Monday, December 17, 2012

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 4


4

           “Along, lama lagi ke angah dengan alang nak sampai? Rysh dah tak larat nak tunggulah. Boleh dikatakan satu Pavillion kita dah pusing, kaki dah tak ada spare part.” Aku bersuara. Along buat tak dengar je apa aku cakap. Dia ni nak kata pekak tak pulak, nak kata bijih timah cap Malaysian macam tak patut sebab setahu dia along seorang yang pembersih. Sangat-sangat pembersih.
            Ada satu ketika masa aku tingkatan satu, sekolah petang mestilah penat. Sampai je dekat rumah dia terus membuka kasut dan stoking tinggal je dekat depan pintu. Pasal stoking je along punya mengamuk sakan, macam binatang hilang anak. Boleh cair taik telinga aku dengar dia membebel. Sekarang ni pulak, aku bercakap dengan dia. Dia boleh bantai buat selamba pekak dia je. Ingat aku tengah borak dengan tunggul ke apa?!
           “Eh, along pekak ke? Rysh ni macam cakap dengan tunggul je, macam ni jom baliklah. Keluar dengan along memang menyakitkan hati je.” Aku membebel-bebel lagi. Along masih buat pekak dia je. Tindakan reflex.
            Aku terus duduk bersila tengah-tengah Pavillion tu, biarlah orang nak kata apa. Along yang tadi buat tak dengar terus terpusing melihat aku yang bersila di tengah jalan. “Rysh kau kenapa dik? Bangunlah! Buat malu muka along je kau ni.” Along berkata sambil menarik aku bangun. Aku buat bodoh-bodoh alang  je , biar dia rasa cakap sorang-sorang macam mana. Along mengetap bibir, geram dengan tingkahku yang macam tak tahu malu.
         “Rysh bangun, jom kita pergi makan dulu. Muka dah lawa, dressing dah macam model boleh pulak bersila tengah jalan. Haih tak malu ke dik oi?” Along bersuara sambil menggeleng.
         “Ah, apa Rysh kesah! Dah along tu macam ada emas, intan, belian je dalam mulut tu nak jawap soalan Rysh pun susah.” Sempat memerli tu.
         “Along bukan tak dengar, malas nak jawap je.” jawap along lagi. Eeee, budak ni aku cabai mulut kang baru tahu. Banyak songehlah. Mulut dok pot pet pot pet put dari sampai tak letih agaknya. Tiba di hadapan restoran Tonny’s Romas, pelayan membawa kami ke tempat duduk. Selesai membuat pesanan.
         “Along.” Aku memecahkan kesunyian.
         “Hmm…..” Gumam along. Malas.
         Aku terus mendiamkan diri, layan twitter lagi bagus. Takdelah rugi air liur aku nak bercakap sorang-sorang.
         “Adik…” along bersuara..
         “Oh, along ada mulut ke? Ingatkan dah bisu.” Jawapku sinis. Ayman terkesima mendengar jawapan Qairysha. Marah betul dia, alah sekejap je tu karang angah sampai okaylah dia tu. Dia bermonolog sendirian di dalam hati. Pelayan sampai dan menghidangkan juadah yang dipesan. “Enjoy your meal sir.” Pelayan itu berkata sambil tersenyum. Hukk alah, cantiknya perempuan ni. Desisnya sendiri. Melayu ke ni? Untung boyfriend dia dapat awek cantik macam ni.
           “Oh, thank you.” Jawap Ayman sambil memerhati mata pelayan yang bernama Haikal di name tag yang terletak di poket bajunya.
           “Cantikkan adik saya Encik Haikal ?” Soal along kepada pelayan tadi. Pelayan yang bernama Haikal tadi terkesima dan tersenyum malu sambil mengangguk. Pelayan itu kemudian meminta diri. Saja dia bertanya begitu supaya dapat memancing reaksi adiknya yang bermasam muka.Qairysha seperti tidak mendengar apa yang dibicarakan oleh alongnya. Dia hanya memandang sepi steak di depan mata. Biar alongnya bengang dengan kelakuannya. Dia melepaskan keluhan. Ayman memandang adiknya. ‘Kenapa dengan Rysh ni, masa order bersemangat gila sekarang dah tak semangat nak makan. Siap mengeluh pulak tu. Apa ke halnya yop?’ Dia bersoal di dalam hati.
           “Rysh, kenapa ni? Tadi masa order, semangat tak menyempat. Sekarang apa sudah jadi hahh?” Along mangajuk dialog Ajis dalam filem Seniman Bujang Lapok.
             Rysh tertawa, apa kemendanya along ni? “Rysh sakit paru-paru.” Jawapnya selamba sambil memalingkan muka ke sebelah. Menahan ketawa dari terhambur. Ayman memandang wajah adiknya pelik. Bila pulak minah ni ada sakit kronik ni? Kenapa aku tak tahu. Ni mesti ada something wrong somewhere ni. Dia memandang adiknya meminta penjelasan selanjutnya. Qairysha hanya sengih menayang gigi. Nampaknya alongnya percaya dengan lakonannya. Dia hanya diam, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Saja dia nak kasi suspens sikit.
            Ayman sudah tidak senang duduk. Resah gelisah perasaannya tika ini. Kenapa adiknya hanya mendiamkan diri “Rysh, kenapa along tak pernah tahu benda ni? Kenapa mak dan ayah tak pernah cerita pun?” Soalnya sambil terus menatap wajah adiknya yang seperti patung. Apa yang telah kau aturkan untuk keluargaku Ya Allah. Kasihan adiknya yang ditimpa penyakit kronik diusia muda.
            “Mak dan ayah pun tak tahu.” Jawapnya perlahan. Sengaja kasi ada feel sikit.
             Pucat lesi wajah Ayman. Terkejut dia mendengar yang mak dan ayahnya tidak mengetahui tentang penyakit adiknya. “Kenapa Rysh tak bagitahu kami? Kenapa Rysh sorokkan dari kami benda penting macam ni?” soalnya lagi dengan suara yang sayu. Sedih hatinya tika ini kerana tidak mengetahui hal ini dengan lebih awal lagi. Dia memandang adiknya. Kelihatan wajah adiknya tenang sekali. Tiada kerisauan yang terpancar di wajah itu.
           Terkedu dia mendengar suara sayu yang menitir dibibir alongnya. Niat hendak bergurau sudah bertukar. Jelas dimata alongnya, riak kerisauan jelas terpancar saat along merenungnya. “Sebenarnya..sebenarnya…. Rysh tak sakit apa-apa pun. Saja je Rysh pancing along. Mahu tak bengang, orang tu buat layan tak layan je dengan kita ni hahh. Macam bercakap dengan orang bisu pun ada jugak.” Sambil memuncungkan mulut dia meluahkan ketidakpuasan hatinya. Ternganga mulut Ayman dan terhambur juga ketawanya mendengar luahan adiknya. Dengan muncung yang tak tahu rupa apa ditambah ayat memerli dirinya lagi. Macam-macam adik seorang ni. Tahu yang dia sudah terkena dengan adiknya sendiri. Hih, saja nak bagi orang mati terkejutlah budak ni.
        “Tak baiklah buat along macam ni. Selamat along tak ada sakit jantung. Along bukan tak nak cakap dengan Rysh. Kalau Rysh nak tahu, masa Rysh pergi toilet tadikan. Ada sorang mamat ni datang dekat along tiba-tiba dia cakap macam ni “You don’t deserve to her.” Yang along dah tercengang, apahal mamat ni. Mamat tu terus blah. Along diam jelah.” Cerita Ayman kepada Qairysha. Qairysha yang dah tak tahan menahan ketawa, terus tersembur air di dalam mulutnya, kena tepat ke muka Ayman. Kelang kabut dia mengambil tisu yang disediakan dilap ke muka along.
          I’m so sorry long. Tak sengaja, dah nak terkeluar sangat. Bukan sengaja, so sorry long.” Katanya mendatar. Rasa bersalah terbit dalam hati. Along hanya memandangnya tanpa riak.
           “Apalah Rysh ni, dahlah kena warning tadi lepas tu kena sembur dengan air tanpa amaran. Lain kali dengarlah dulu cerita baru minum ni tak, habis jatuh saham along yang kacak bergaya macam Aaron Aziz ni” Along berkata lagi. Qairysha mencebik. Perasaan tahap gaban malaun betullah.
           “Banyaklah handsome macam Aaron Aziz konon, taik gigi pun tak sama. Perasan je lebih” Dia berkata sambil menjelir.
            “Nak buat macam manakan, dapat adik yang macam hantu jebon pun kena warning. Pelik betullah. Suka-suka dia je cakap aku tak layak dengan adik aku sendiri. Ish ish, nasib-nasib dapat adik yang rupa cantik berbenor  kalah Miss Universe.” Along membebel sambil mengejek. Qairysha hanya angkat kening. Memang kalau dia berjalan dengan Qairysha mesti ada mata-mata lelaki yang memerhati, pelik bin ajaib betul. Memang dia sendiri mengaku adiknya memang cantik tapi sampai warning-warning tu yang tak boleh sangat nak blaalah.
           “Habis takkan Rysh kena pakai topeng? Tak gemolah teman ni yop. Lagipun adik along nikan super duper hot jadi lelaki-lelaki ni jealouslah tengok along dengan Rysh. Untung tau dapat adik macam Rysh, bila orang tanya along ‘sape aweks tu? Cantik siot’ Along mesti jawap adik akulah. Banggalah sikit long oi.” Dia tersenyum meleret. Bangga. Ayman mencebik, kepala hotak hang nak bangga. Tak pasal-pasal berebut kau macam Rooney dengan Lampard rebut bola atas padang je. Layan minah sorang memang bukan ke langit ke laut kang jadinya. “Sudah dik, jangan nak riak sangat. Tuhan tarik balik apa yang Dia pinjamkan kang baru padan dengan muka kau dik oi.” Along menasihati sambil buat muka tak berapa nak serius. Menahan ketawa dia bila tengok Qairysha terkumat-kamit berIgstifar agaknya.
         “Dik, jangan sedih-sedih, karang angah dengan alang sampai kita pi tengok wayang nak?” Along bertanya sambil tersenyum. Mata Qairysha dah bersinar-sinar. Bestnya dapat nonton wayang gambar sama abang-abangku tercinta. Keren gituloh. Terlebih layan sinetron Indonesia dekat tv3.
          “Eleh, along yang serius macam nak gila je tadi. Orang main-main dia boleh bantai bagi tazkirah percuma pulak.” Dia menjawap sambil menyuap steak ke dalam mulut. Ayman hanya ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut adiknya. Tersentak dia dengan tepukan dari belakang. Dia memandang rupanya si angah dengan si alang.
           Sorry lambat long, jalan jamlah.” Angah berkata sambil tersengih.
            Ayman hanya mencebik, banyaklah jalan jam konon. Dia bersiap yang lama mengalahkan mak datin je. “Eleh, bagi alasan macam orang tak pergi sekolah pulak. Macam orang tak tahu awak tu kalau siap mengalahkan Qairysha dengan mak je” Katanya memerli. Aymal dengan Ayhan tersengih-sengih macam kambing je. Qairysha yang excited nak jumpa angahnya terus memeluk Aymal yang sedang berdiri. Ayhan mencebik sambil berkata.
            “Haik, angah je dia peluk. Kita ni tak rindu ke? Mentang-mentanglah kita ni bukan abang sayang dia. Sampai hati dia tak peluk kita, nak touchinglah macam ni.” Ayhan berkata sambil buat muka seposen.
             Yelah alang, nak merajuk pulak. Alang yang duduk jauh-jauh sape suruh kan susah nak peluk.” Qairysha menjawap. Sedih hatinya mendengar alangnya berkata begitu. Dia menyanyangi semua abang-abangnya cuma dengan angah dia terlebih rapat. Dia bangun dan terus memeluk alangnya yang duduk bersebelahan along.
            “Adik, sudahlah nanti orang ingat kita ni tak senonoh main peluk-peluk. Dahlah awak tu bukan muka melayu. Kami bertiga ni hah yang ada muka melayu. Karang timbul fitnah dah berdosa orang tu kang.” Ayhan berkata sambil melepaskan pelukan adiknya.
            “Tadi perli-perli, orang dah peluk kata macam-macam pulak.” Qairysha mengomel. Ayman dengan Aymal hanya menggeleng. Kalau dah jumpa tak bergaduh tak sah, bila duduk jauh macam monyet tak dapat susu je dua ekor ni.
              “Korang yang lambat, along yang kena dengar minah ni membebel. Habis cair taik telinga along ni tau. Lepas dia membebel dia boleh pulak bersila tengah-tengah pavilion tadi. Buat malu sungguh adik ni!” along membuka cerita. Aymal dengan Ayhan dah ketawa kuat. Biar betul Rysh bersila dekat lantai pavilion. Memang boleh masuk record peribadi ni.
               Qairysha mencebik, eleeh baru sikit dah mengadu. “Dahlah, kita makanlah cepat lepas tu orang nak tengok wayang dengan angah je. along dengan alang kejam tak payah ikut.” Dia berkata sambil memeluk erat lengan angah yang berada di sebelahnya.

             Cihh podah, Ticket along yang bayar. Kenapa pulak along tak boleh ikut?” Ayman bertanya. Qairysha tersengih. Terlupa pulak yang hari ni Ayman sponsor semua.
            Yelah yelah, mentang mentang kita sekolah lagi. Asyik nak buli kita je.” Rysh mengalah. Bertekak pun buat bazir air liur je. Itulah asam garam gula ajinamoto mereka bila berkumpul. Ada sahaja benda yang mahu disakat dan orang yang nak disakat. Lagi-lagi dia sendiri yang tak pernah tak menyakat abang-abangnya. Dia sendiri pelik, dari mana datangnya perangai suka menyakat dalam dirinya. Selesai makan, along terus membuat bayaran. Kami berempat terus beredar ke tingkat lima dimana terletaknya panggung wayang. Qairysha asyik berkepit dengan Aymal je, yang lain dia tak pandang pun.
              “Aymal, Ayhan kita nak tengok cerita apa ni? Underworld, Journey 2 or Sumpahan Kum Kum?” Along bertanya. Sedikit pun tidak memandang Qairysha yang membulatkan matanya. Belum sempat Aymal nak menjawap pertanyaan alongnya tiba-tiba Qairysha memotong..
            “Takpelah, angah dengan alang jela tengok wayang. Rysh tak joinlah.” Mendatar saja suaranya.
            Ayman terkesima, adik ni boleh tahan jugak. Bergurau sikit pun tak boleh. “Qairysha Adeline! Kenapa dengan adik ni? Dari pagi tadi lagi tak habis-habis nak terasa dengan apa yang along cakap. Bergurau sikit pun dah tak boleh.” Ayman dah tak tahan sabar dengan Qairysha hari ni. Kembang kempis hidungnya menahan marah yang sudah naik ke kepala. Qairysha tersengih lalu berkata.
           “Anda dah terkena bang bang boom, ha ha ha ha ha.” Dia ketawa kuat. Ayman yang baru perasan diri dipermainkan mencubit lengan adiknya. Kurang asam kering punya adik, aku pulak yang kena main dengan dia. Hish teruk betul! Tak pasal-pasal aku naik angin pulak.  Aymal dan Ayhan juga tersembur ketawa. Ayhan paling kuat.
           “Along terkena dengan Rysh, apalah along ni macam tak tahu perangai budak ni. Ada je idea dia nak kenakan orang. Bila orang kenakan dia, baru tahu terkulat-kulat.” Ayhan berkata dengan ketawa yang masih bersisa. Aymal hanya menggeleng sambil menggosok kepala adiknya.
          “Dah dah, sekarang ni nak tengok cerita apa? Cepatlah orang nak beli ticket ni!” soalnya buat kali kedua.
          “Ombak Rindu.” Mereka menjawap serentak. Lalu ketawa.
          Ayman berlalu pergi. Aymal, Ayhan dan Qairysha hanya menunggu. Along datang dengan ticket di tangan. “Lambat lagi, ada lagi sejam. Jom kita jalan-jalan dulu.” Ajak along. Mereka berempat beriringan masuk kedalam pavilion semula. Tiba-tiba ada suara yang menegur Qairysha. Mereka berempat berpusing.
          “Hai, Minah bt Samad bin Hussain bin Biru.” Lelaki itu menegur.
          Ayman, Aymal, Ayhan berpandangan sesama sendiri apabila mendengar lelaki tu menegur adiknya. Terhambur ketawa mereka bertiga. Qairysha tersenyum kelat. Eeee malangnya nasib aku hari ni, dua kali jumpa orang yang sama. Dah tu boleh pulak dia panggil nama yang aku bagi pagi tadi.
         “Oh hai.” Jawap Qairysha malas.
          “Rysh, siapa ni? Lepas tu siap tegur dengan nama opah kita lagi.” Aymal bertanya dengan senyuman masih bergayut di bibir.
            “Bukanlah, Rysh tak kenal dia pun. Cuma terserempak dekat tasik masa Rysh jogging pagi tadi” jawapnya jujur.
            “Oh, nama awak Ryshlah ya? Kan betul nama awak mesti bukan Minah punya.” Irfan bersuara. Ayman, Aymal, Ayhan ketawa lagi. Qairysha menjeling.
            “Saya, Ayman yang ni Aymal yang lagi sorang ni Ayhan. Budak yang awak panggil Minah bt Samad bin Hussain bin Biru ni adik saya, Qairysha Adeline.” Ayman memperkenalkan diri dan juga adik-adiknya. Mereka berjabat tangan. Qairysha menjegilkan mataya. Eeee along ni, yang pergi bagitahu nama aku buat apa.      
          “Saya, Irfan Djokovic. Sedapnya nama dia, tapi kenapa dia bagitahu nama opah dekat saya pulak abang? Tak salahkan saya panggil En.Ayman abang? ” Irfan memperkenalkan nama serta sempat meminta kebenaran. Nama pun abang kepada Qairysha mestilah kita perlu berbudi dan berbahasa. Takkan nak main aci redah panggil kau aku kan.
         “Boleh-boleh, dia memang suka buat loyar buruk. Jangan dilayan sangat perangai budak sorang ni.” Jawap Ayman lagi. Aymal dan Ayhan masih dengan senyum sambil mengganguk-nganggukkan kepala macam burung belatuk cap Zoo Taiping je. Qairysha mencebik.
          “Along, Angah, Alang kalau you all nak berborak dekat sini dengan Irfan ni lain kali bawak tikar, bawak makanan sekali boleh kita berkempen dekat sini.” Qairysha berkata sambil memerli. Laju tangan Ayhan menyekeh kepala adiknya.
         Terhambur ketawa mereka mendengar Qairysha berkata begitu. “Maaflah, saya bukan nak menganggu cuma tadi dah ternampakkan apa salahnya menegur tak gitu abang-abang?” Irfan berkata.
          “Sejak bila pulak mak saya beranakkan awak ni? Siap ber-abang-abang bagai.” Soal Qairysha dengan senyuman sinis. Mereka semua tersentak dengan soalan itu. Aymal bersuara. “Adik, kenapa biadap sangat ni? Ayah dengan mak tak pernah ajar Rysh kurang ajar dengan orang tau.” Aymal mendengus kecil dan memulakan bebelan. Ayhan mengangguk bersetuju.
          “Habis orang dah letihlah tunggu korang ber-chit chot dekat sini. Sakit lutut tau tak!” Qairysha merungut. Ketawa mereka dengan jawapan Qairysha. Ingatkan apalah tadi, cakaplah dah letih. Macam-macam budak sorang ni takut kena bebel cepat je dia jawap.
          “Jom kita lepak dekat KFC dulu sebelum masuk wayang. Irfan jom join kami sekali?.” Ajak Ayhan sambil memandang muka Irfan. Irfan berfikir-fikir sebelum membuat keputusan. Lama baru dia mengangguk. Boleh jugak, dah orang pelawakan. Rezeki jangan ditolak. Katanya sendirian. Mereka berlima menuju kearah KFC yang terletak di tingkat satu berdekatan dengan Food Court.

No comments:

Post a Comment