Monday, December 17, 2012

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 1


1

          Suasana di tepi tasik yang sangat mendamaikan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa mengingatkan aku rentetan kehidupan yang pernah aku alami. Di tasik ini juga bermula sebuah kisah cinta yang susah untuk digambarkan. Yang hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalami perasaan itu. Dan akulah orang yang dapat merasa perasaan yang aneh lagi gila. Kehidupan dan cinta aku bermula di sini. Kenangan itu kembali berlayar diingatan..
             “Qairysha! Qairysha! Bangun, dah pagi ni.” Laung Puan Qistina Arora kuat dari bawah.
             Yes, mom! Dah lama bangun, tak tidur pun lepas subuh tadi.” Jawap Qairysha sambil menuruni tangga dengan berhati-hati sebab dia memakai stokin, takut tersungkur. Free free bibir aku yang seksi ni cium lantai kang. Sesampainya Qairysha ke dapur, Puan Qistina Arora memandang anaknya dari atas ke bawah. Amboi, siap berstokin lagi.
              “Rysh, nak pergi mana dengan siap berstoking ni?” Soal Puan Qistina Arora.
              “Nak pergi bajak sawah.” Jawap Qairysha selamba. Puan Qistina ketap bibir, geram mendengar jawapan dari anaknya. Qairysha yang tak sempat nak mengelak dah terkena cubitan yang terhangat di pasaran.
               “Aduhh sakitlah mak.” Adunya perlahan sambil menggosok tempat terkena cubitan. Sakit wowww, macam kena gigit dengan ketam. Kadang-kadang sampai biru dibuatnya.
               “Padan dengan muka! Mak tanya elok-elok hang dok buat loyar buruk hang. Cuba jawap elok-elok.” Puan Qistina berkata sambil menjegilkan mata. Qairysha ketawa geli hati.
              “Alah mak ni, Rysh bergurau je.” Aku buat muka empat belas. Mak yang dah sedia nak menyambung bebelan kembali tersenyum memandangku yang dah buat macam-macam bentuk rupa. Mak mesti tak boleh marah aku lama-lama punya, ini kan Rysh yang tercute-miute. Hehe. Perasan tahap tak hengatt.
             “Rysh nak pergi jogging, lama dah tak memanaskan badan yang sedia ada hot-hot ni. Mana tahukan dapat  bakal suami nak tunjuk dekat mak ke nanti.” Kataku sambil tersengih-sengih nakal memandang mak yang melonggo mendengar jawapanku. Sekali lagi, Puan Qistina mencubit tepat di pipiku. “Bertuah punya anak, dok mengena kita pulak pagi-pagi ni. Ya Allah, ape kenalah dengan hang ni.” Sambung mak lagi.
             “Mak, janganlah marah-marah sat lagi bertambahlah kedut kat muka tu. Rysh pergi dulu ye mak.” Sambil salam tangan Puan Qistina dengan senyuman meleret. Puan Qistina bertanya lagi.  
             “Rysh nak pergi dengan siapa? Takkanlah jogging sorang-sorang kot, entah-entah nak pi jumpa boyfriend tak?” Soal Puan Qistina lagi sambil menaikkan kening seperti Ziana Zain. Best betul dapat mak sporting macam ni. Aku tersengih je tayang gigi je.
             “Rysh pergi sorang-sorang jelah, takde makna nak jumpa boyprend ni. Buang masa je mak, baik Rysh makan lagi dapat faedah.” Jawapku pulak. Memang buat masa sekarang, bercinta bukan benda yang penting buat aku. Yang terpenting sekarang SPM. Exam yang perlu dia lalui pada tahun ini. Dari bercintan-cintun ni, mengabihkan duit mak ayah aku je. Orang kata cinta anak-anak sekolah tak kemana tapi kalau dah jodoh sampai jugak ke jinjang pelamin. Itu hanya fakta yang dia sendiri tak tahu kebenarannya. Aku sendiri tak pernah bercinta manalah tahu benda-benda tu kan.
            Yelah sayang, pergi elok-elok. Jaga diri tu, orang tegur-tegur buat tak tahu jangan dilayan pulak.” Puan Qistina berpesan lagi. Memang susah menjaga anak dara ni baik menjaga lembu sekandang dari menjaga seorang anak dara. Kalau tak dididik dengan cara yang betul habislah. Dengan kes penculikan yang makin berleluasa sekarang ini amat merisaukan hatinya. Qairysha sahaja anak perempuannya, kalau hilang tak tahulah kehidupan mereka sekeluarga selepas ini. Nauzubillahminzalik.. minta dijauhkan. Desis Puan Qistina dalam hati.
              Qairysh mengangguk sambil menjawap “Yes ma’am, Rysh pergi sekejap je.Mak masuklah rumah nanti ada orang ngorat mak kang habis merajuklah ayah tu.” Kataku selamba. Puan Qistina yang mendengar menjegilkan mata. Puan Qistina mencapai selipar di lantai lantas membaling paaaakkkk! Tepat dibelakang badan Qairysha.
             “Mak, habislah turun saham orang nanti. Kurang duit hantaran kang, sebab dah ada kesan lebam dekat belakang badan ni.” Aku mengomel-ngomel. Mak tersengih sambil menunjukkan ibu jari tanda ‘best’. Hish, macam mana anak tak nakal. Maknya pun apa kurang sama je dua kali lima, lima kali sepuluh. Mak ketawa kuat sekali, aku dah buat muka sememeh.
             Bye mak, iloveyou muah muah.” Kataku sambil buat flying kiss. Mak buat macam iklan di tv mencapai dan dibawa ke dada. Mak memang best! hehe. Aku berjalan menuju ke tasik Ampang Hilir, tidaklah jauh mana. Lima belas minit berjalan dari rumah dah sampai.

No comments:

Post a Comment