baik cakap macam tu, Mati kita ditangan Allah, semoga Allah SWT panjangkan umur ayah dan emak supaya kita sama-sama dapat menjalani hidup didunia ini. Syarikat dan kami masih memerlukan ayah, Man juga sangat memerlukan ayah. Terguris perasaan Man mendengarnya. InsyaAllah, selagi iman masih kukuh kuat di sini di dada ini, selagi langit belum runtuh ke bumi, selagi bulan dan bintang belum jatuh ke bumi . Man akan jaga amanah ayah dengan sebaik yang mungkin.” Ucap Ayman ikhlas sambil menunjuk kearah dadanya yang bidang. Bicara Ayman mendapat anggukan dari Aymal dan Ayhan. Aku? Hanya berdiam diri memikirkan nasib sekiranya emak dan ayah meninggalkan aku didunia yang fana ini.
Bagaimanakah kehidupanku jika tanpa emak dan ayah? Adakah aku dapat bergembira seperti sekarang? Adakah bagai bulan tanpa bintang yang menemaninya sepanjang malam? Adakah bagai siang tanpa matahari? Adakah bagai laut tanpa ombak? Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-MU agar kau panjangkan hayat emak dan ayahku. Amin.

Tuesday, April 23, 2013

Cik Lesung 'Batu' Dan Encik Sengal 14


            Bab 14

QAIRYSHA melabuhkan punggungnya diatas sofa. Remote yang berada diatas meja kopi dicapai. Badan disandarkan ke sofa. Siaran di televisyen itu ditukar satu persatu. Bila perutnya sudah penuh dengan makanan matanya terasa berat sekali untuk dibuka. Haipp tak baik tidur lepas makan. Matanya dibesarkan kembali. Dipicit lagi apabila cerita yang terpapar tidak bersesuaian dengan moodnya. Matanya semakin layu kepalanya juga sudah mendarat diatas bantal.
“Ryshhhh!” Jerit Puan Qistina dari dapur. Jeritan itu mengejutkan Qairysha yang hampir lena. Matanya terbuka luas akibat terkejut. Otaknya tidak dapat mencerna maklumat yang baru diterima.
“Qairyshaaaa, dengar tak mak panggil ni!” Jerit Puan Qistina sekali lagi apabila tidak mendapat respon dari anaknya. Dia yang berada di dapur sudah penat menunggu. Budak ni dok buat apa sampai dipanggil pun tak dengar.
Qairysha tersedar, oh emak yang panggil rupanya. Dengan malas dia bangun menuju ke dapur. Kaki yang membawa badannya terasa berat untuk melangkah. Matanya juga digosok perlahan untuk mengurangkan rasa mengangtuk. Dia melangkah masuk ke ruang dapur. Matanya memandang wajah emak, apa kena la dengan emak ni. Kerjanya asyik nak memekik aje. “Ya mak, ada apa? Rysh tertidur tadi tu yang tak menyahut.” Soal Qairysha berserta dengan jawapan sekali. Malas mahu bersoal panjang dengan emak baik bagi terus jawapan. Puan Qistina memandang anaknya yang membebel itu dan ini.
“Rysh tolong mak sikit boleh?” Puan Qistina pula menanyakan soalan. Qairysha mengangkat kepala memandang emaknya. Dia menganggukkan kepalanya sedikit sebagai jawapan.
“Tolong apa mak?” dengan muka toya dia menyoal. Puan Qistina tersenyum memandang Qairysha yang menjawap dalam mamai.
“Rysh tolong hantar lauk dekat rumah Auntie Azian.” Sebaris ayat itu menyedarkan Qairysha yang masih mamai. Apa? Hantar lauk rumah si mamat sengal tu? Eeee yukks. Kenapa mesti rumah dia? Jiran dekat sebelah menyebelah ni bukan seorang dua. Belambak! Gerutu Qairysha dalam diam. Puan Qistina memandang kearah Qairysha yang tidak memberi apa-apa jawapan pada soalannya tadi. Puan Qistina menghampiri Qairysha. Tangannya digoyang-goyang dihadapan Qairysha. Qairysha diam tidak berkutik. Bahu anaknya ditepuk perlahan. Qairysha tersentak lalu memandang emaknya. Eh bila pulak mak dah ada depan aku ni? Soalnya pada diri sendiri.
“Rysh boleh tolong emak tak ni?” Soal Puan Qistina sambil menjentik dahi Qairysha yang masih mengelamun. Qairysha mengaduh perlahan.
“Aduhh!” Sambil menggosok dahinya. Mata memandang wajah emak yang slumber. “Apa mak main jentik-jentik dahi ni? Tahulah dahi Rysh ni licin.” Soal Qairysha kembali membalas soalan Puan Qistina.
Puan Qistina mengetap bibir menahan rasa apabila soalannya dibalas dengan soalan. “Tolong hantar lauk ni cepat, toksah dalih-dalih lagi.” Arahan tegas dikeluarkan Puan Qistina. Qairysha memandang bekal makanan itu lalu mengangguk lemah. Dia mencapai bekal makanan yang disua emaknya. Lalu berjalan keluar dari dapur ke pintu utama dengan muka cemberut.



QAIRYSHA menghampiri pagar rumah Irfan Djokovic dengan perasaan yang bercampur-baur. ‘Ya Allah, aku bermohon kepada-MU supaya tidak ditemukan dengan si Irfan’ dia berdoa di dalam hati lalu menyapukan tangan ke muka. Dia melangkah masuk dengan angkah perlahan lagaknya sudah seperti seorang pencuri pulak. Alahai hati sudah cukup kau berdegup sudah tiba masanya kau berhenti sekarang.
Irfan yang berada didaam rumah memerhati seseorang dari tingkap yang sudah dilekatkan dengan pelekat hitam supaya orang yang berada di luar tidak dapat melihat ke dalam. Kenapa perempuan ni terhendap-hedap macam pencuri tak bertauliah je? Eh Fan ada ke pencuri yang bertauliah? Dia menyoal pada dirinya pula. Irfan bangun dan menghampiri pintu rumah. Kepala didekatkan pada cermin pintu. Diam dan sekadar memerhati.
Qairysha berdiri tegak dihadapan pintu kayu yang dihiasi kaca ditengah dan dilekatkan pelekat hitam untuk mengkaburkan pandangan dari luar. Irfan masih memerhati Qairysha yang hanya berdiri tegak. Qairysha menarik nafas lalu mengangkat kepala sewaktu pintu rumah itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya sebelum diketuk. Matanya terpaku memandang mata orang yang membuka pintu itu.
“Kenapa awak terhendap-hendap depan rumah saya ni? Tahulah saya handsome tapi janganlah sampai angau datang mengendap ke rumah saya.” Fuhhhhh pedass! Terasa berpijar telinga Qairysha mendengar sindiran pedas. Matanya ditutup, nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan lalu matanya dibuka kembali. Mulutnya terkunci saat mengangkat muka memandang si jejaka perasan.
“Saya tak ada masa nak datang mengendap awak tu bukan dapat faedah pun.” Jawap Qairysha dengan suhu yang semakin meningkat naik. Mamat ni boleh tahan jugak kalau bercakap. Pedas dia lebih berapi dari cili api.
“Ala, tak apa saya faham. Mana ada orang mengaku dia mengendap saya, jatuh la maruahkan. Saya faham kenapa awak jawap macam tu. Susah jadi orang yang terlalu handsome ni.” Irfan pula sudah mengeluarkan senyuman bangga serta pujian yang melambung tinggi. Sengaja dia mahu menyakat Qairysha. Dia memandang wajah Qairysha yang sudah merah. Marah la tu. Dia menyorok senyum.
Qairysha sudah tidak tahan. “Buat pengetahuan awak, saya datang ni pun disebabkan emak saya suruh hantar lauk dekat Auntie Azian. Dalam hati saya tak ada sekelumit pun perasaan terhadap awak dan buat pengetahuan awak jugak…..” Ayat Qairysha terhenti disitu. Irfan sudah tidak betah duduk. Dia ingin tahu ayat yang seterusnya. Dia mengangkat kening supaya Qairysha meneruskan bicaranya.
“Awak ni sebenarnya handsome sangat. Memang handsome macam adik beradik awak…..” Qairysha menghentikan ayatnya lagi. Sengaja mahu melihat reaksi lelaki dihapannya. Irfan tersenyum mendengar pujian Qairysha. Dia sudah menggaru-garu kepalanya. Dia mengangguk laju.
“Awak pernah jumpa adik-beradik saya ke?” soal Irfan lurus. Qairysha mengangguk samba tersenyum manis.
“Selalu.” Jawap Qairysha pendek.
Dahi Irfan sudah berkerut. Rasanya aku baru je pindah sini macam mana dia boleh kenal adik beradik aku pulak. “Dekat mana awak jumpa?” soal Irfan lagi.
Qairysha tersenyum, yes jerat mengena!
“Adik beradik awak yang selalu main panjat-panjat pokok tu saya selalu jumpa dekat zoo. Dengan erti kata sebenar awak ni handsome hanya untuk stok monyet dekat Zoo Negara je!” Hambekk kau sebijik. Padan muka kau, Qairysha tersenyum puas hati. Dia menghulur bekal lauk itu tepat ke perut Irfan. Irfan sudah mengaduh sakit. Qairysha tersenyum sinis lalu bergerak meninggalkan Irfan dan pulang ke rumah.
Irfan terkejut mendengar jawapan terakhir Qairysha. Amboi, aku nak kenakan dia, dia pulak kenakan aku balik. Hish tak boleh jadi ni. Kata hatinya yang panas. Bekal lauk ditangan dilihat. Minah ni datang nak bagi lauk rupanya. Kaki dibawa menuju ke dapur.



QAIRYSHA menghentakkan kakinya apabila tiba dipintu rumah. Mulutnya tidak henti-henti menyumpah seranah. Benci sungguh dengan Irfan Djokovic yang kejam. Eeeee benci-benci! Kenapa la ada makhluk Tuhan yang macam tu dalam bumi ni? Kenapa dia tak duduk dekat planet Zuhal ke Neptune ke kan aman sikit bumi Malaysia ni.
Badannya dihempaskan ke atas sofa lalu menghela nafas panjang. Apa benda yang boleh aku buat bagi dia tak lekehkan aku eh? Dia mengetuk-ngetuk jarinya ke kepala. Bajet macam professor je bila buat gaya macam tu. Ayman sekadar memerhati adiknya dari tangga.
Dia turun pun sebab terdengar adiknya sedang menyumpah seranah entah siapa-siapalah yang menjadi mangsa. Qairysha terasa seperti sedang diperhatikan lalu berpaling ke belakang. Baik punya alongnya sedang merenung kearah dia. Along ni dah kena sampuk ke apa, main renung-renung pulak. Bantal ditangannya yang menjadi bahan untuk dia melampiaskan amarah dibaling tepat ke muka alongnya. Ayman terkejut lalu jatuh tergolek dari tangga. Qairysha sudah pecah ketawa.
Ayman mengangkat kepala memandang adiknya yang sedang ketawa. Kau gelakkan aku ya, tunggu kau nanti aku balas. Hari ni hari aku jadi nangka esok lusa kau pulak yang jadi cempedak. Marah Ayman dalam hati. Matanya tidak lepas memandang adiknya yang sudah terdiam apabila mendapat jelingan maha tajam darinya.
Qairysha menekup mulutnya dengan tangan menahan diri dari ketawa. Karang pecah tawa ni lagi sekali mahu mengamuk along satu rumah. Dia menarik nafas lalu beriak serius. “Sorry long..” ucap Qairysha dengan muka sehabis serius. Dia sebenarnya sudah tidak dapat menahan ketawanya apabila gambaran alongnya jatuh tergolek dari tangga masih segar dalam ingatan.
Ayman hanya memandang sekilas. Tahu adiknya sedang menahan diri dari ketawa. “Jangan ditahan gelak tu, kang sakit susah pulak” Ayman berkata sambil bangun dari duduknya.  Apa benda tahan gelak boleh sakit pulak ni? Ahhh aku pun dah tak betul macam Rysh! Kaki dibawa ke sofa. Punggungnya digosok perlahan. Sakit jugak jatuh tangga ni. Memanglah sakit takkan boleh sedap pulak.
Tawa yang tadi ditahan dan muka yang serius milik Qairysha kini dihiasi senyuman yang nampak sampai gigi grahamnya. Ayman hanya mengeleng kepala melihat perangai adiknya yang tak berubah. Gelakkan orang bagilah pada Qairysha tapi bila orang gelakkan dia pandai pulak nak marah tu.
“Dik, kau sumpah siapa tadi?” soal Ayman setelah ketawa adiknya reda.
Aik dengar sampai keatas ke tadi? Soalnya pada diri sendiri. “Siapa lagi yang selalu buat Rysh bengang long?” Soalan dibalas soalan. Ayman bengang sendiri. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Budak ni karang ada yang kena lesing.
“Along tanya betul-betul ni Rysh, janganlah main-main.” Ayman bercakap dengan suara serius. Penat mahu berbalah cakap dengan Qairysha jika dia sendiri main tarik tali. Eh, eh nak marah orang pulak. Dia yang sememangnya tahu lagi boleh tanya.
“IRFAN DJOKOVIC!” Ambik kau HURUF BESAR semua. Ayman ternganga, patutlah marah betul rupanya Irfan punya kerja. Ayman tergelak kecil. Qairysha sudah melemparkan jelingan tajam buat Ayman.
“Oh abang Irfan rupanya yang buat ya, meh along cakap dengan dia kenapa buat adik along marah sampai macam ni sekali.” Pandangan tajam Qairysha dibalas dengan senyuman kecil. Eleh marah konon dalam hati punya suka bukan along ni tak tahu adik oi.
Qairysha mendengus marah. Orang betul-betul marah ni boleh pulak along ni cari pasal. Satu cubitan maut dilepaskan dilengang alongnya. Ayman mengaduh sakit. Qairysha sudah mencicit lari meninggalkan Ayman dengan ketawa kuat. Ayman mngetap bibir menahan geram. Lengangnya dikerling sedikit. Fuhhh sakit! Merah lagi!
“RYSSSHHHHHH! Tunggu, jangan lari.” Jerit Ayman geram. Rasa bergegar rumah dengar suara Ayman menjerit. Qairysha sudah gelak bagai nak gila. Laju kakinya dibawa masuk ke bilik. Pintu bilik dikunci lalu dia bersandar di pintu. Tawanya pecah kembali. Padan muka kau long! Haha.



“MAMA,” panggil Irfan pabila melangkah ke dapur. Puan Sharifah Azian mengangkat kepala memandang Irfan yang sedang memegang bekal makanan. Dah makanan siapa pulak yang budak ni bawak.
“Kamu bukan baru lepas makan ke? Ni bekal siapa pulak yang kamu bawak?” soal Puan Sharifah Azian bertubi-tubi. Hish mama ni, tak sempat aku nak cakap apa dah sembur macam tu.
"Memang la Fan dah makan, ni Qairysha yang hantar bukan Fan pergi mintak pun.” Jawap Irfan sambil menggelengkan kepala. Puan Sharifah Azian tersenyum mendengar jawapan Irfan. Tangan dihulur. Kini bekal makanan sudah bertukar tangan.
“Fan naik dulu maa, nak siapkan homework sikit.” Dia baru hendak melangkah namanya dipanggil lagi sekali. Kepala dipusing sedikit.
“Fan jangan naik dulu, ni pergi tolong hantar balik bekal ni ke rumah Auntie Qis. Fan kan baik, tolong mama ya?” Pujian mamanya sedikit pun tidak merubah riak wajahnya. Aku pulak bakal menjadi mangsa ke? Tadi aku buat dekat dia sekarang aku pun bakal terima nasib yang sama? Haila haila. Dengan muka tak beriak dia mengambil bekal yang dihulur mamanya.
“Fan pergi dulu.” Ucap Irfan seraya keluar dari rumah menuju ke rumah minah sakai. Haiiippp tak baik cakap dia sakai. Kita tukar sikit hmmmm…. Mungkin senget sesuailah dengan Qairysha yang tak cukup wayer tu. Kaki dibawa ke rumah Qairysha.



LOCENG pintu rumah itu ditekan perlahan. Terdengar suara sedang mengekek ketawa dan suara yang menjerit-jerit nama Qairysha. Ni mesti dia dah buat kerja gila dia tu, habis macam nak gempar rumah ni dia buat. Salam diberi.
“Assalamualaikum,” Irfan berdiri tegak. Lama dia berdiri tiada siapa yang membuka pintu. Salam diberi buat kali kedua.
“Assalamualaikum Auntie…” Kali ini suaranya juga sudah kuat sedikit dari tadi. Terdengar suara menjawap salam dari dalam rumah. Bersiap sedia Irfan masa kau hampir tiba. Dadanya dipegang. Dup dap dup dap. Eceeh ayat lebih! Haha.
“Waalaikumussalam.” Salam dijawap bersama dengan kuakan pintu dari arah dalam. Irfan memandang dengan penuh rasa gembira. Rasa macam rama-rama menguak-nguak. Ayman tersengih dimuka pintu. Alhamdulillah bukan mahkluk Allah paling seksi tu yang bukak.
“Oh kau Fan ingatkan siapa la tadi. Hahh marilah masuk dulu.” Ajak Ayman sambil menarik tangan Irfan masuk ke dalam rumah.
“Tak apalah bang, saya datang sekejap je ni.” Irfan pula membalas dengan penuh tertib. Perasaan segan kini semakin dirasai apabila Ayman menyuruh Mama Milah menyiapkan minuman buatnya.
“Sekejap ke lama ke kena minum jugak, Abang tak kira.” Putus Ayman. Irfan akur. Malas mahu berlawan cakap. Dia kemudian duduk disofa. Ayman duduk berseblahan dia. Bekal makanan tadi sudah diletakkan diatas meja kopi.
“Hah Fan, kau satu sekolah dengan Rysh kan?” soal Ayman setelah Mama Milah menghidangkan air. Irfan hanya mengangguk. Macam mana pulak abang Ayman boleh tahu ni, aku tak pernah cerita pun. “A..a’ah” jawap Irfan lambat-lambat. Dia menghirup jus oren ditangan. Ayman memandang kearah Irfan dengan pandangan pelik. Ni mesti Rysh dah buat apa-apa dengan Irfan sampai budak ni pun dah takut pulak nak jawap.
“Rysh ada buat apa-apa ke dengan kau Fan? Jangan tipu abanglah, dia tu kalau nampak budak baru lagi-lagi lelaki memang dia kenakan cukup-cukup.” Tanya Ayman lagi. Dia sangat kenal adiknya yang seorang itu. Nakal memang jangan cakaplah. Irfan laju menggeleng.
“Rysh tak buat apa pun bang, mungkin tak sempat ataupun memang dia dah tak nak buat kut kerja-kerja tu.” Jawap Irfan supaya Ayman berhenti menyoal. Kang dia dok soal aku pulak terlepas cakap. Habissss parah!
Mereka berdua diam sambil melayan rancangan yang disiarkan di televisyen. Sesekali mereka berdua ketawa. Bila dah dapat berborak mama dekat rumah pun Irfan tinggalkan. Irfan mengerling jam di pergelangan tangan. Mak ai, lamanya aku duduk sini. Tadi kata nak datang kejap je ni dah satu jam. Dia memandang ke meja, dahi ditepuk perlahan. Layan abang Ayman sampai nak bagi lauk pun aku dah lupa. Ayman hanya memandang Irfan menepuk dahinya. Dia tergelak kecil. Ni mesti ada lupa sesuatu punya.
“Abang, sebenarnya Fan dah terlupa apa yang mama pesan. Hahaha mama pesan suruh bagi lauk ni tapi disebabkan rancak sangat borak sampai sejuk lauk yang panas. Maaf ya bang,”  Irfan tersengih bersalah. Itulah padahnya kalau kuat sangat makan semut. Citttt!  Kau salahkan semut pulak Fan oi. Ayman menganggukkan kepala tanda faham.
“Fan, cakap dekat mama terima kasih ya untuk lauk ni.” Tunjuk Ayman pada lauk yang berada ditangannya. Irfan hanya mengangguk lalu berdiri. “Fan minta diri dulu la ya? Nanti abang kirim salam dekat abang Aymal dengan abang Ayhan, lama dah tak lepak dengan diaorang kan.” Irfan meminta diri. Ayman menghantar Irfan ke pintu.
Qairysha yang baru sahaja turun dari tingkat atas laju menuju kearah pintu. Ditolak Ayman ketepi. Tekejut besar Ayman dengan tindakan adiknya. Qairysha buat tidak tahu dengan pandangan abangnya. Matanya tertancap pada seseorang. Yeaaahhh!
“Hai handsome, datang tak bagi tahu pun kan? Sampai hati awak.” Qairysha berkata dengan suara yang sengaja disendukan. Perlahan sekali bunyinya. Mimik muka juga sudah berubah sayu. Irfan terkejut dengan sapaan itu. Mukanya berubah merah. Qairysha ni dah kenapa sengaja nak malukan akulah tu! Ayman hanya melihat tanpa berkata apa-apa.
“Sayangnya, muka handsome tapi rupanya bisu. Kesiannya,” suara Qairysha bagai petir buat Irfan. Dia tersenyum kelat. Qairysha sudah bersorak riang dalam hatinya. Kau rasakan penangan Qairysha Adeline.
“Bang Ayman, saya balik dulu. Qairysha saya balik dulu.” Irfan laju meminta diri. Sakit telinga mendengar Qairysha menyindir.
“Takkan nak balik dah kut abang handsome? Awal lagi, meh laa kita borak-borak lagi. Saya takut awak angau pulak bila tak dapat bercakap dengan saya. Maklumlah, saya ni cantik sangat sampaikan awak termimpi-mimpi nak datang sini.” Hambek kau pedassss! Irfan sudah merah muka. Aku terkena balik. Irfan laju membalas.
“Lain kali ya Rysh, saya takut mama saya risau.” Balas Irfan tegas. Qairysha angkat kening, erk?
“Anak emak rupanya, okay bye abang hansome. Malam nanti tidur mimpikan Rysh ya,” Rysh bercakap siap dengan kenyitan  mata membuatkan Ayman menarik telinga Qairysha. Irfan sudah menundukkan mukanya.
“Dah Irfan, jangan dilayan Rysh ni. Pergi balik.” Arah Ayman tegas. Kesian dia tengok Irfan yang terkulat-kulat dikacau Qairysha. Budak ni pun kalau nak mengusik pun biarlah elok sikit. Muka Qairysha sudah cemberut. Hatinya mendongkol geram. Telinga masih dalam tangan Ayman. Aduhh sakitlah along, lepaslah cepat! Hatinya membebel sendirian.
Ayman menarik telinga Qairysha dan menutup pintu rumah. Tarikan itu dikuatkan sehingga mereka naik ke tingkat atas. Mata Qairysha sudah berair, sakit! Mesti merah punya telinga aku ni. Ayman melepaskan perlahan-lahan telinga Qairysha. Kepala ditundukkan sedikit, telinga itu ditiup perlahan. Melihat wajah adiknya yang berkerut dia tahu adiknya sedang menahan perit.
“Sakit?” soalnya prihatin. Kesian sebenarnya. Qairysha memandang alongnya, kenapa wujud manusia bengap macam alongnya dalam dunia? Dah tarik telinga aku sampai macam ni boleh tanya sakit ke tak? Oh my Salvator Feragamos, manusia apa ni?
“Sedap, macam makan chocolate Toblerone.” Jawap Qairysha ringkas. Dan jawapan itu membuat Ayman bengang sendiri. Loyar buruk lagi ya. Kepala Qairysha pula disekeh.
“Aduhh!” Jerit Qairysha nyaring. Matanya tajam memanah mata abangnya. Itu dah tahap tak puas hati bila matanya sudah mengeluarkan aura marah. Ayman tersengih memohon ampun. Eleh sikit je bukan sakit mana pun sekeh tu.
Qairysha bingkas bangun masuk ke dalam bilik. Baik aku mandi daripada layan abang Ayman yang dah kena sampuk tu. Eeee sakitnya telinga aku. Tombol pintu dipulas lalu masuk dan menghempas pintu dengan sekuat hati. Ayman terlompat sedikit terkejut dengan hentakan pintu itu. Haaaa Qairysha marah betul tu Man. Ahh, esok lusa baiklah Qairysha tu. Katanya sekadar menyedapkan hati.