Monday, December 17, 2012

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 3


3

         Sesampai je di rumah, terdengar suara ayah dengan along. Lupa pulak nak cerita aku ada empat orang adik-beradik, yang pertama Fiqrash Ayman, yang kedua Fiqrash Aymal, yang ketiga Fiqrash Ayhan dan yang terakhir Qairysha Adeline akulah tu.
         “Assalamualaikum, oii tuan rumah, tuan rumah , ohhhh hoiii tuan rumah!” Laungku kuat, sengaja. Terdengar Puan Qistina menjawap salam.
         “Waalaikumussalam, sabar sat, tengah nak pi bukak la ni” Jawap Puan Qistina. Qairysha dekat luar dah terhambur ketawa. Puan Qistina bukak je pintu tengok anaknya ketawa, tiba-tiba rasa macam pedih semacam je dekat lengan, hukk alaahh dah kena tepuk monyet-monyet pulak..
          “Mak, aduhhh sakitlah. Sakitlah makku tersayang” Gumamku.
          “Rysh Rysh macam tak ada kunci rumah je, mak dari belakang kelang kabut mai bukak pintu ingatkan siapa yang datang rupanya budak bertuah sorang ni. Dah sudah jom masuk ayah dah tunggu nak sarapan sama, along pun ada tu” Puan Qistina berkata sambil menggosok-gosok tempat kena cubitan. Sayangnya dia dengan anak dara sorang ni. Sambil mak menggosok tempat yang terkena cubitan, aku ambil kesempatan mencucuk pinggang ibu. Puan Qistina melatah sambil menunjukkan aksi.
       “Oh abang sayang kus kus sayang, mak latup kuih tempayan masak cili api” Puan Qistina melatah. Qairysha dah terkekeh ketawa sampai sakit perut dibuatnya. Ayah yang terdengar riuh rendah di ruang tamu terus datang dari dapur diikuti dengan along. Sampai je tempat kami berdiri ayah memandang aku dengan senyuman sambil mencubit pipi aku. Along yang dari tadi senyap terus ketawa masuk sekaki dengan aku yang dah sakit perut ketawa.
        “Rysh tak baik buat mak macam tu tau” Kata En Fiqrash Ayzam sambil memandangku. Kelihatan Puan Qistina sedang membetulkan nafas sambil merenungku tajam. Gulpp aku telan air liur. Takut kena membebel kang cair taik telinga aku. Aduh, tulah kau Rysh buat lagi. Puan Qistina bangun dan berlalu ke dapur, along yang baru reda ketawa terus senyap tengok mak terus berlalu.
        “Tulah kau dik, kan mak dah merajuk. Sape nak pujuk tu? Kau pergi pujuk dik nanti kita kebulur sehari suntuk kang. Kalau sehari takpe jugak buatnya mak merajuk seminggu tak masak, siap kau dik! Ryshlah yang kena masak jawapnya. Yah, kita kena makan lauk tawarlah seminggu, haiyoo yoo tak sanggup tak sanggup” Along ketawa kuat. Ayah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya yang memang nakal tak kena tempat. Nak mengusik je kerjanya. Aku bangun dan menapak ke dapur, kelihatan mak sedang mencuci pinggan. Aku peluk mak dari belakang sambil tangan menutup mata mak. Semgaja aku keluarkan suara garau.
        “Cuba teka siapakah gerangan Patik” Kataku sambil menahan ketawa..
        “Dah tahu dah siapa, tok sah susah nak tutup mata mak. Tangan sapelah yang paling lembut dalam rumah ni kalau tak Ryshkan” Jawap Puan Qistina sambil melepaskan tanganku dari matanya.
          Aku lepaskan tangan dari mata mak tapi aku memeluk mak kejab dari belakang sambil berkata. “Mak marah Rysh ke? Maaflah Rysh bergurau je, mak maafkan lerr Rysh nanti mak merajuk Rysh pulak kena masak. Mak bukan tak tahu kalau Rysh masak macam mana dapur ni jadinya. Elok jadi dapur nanti jadi tempat berperang pulak kang” Kataku panjang lebar sambil mencium pipi mak.
          Mak berpaling memandangku yang dah buat muka comelkan kan, “Sudahlah tu dok buat muka macam tu, karang mamat pakistan cair tengok muka Rysh. Kalau dia masuk meminang, mak terus terima je okay tiada bantahan punya” Kata mak sambil mengusik. Aku terus buat muka serius, kecut perut aku woi, jangan nak buat gilalah. Ishh tak naklah! merapu je. Orang putih kata nonsence. Terdengar suara ayah dari pintu dapur.
        “Sudah-sudah dok buat drama pagi-pagi, nak bagi kami anak beranak kebulur sambil tengok aksi air mata awak dengan Rysh banjir satu rumah baru dapat sarapan agaknya. Rysh pun satu lain kali jangan buat macam tu lagi tau. Kesian dekat isteri ayah ni hahhh!” Ayah memerli sambil tersengih-sengih. Ayah mendekati lalu memeluk erat bahu mak.
         “Wah wah ayah dengan mak romantiknya” Kataku selamba sambil tayang gigi. Terdengar suara ayah mengaduh sakit. Haha! Kena cubitlah tu. Memang mak dan ayah pasangan yang loving couple in the house.          
         “Awak ni Qistina dari mula kahwin sampai anak dah besar panjang pun masih jadi ketam jugak ya?” Ayah mengusik mak. Tersugging senyum Qairysha dibibir mendengar bicara ayahnya.
         “Awak tu buat malu saja, anak ada depan mata tu hahh” Puan Qistina menjawap dengan muka yang sudah merah menahan malu. Memang boleh dikatakan dia dan suaminya memang pasangan paling romantik diantara kawan-kawan yang lain. Tapi tak akanlah tak pernah bergaduhkan, laut mana yang tak dilanda ombak cuma bila ada perselisihan faham itu sama-sama kita selesaikan dengan cara baik, barulah aman rumah tangga. Setiap kehidupan mempunyai dugaan yang tersendiri yang telah pun Dia tetapkan untuk kita, jadi kita sebagai hamba-Nya perlulah tabah dan kuat untuk mengharungi dugaan itu.
         “Anak awak ni sportinglah, depa tak kesah” En Fiqrash Ayzam menjawap lagi.
         “Banyaklah awak, dah pergi duduk depan sana. Anak dengan ayahnya sama saja, asyik mengusik je kerjanya haih” Puan Qistina berkata sambil menyambung kembali kerja yang terbengkalai sebentar tadi. En Fiqrah Ayzam dan Qairysha berpandangan sambil tersenyum meleret.
          Aku mendekati mak dan cuppp di pipi kanan, mak terkejut seraya mengurut dada. Hish, ingatkan dah berambus pi depan rupanya dok tercogok dekat dapur ni lagi. Puan Qistina bermonolog sendiri. Kembali menyambung kerja dan cupp dipipi kiri pula, kali ini dari ayah. Puan Qistina dah malu, muka merah macam buah nona menahan malu. Aku yang di belakang dah ketawa lepas.
         “Yah, mari kita cabut yah. Lavar gunung berapi dah nak meletus tu, sebelum taik telinga kita cair baik kita lari” Kataku sambil tesengih-sengih. Mak dah menjengilkan mata, marahlah tu.Aku dan ayah faham dengan jengilan mak terus beredar dari dapur ke ruang tamu. Ayah naik ke bilik bacaan, ada kerja katanya.
 

DI RUANG TAMU along yang sedang memegang remote astro lalu aku merampas dari tangannya, asyik dia je yang tengok tv sekarang giliran aku pulak,di tekan punat di remote untuk menukar siaran ke channel Carton Network. Sedang dia bersenang-lenang leka melayan kartun, along menutup suis tv. Aku yang terkejut terus memandang along dengan muka yang tak tahu nak cakap…
          “Fiqrash Ayman! Kenapa dengki sangat dengan Rysh ni. Onkan balik suis tv tu.” Laungku kuat sambil berdiri. Along hanya berdiri tayang gigi.
          “Oh, Rysh kacau along tengok televisyen takpe pulak ye? Habis sekarang nak marah along tutup suis tv pulak. Bijak punya monyet, dah tepi menyibuk je.” Along mengejek Qairysha. Qairysha dah mula menunjukkan muncung hot. Along memandang dia sambil menjelirkan lidah.
           “Kurang jawa betullah along ni, orang tengah sedap melayan menyebok je. Kenapa hari ni along tak keluar? Selalu sampai tak lekat dekat rumah, pergilah keluar long. Semak je dekat rumah ni and one more thing, if I’m monkey you also monkey because I’m your sister.” Kataku sambil menjelirkan lidah. Along dah ketab bibir geram dengan soalanku. Dia yang duduk berhadapan dengan aku terus mencapai bantal kecil dan papppp! Tepat dimuka aku yang cun melecun ni. Eeeeee, geramnya dengan along ni, dahlah tadi kena kacau dengan mamat cekeding tu api belum surut along pulak buat hal. Angin betullah, is it today is my worst day? Dia bermonolog sendirian.
             Along ketawa terbahak-bahak, Qairysha terus bangun dan berkata “Along, you just such as an annoying person!” Selepas itu terus dia berlalu naik ke tingkat atas. Nak tenangkan hati yang membara macam api tengah marak. Hish, asstagrafirullahalazim….. kenapa aku marah-marah ni? Ahh malah nak fikir. Sampai ditingkat atas terus Qairysha masuk ke dalam biliknya. Ayman terdiam seketika melihat adiknya yang berlalu meninggalkan dia berseorangan. Kenapa dengan Rysh ni? Selalu bergurau sampai sakit-sakit dia tak pernah pun angin, rindu dekat angahlah tu kot. Dia sedar, Rysh memang lebih rapat dengan Fiqrash Aymal berbanding dirinya.
           Dulu sebelum dia menyambung pelajaran ke luar Negara, adiknya sangat manja dengannya tetapi sekarang dia merasakan hubungan dia dan Rysh sedikit renggang. Dia pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu, pelik pun ada. Mungkin ada masalah yang tidak diketahuinya. Yang pasti dia menyanyangi Qairysha melebihi nyawanya. Walaupun kadang-kadang ayat Qairysh bercakap dan bergurau dengannya menggunakan ayat-ayat yang kasar tapi dia tak pernah mengambil hati. Dia kenal dengan adiknya yang sorang tu, walaupun gurauannya kasar tapi dia tak bermaksud apa-apa cuma bergurau. Baik aku naik tengok dia, risau pulak aku ni. Dia bermonolog di dalam hati sambil melangkah ke atas.

BILIK QAIRYSHA ADELINE Ayman sudah berdiri tegak di hadapan bilik adiknya sambil membaca nota yang tertera di pintu bilik ‘Guy or man are not allow to inter this room, except my brothers and my father only!’ tersenyum dia. Memang Qairysha ni pelik-pelik sikit. Dia bersedia untuk mengetuk pintu tiba-tiba pintu sudah di terkuak dari dalam, terjonggol kepala Qairysh yang ingin keluar dari bilik. Ayman yang sudah bersedia hendak mengetuk pintu terkena di dahi Rysh. Rysh menjerit..
          “Aduh! Along, apa along buat depan bilik Rysh ni? Lepas tu boleh pulak bagi penumbuk free, sakit tahu tak!” Laungnya kuat sambil menggosok dahi. Hish along ni, tak nampak ke aku ni kat depan dia. Aduh sakitnya, cuba imagine tangan dia double besar dari aku ketuk kepala korang pulak. Benjol woii. Sakit sakit! Ayman hanya berdiri memerhati adiknya menggosok dahi yang terkena ketukan. Kesiannya tengok muka adiknya yang berkerut-kerut menahan sakit. Agak kuat jugak ketukan tadi, pintu kayu kalau ketuk slow-slow tak dengar karang.
          “Maafkan along dik, along tak sengaja. Along tak nampak tadi, sakit sangat ke? Meh, along sapu minyak” Kalut, risau semua bercampur baur. Dia terus menarik adiknya kedalam bilik, berpusing-pusing dia mencari minyak gamat. Akhirnya jumpa pun, dia mencapai minyak lalu pergi kearah adiknya yang duduk di atas katil. Terus dia menyapu minyak ke dahi adiknya sambil memohon maaf..
         “Dik maafkan along , along betul-betul tak senga…..”
        Qairysha terus menutup mulut alongnya yang tak berhenti-henti membebel macam murai tercabut kaki je. “Yang along membebel macam nenek kebayan jatuh sungai kenapa? Macam turbo je mulut along tu, tak letih ke?” Aku berkata laju.
        “Along risaulah, takut sakit sangat. Bukan sengaja along membebel.” Along menjawap. Cemas sungguh dia.
        “Takde apalah, tak sakit sangatlah. Orang yang kena tumbuk along yang kalut macam dia yang kena.” Kataku lagi. Along ketawa lepas, tahu aku memerli dia.
         “Cukup-cukuplah long, gelakkan orang. Along nak apa cari Rysh sampai atas ni? Ada masalah Negara ke? Ke rindu dekat adik sayang along yang memang cute ni?”  Kataku tersenyum nakal.
         Along dah mencubit hidungku “Perasannya adik along ni. Bila pulak dia cute, jauh ayam KFC dari oven.” Along berkata sambil menjelir lidah.
        “Eleh , along jealouskan sebab along tak ada mata ayah colour biru firus, hidung ayah yang mancung, rambut blonde ibu, lesum pipit ni lagi. Tu yang tak mengaku adik along ni memang cute kan?” Kataku sambil mengangkat-kening.
         Yelah-yelah, memang adik along cantik cek mek molek. Tahulah dia tu dapat rupa Korean sikit, Arabian sikit, Spanish sikit tu yang jadi lawa dari orang lain. Mentang-mentang kita ni dapat Arabian dengan Melayu je, taklah handsome sangat. Selamat Rysh adik along, kalau bukan along masuk meminang punya” Akhirnya along mengaku, dalam mengaku pun nak mengusik jugak.
          Aku menjerit kesukaan, “Akhirnyaaaaa along mengaku jugaaakkk !” Jeritku kuat. Along memukul pehaku kuat.
          “Along kenapa tepuk peha orang yang gebu ni? Sakitlahhhh ! Lebam peha Rysh siap along Rysh kerjakan” Kataku memberi amaran. Along angkat ibu jari tanda ‘best’ dan berkata..
         “Along tak takutlah.” Ayman menjawab sambil menjelirkan lidah.
         Oh nak main-main dengan aku ye, tunggu kejap. Aku bangun menuju je meja tulis mencapai gunting dan terus menuju ke arah dimana along berada. Ayman dah kecut perut, eh adik aku ni apehal ambik gunting. Nak buat apa pulak, dia bermonolog sendiri.
          “Rysh nak buat apa dengan gunting tu?” Tanya dia cemas.
          “Rysh nak potong lidah along yang dah terlampau panjang tu, jelir-jelir. Keluarkan balik Rysh tolong potongkan.” Aku menjawap sambil buat muka bengis. Memang muka aku tak kena nak buat bengis nampak comel je bila marah pun. Dah mula masuk bakul angkat sendiri. Hehe.
           Along tak menjawap, eh takde, ah pun takde. Tahu takut tadi belagak kata tak takut, akhirnya terburai ketawa aku. Along bangun menyekeh kepala aku dan terus keluar dari bilik. Ek eleh, along ni, gurau sikit pun dah marah. ‘Along datang bilik aku buat apa eh?’ Desisnya sambil menuju ke tingkat tiga.

 DI BILIK FIQRASH AYMAN Aku ni pun satu hal tadi nak pergi bilik Rysh nak tanya lain aku buat lain. Katanya sambil berbaring. Sengal bin belenge betullah. Nak buat apa eh sekarang? Nak keluar nak pergi mana pulak, jalan sorang-sorang pun boring jugak. Haih , ajak Rysh keluar pun best jugak ni. Baru nak bangun dari katil, pintu bilik dah diketuk. Terdengar suara Rysh memanggil dari luar bilik.
        “Along oh along.” Laung Qairysha kuat. Hish budak ni, macamlah orang pekak. Kalau pintu papan dah berlubang dah pintu tu. Ayman mengomel.
        Ye , sabarlah nak bukaklah ni. Tak reti sabarlah monyet ni.” Along berkata sambil membuka pintu untuk adiknya. Qairysha terus masuk dan duduk di sofa sambil memuncungkan mulutnya. Panjangnya macam satu kayu kain je. Sejibik macam itik. Terhambur ketawa Ayman.
        “Dik, setakat datang bilik along nak buat mulut macam tu pergi simpan dalam peti aislah. Buruk dik oiiii tapi comel jugak.” Ayman berkata lagi setelah ketawanya reda.
        “Along ni, dahlah panggil orang monyet lepas tu selamba beruk je gelakkan orang. Kejam sungguh! Rysh nak tanya kenapa along datang bilik Rysh tadi?” Soal Qairysh.
        “Takde ape-apelah, Rysh teman along nak? Kita keluar, boringlah nak duduk rumah. Lepas tu kita call angah dengan alang ajak lepak Pavillion.” Ajakkan along membuatkan Qairysha tersengih sambil mengangguk. Rysh bangun sambil berlalu ke biliknya. Aymal muda dua tahun dari Ayman dan sedang menyambung pelajaran peringkat Degree. Aymal memang terro math jadi dia ambil bidang account dekat UM dan Fiqrash Ayhan muda tiga tahun dari Aymal, Ayhan juga sedang menyambung pelajaran peringkat Diploma dekat KLIUC, Shah Alam.  Baik betul along hari ni ajak aku keluar, habis duit kau long aku kopak ! Menyesal kau long nanti. Dahlah ajak pergi Pavillion lagi. Ah baik siap cepat, nanti bising pulak orang tua tu.

No comments:

Post a Comment