Monday, December 17, 2012

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 2


2

           Qairysha mula berjogging, selepas memanaskan badan selama lima belas minit. Qairysha mula menyumbatkan telinganya dengan handsfree supaya tidak bosan bila jogging seorang diri. Dah penat dia berlari dari pintu masuk ke pintu keluar berlari lagi ke pintu masuk, hukk alaah berapa banyak dah aku buang kalori yang dah mula menunjukkan rupa. Dah berapa lama aku tak ber-Exercise. Sibuk dengan sekolah lagi, homework lagi, kokurikulum lagi. Haih, ujian buat remaja memang dasyat. Setengah orang kata masa sekolah adalah masa yang paling berharga yang tak akan dapat dicapai bila dah habis sekolah but I don’t think so.
             Aku berhenti seketika di pondok yang disediakan.  Melepaskan lelah buat seketika. Sedang aku meregangkan badan, ternampak seorang lelaki macam orang arab. Handsome gila nyaaahh! Eh Rysh gatalnya kau ni? Hish merepek je. Aku bermonolog sendiri. Kalau handsome tapi perangai macam hantu pun tak berguna juga. Tiba-tiba lelaki itu bersuara.
            Hello, are you Malaysian? Can you talk in malay?” Sapa lelaki Arab tadi.
           Aku yang terkejut hampir melompat mendengar suara itu gugup seketika. Tidak tahu patut dijawap atau pun tidak. Eh, dia tegur siapa? Aku tengok sekeliling takde siapa pun, aku sorang je dekat situ. Serba salah aku dibuatnya. Ahhh! peduli apa orang dah menegur takkan nak buat dek je, nanti dikatakan sombong  pulak.
           “Oh hello, yes I’am Malaysian. Of course I can. Why, did I look like foreign people? Tak adakan?” Jawapku perlahan sambil tersenyum nipis. Orang berbudi kita berbahasa, tak gitu? hehe. Rasa takut mula muncul dalam diri. Entah-entah dia nak buat benda tak senonoh dekat aku tak? Eh, kau ni belum apa-apa dah buruk sangka. Berdosalah Qairysha!
            Kemudian lelaki itu bersuara lagi “Saya, Irfan Djokovic mesti awak pernah dengar nama saya kan?” sambil tersengih. Hukk alaaah mamat ni tayang gigi pulak, selamat putih. Kalau berkarat tadi macam manalah, hish kau ni Rysh asyik nak mengutuk je kerja kau la. Nak mengayat lerr tu, tak best langsunglah ngayat macam tu. Qairysha mengomel dalam hati.
          “Oh, saya Minah Bt Samad Bin Hussain Bin Biru. Maaf, saya tak pernah dengar pulak.” Kataku selamba. Haha, dapat kau sebijik. Padan Muka!
           Irfan kelihatan terkejut sekali mendengar jawapan dari gadis dihapannya ini lama kemudian dia ketawa. Qairysha pulak yang macam orang hilang arah, mamat ni gila ke? Takde angin takde ribut, jangan kata ribut angin pun takde tiba-tiba ketawa. Memang sah mamat ni terlepas kandang Zoo Negara ni. Dia bermonolog sendirian.
           “Awak ni nakal ya? Saya tak percayalah nama awak, Minah Bt Samad Bin Hussain Bin Biru. Takkan gadis secantik awak nama macam gitu? Biar bonar(benar)” Katanya sambil buat muka macho. Huk alaah, biar betul mamat ni cakap melayu, telinga aku salah dengar ke? Huh, mamat ni handsome jugak. Kening lebat tapi kemas, putih pulak dengan hidung mancung macam Hitrik Roshan, mata warna hijau-kehijauan, bibir dia seksi gila. Gatalnya kau Rysh! Dia ni anak pak arab ke? Agaknya keturunan.
           “Tak percaya ke? Ada saya kesah?” Qairysh berkata sambil buat gaya selamba badak. Angkat tangan ke bahu mata ke atas lidah dikeluarkan sedikit. Irfan ketawa lagi melihat Qairysha buat gaya macam tu. Qairysha berasa pelik, kelakar sangat ke muka aku tadi sampai tak berhenti dia ketawa? Ahh! Serabutnya duduk dengan manusia macam ni. Dia ingin berlalu pergi tetapi ditahan oleh Irfan.
          What do you want from me actually? Dok tahan-tahan orang punya jalan ni, sat lagi dapat rasa makan kaki kang.” Kataku memberi amaran. Irfan telan air liur mendengarnya, mak aii minah ni garang gila. Kecut perut aku, haih macam mana nak tanya ni. Tersalah cakap, buatnya minah ni betul-betul bagi aku makan kaki dia kang jatuhlah saham aku. Cakap jelah kau nak kenal dengan dia. Irfan bercakap sendiri.
           “Sa…..yaaaa saa…yaaaa….” Dah pulak kenapa aku tergagap-gagap ni.
           “Yang awak ni tergagap-gagap apahal? Tadi bukan main lancar je, sekarang dah bertukar macam Ultraman pulak. Sekejap elok sekejap lagi jadi mat gagap.” Aku berkata sambil menahan ketawa.
           “Saya bukan gagap tapi takut kena makan kaki kalau salah cakap tu yang tergagap tu.” Katanya sambil menunduk menekur lantai. Malu sebenarnya ditegur. Rysh sudah tak dapat nak menahan ketawa, terus berderai ketawa yang  ditahan sejak tadi. Irfan memandang Qairysha hairan, pelik kenapa gadis ni tiba-tiba ketawa.
           “Kenapa awak ketawa tiba-tiba ni? Jangan buat saya takut…Saya bukan takut cuma seram je. Yelah mana tahukan awak buat betul-betul buat sup kaki manusia guna kaki awak pulak, tak lalu den nak makan.” Katanya sambil tersenyum nakal.
           Qairysha, apalagi terus-terusan ketawa sampai terkeluar air mata. Mamat ni memang sah-sah budak ulat buku. Apa punya soalanlah, macam budak tadika je. Eh eh, sekejap, apa dia cakap. Takut makan sup kaki manusia, huh dia kenakan aku balik. Nak kena dengan aku ni.
          “Oh, awak kenakan saya pulak eh. Betul ke nak rasa? Jom ikut saya balik rumah, saya tolong buatkan untuk awak.” Kataku dengan suara tegas. Sengaja aku buat-buat suara tegas. Haha. Pancing kasi dia kecut punya.
           Irfan dah melonggo mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis dihadapannya. Biar betul minah ni, aku main-main je, dia serius pulak. Lembab betullah kau ni, cakap je terus terang kan senang cerita.
          “Saya nak kenal dengan awak boleh? Dari tadi saya perhatikan awak berjogging macam dalam dunia awak je, tak pandang orang pun.” Irfan berkata sambil memandang tepat kearah Qairysha.
           “Maaf, saya tak berminat. Dah itu cara saya, nak buat macam mana? Takkan nak kena jadi kura-kura pulak, nampak manusia nak dekat atau nak pegang menyorok dalam cengkerang.” Jawapanku membuatkan muka irfan berubah sama sekali.
            Irfan jelas terkedu mendengar jawapan itu, macam tahu tahu je aku kutuk dia tadi. Hish pakai ilmu apa budak ni. “Maafkan saya, saya tak ada niat lain pun cuma nak berkawan dengan awak je takkan tak boleh? Janganlah sombong sangat” Katanya lagi.
           “Eh, ada saya kesah? Buat apa awak nak kawan dengan saya? Saya bukan kenal awak pun dan begitulah sebaliknya. Awak fahamkan? Lagipun saya ni masih kebudak-budakkan.” Jawapku sambil melemparkan jelingan tajam. Dia macam nak cakap sesuatu tapi aku terus bangun dan berlalu pergi. Tinggallah lelaki yang bernama Irfan itu termanggu-manggu seorang diri. Malas aku, entah-entah kau orang jahat ke tiba-tiba nak main kenal-kenal pulak. Seram makk nok! Eeeeee dasar beruang betul, hilang terus mood aku nak jogging. Irfan menghantar gadis yang tidak diketahui namanya itu dengan pandangan matanya sahaja. Sungguh, hatinya tertawan dengan sikap selamba, mata yang sepet dan berwarna biru firus dengan lesum ‘batu’ yang terletak elok di kedua-dua belah pipi. Memang cantik! Dia mengeluh sebentar, ‘akan ku kejar kau sampai ke bulan sekalipun kerana kau telah menjentik tangkai hatiku dan kau telah membawa pergi bersama langkahmu.’

No comments:

Post a Comment