Tuesday, December 18, 2012

CLBDES 5


5

KENTUCKY FRIED CHICKEN  Ayman, Aymal, Ayhan serta Irfan berborak-borak tak henti-henti. Qairysha hanya membatukan diri. Kalau ada perkara yang melawakkan barulah dia ketawa kalau tak jangan harap nak tunjuk taik gigi pun tak hengen, baik dia layan twitter lagi baik. Dia terdengar alongnya bertanya kepada Irfan segala detail tentang lelaki itu ditanya. Haih macam polis tak diikthiraf  je along ni. Irfan baru baru enam belas tahun sama seperti dirinya. Entah-entah dia tipu, punya tinggi muka nampak matured je takkan baru enam belas tahun. Keluarganya baru berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur. Patutlah macam bukan orang KL je.
              “Eh along, ticket wayang pukul berapa? Sekarang dah pukul dua petanglah! Tulah sibuk berborak sampai lupa wayang pukul berapa. Tak solat Zohor lagi ni.” Qairysha menyoal. Ayman menepuk dahi.
              “Wayang pukul dua setengah, dah jom pergi solat dulu lepas tu terus pergi cinema. Nanti susah pulak cari tempat duduk.” Kelang kabut dia bangun dan berlalu pergi. Meninggalkan yang lain. Qairysha sudah ketawa terbahak-bahak. Ayman yang menyedari dia hanya berseorangan berpatah balik. Dia nampak adiknya tengah ketawa tak hengat dunia ni mesti kes dah kenakan aku. Dia tengok jam Rolex di tangan. Cis, berdebah punya adik! Baru satu setengahlah, aku dah kena main pulak dengan dia. Kembang kempis hidungnya menahan rasa di dalam. Aymal dan Ayhan hanya angkat tangan tanda tidak tahu apa-apa. Irfan hanya tersenyum mengejek. Qairysha terus terdiam melihat muka alongnya merah menahan marah. Kau ni Rysh tak pernah nak serius, asyik nak kenakan along kau je kan. Habislah kau karang, bom amerika syarikat dah nak meletup tu. Baik kau mintak maaf daripada licin bijih timah kau dibuatnya.
           “Qairysha Adeline Fiqrash Ayzam!” Ayman bersuara sambil merenung adiknya yang sudah menundukkan muka. Nadanya pun dah tinggi sedikit. Aymal dan Ayhan hanya diam, biar padan dengan Qairysha yang selalu mengenakan orang. Tak pernah nak serius langsung, ada je idea anak-anak dia. Tak pernah kering.
            Qairysha hanya senyap. Dia tahu kalau alongnya memanggil nama penuh begitu mesti dia marah betul. Habislah kau Rysh. Air mata dah mula tumbuh di tubir mata tunggu saat nak jatuh je. Dia hanya bergurau tak sangka pulak yang alongnya boleh marah sampai macam tu sekali. Itu yang menyebabkan dia menjarakkan diri dari alongnya. Alongnya kalau dah marah tak ingat dunia. Kenangan terkantoi kembali terbayang di matanya.
            “Qairysha Adeline Fiqrash Ayzam! Kau pergi mana pagi tadi?” Soal Ayman kepada Qairysha yang melangkah masuk ke rumah. Qairysha terkejut dengan cara panggilan alongnya. Dia yang baru hendak melangkah naik ke tangga terus kaku. Macam digam kakinya tidak boleh digerak, bibirnya terkunci. Otaknya sedang ligat mencari jawapan.
             “Kenapa kau diam? Along tanya jawaplah!” Soal Ayman keras. Terkebil-kebil Qairysha. Mulutnya tergerak-gerak nak bercakap tapi dia takut.
             “Rysh..Rysh pergi sekolahlah.” Akhirnya terkeluar jugak. Dia hanya menundukkan muka tak sanggup nak tengok muka alongnya yang macam penjenayah. Takut mak nokk!
            “Kau pergi sekolah? Apa kau pergi sekolah? Habis ni siapa?” Along menyoal sambil menunjukkan gambar dia sedang melepak dengan berpakaian sekolah. Qairysha terkejut, macam mana boleh kantoi pulak ni. Aduh, matilah aku kali ni. Dia hanya diam meneleku lantai.
             “Qairysha! Along tanya ni, kenapa kau diam? Dah bisu ke? Selalu pandai sangat menjawap, sekarang jawaplah! I need your answer right now!” Ayman mendengus marah, geram dia dengan adiknya. Selalu menjawap tak ingat dunia, sekarang bila dah ditanya kenapa senyap. Marah betul dia tadi pagi, masa dia keluar untuk bertemu clien.
            Tika itu dia sedang berbincang tentang projek yang sedang dijalankan tiba-tiba dia ternampak adiknya dengan kawan-kawan yang lain berjalan melintasinya. Dia yang dah mula naik angin terus meminta perbincangan ditangguhkan dengan alasan dia tidak sihat. Terus dia bangun dan mengekori adiknya. Qairysha yang tidak perasan akan kehadirannya terus melepak-lepak. Sempat dia menangkap gambar mereka. Selama satu jam jugak dia mengekori adiknya, selepas pukul sebelah pagi baru adiknya dan kawan-kawan pulang ke sekolah.
            Qairysha dan kawan-kawan yang lain memanjat tembok untuk memasuki kawasan sekolah semula. Dia yang melihat cara adiknya memanjat tembok macam nak luruh jantungnya. Tidak takut sungguh adiknya. Sungguh dia tak sangka adiknya akan menipu dia dan keluarga. Rasa marahnya memuncak-muncak sehingga dia tiba ke pejabat. Terus dia pulang kerumah. Selamat ibu dan ayahnya tidak ada di rumah pagi itu, mereka ke Alor Setar melawat Atok dan Tok wan.
            Qairysha sudah tidak dapat menahan air matanya gugur dan dia menangis teresak-esak. Terduduk dia di situ serasa tidak berdaya dia hendak berdiri lagi. Terbongkar sudah rahsia yang disimpan rapi kini. Dia bersyukur sangat ibu dan ayah tidak ada jadi mereka tidaklah kecewa dengan perangainya. Kalau mereka tahu mereka mesti kecewa. Maafkan Rysh ibu ayah. Maafkan Rysh. Ayman yang sedang meluap-luap marahnya terus reda melihat adiknya menangis teresak-esak begitu. Jatuh kesian kepada adiknya. Dia dan keluarganya tidak pernah meninggikan suara kepada Qairysha. Semua permintaan ditunaikan tapi ini balasan yang mereka dapat. Sungguh hatinya kini sakit dengan perbuatan adiknya.
         “Maafkan Rysh, ampunkan Rysh buat along marah. Memang Rysh tak kenang budi. Tak sedar diuntung. Maafkan Rysh along” Katanya dengan tangisan yang masih bersisa dan terus melangkah naik ke bilik. Sedih hatinya dimarahi begitu. Dia sedar dia tersilap percaturan. Memang salah dia pun, tapi dia tak sangka dirinya akan dimarahi sebegitu. Sesampai di bilik, terus dia menguncikan diri.
         Selepas kejadian itu seminggu dia tidak keluar bilik, makanan dihantar oleh ibu. Ibu selalu bertanya kenapa dia menjadi murung begitu tetapi dia hanya mendiamkan diri. Angah serta alang jugak selalu datang memujuknya supaya turun makan tapi dia tidak endahkan. Selepas seminggu dia memencilkan diri akhirnya dia turun juga. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya susah hati.
         Baru dia sedar, alongnya tiada dirumah. Dia bertanya kepada alang tapi alang hanya mendiamkan diri. Hendak bertanyakan angah takut rahsianya pecah. Mulutnya kalau dengan angah memang tak boleh simpan rahsia, akan terpecahlah. Akhirnya dia nekad bertanyakan dengan ibu. Ibu menjawap “Along dah berangkat ke New Zealand seminggu lepas” Aku terkejut. Marah betul along dengan aku sampai tidak dikhabarkan berita dia berangkat menyambung pelajaran ke New Zealand. Dia hanya diam bila ibunya bertanya tentang dia dan alongnya. Dia bertekad tak nak mengulangi kesilapan yang pernah dia lakukan. Dalam setiap doa selepas solat dia akan meminta alongnya memaafkan dirinya. Memaafkan segala kesalahannya. Selama tiga tahun dia tidak pernah bercakap dengan alongnya dalam call mahupun email. Dia takut tak diperlukan. Setiap kali alongnya call dan ingin bercakap dengannya. Dia akan buat-buat sibuk. Dia tak sanggup nak melukakan hati alongnya lagi. Selepas along tamatkan pembelajaran dan pulang menetap dengan keluarga. Dia mula menjarakkan diri supaya benda yang sama tidak berulang lagi. Fobia dia dimarahi dengan teruk.
          Sejak dia dimarahi dia telah berubah sepenuhnya. Dia berlajar dengan tekun dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam PMR iaitu 8A. Hari dia membawa pulang result itu kerumah, rupanya alongnya membuat kejutan dengan membeli sebuah teddy bear yang saiznya sama dengan manusia. Dia yang terkejut hanya diam dan mengucapkan terima kasih. Yang lain-lain seronok meraikan dirinya tapi dia merasakan dia tidak berhak diraikan.
          “Rysh” Terdengar suara angah memanggil.
          Aku tersentak dari lamunan dengan panggilan itu. Luruh air matanya saat dia sedar dari lamunan. Semua yang berada di situ terkesima. Along, angah, alang dan juga Irfan. Terus dia bersuara.
            “Maaf long, Rysh cuma bergurau.” katanya sambil memandang kearah alongnya yang sedang memandang kearahnya juga. Ayman hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kenapalah adik sorang ni. Kalau aku panggil nama penuh mesti dah takut macam nampak hantu.
           “Kenapa nak mintak maaf pulak Rysh? Bukannya Rysh buat salah besar sangat pun. ish ish meh dekat along meh, manjanya.” Panggil Ayman supaya Qairysha mendekati dirinya. Qairysha teragak-agak hendak pergi kearah alongnya. Along menarik lengangnya.
          “Sekarang cuba Rysh senyum sikit, tak mahulah nangis-nangis dah tak lawa dah.” Ayman memujuk.
           Akhirnya, Qairysha tersenyum. Baru dia sedar ada orang lain bersama mereka. Merah mukanya, malu! Dia memandang Irfan yang hanya mendiamkan diri. Irfan yang hanya mendiamkan diri tersenyum. Bestnya dapat abang-abang yang sporting macam ni. Adik yang manja tak kena tempat. Nak buat macam mana dia hanya ada adik lelaki. Kalaulah aku ada abangkan seronok. Dia berkata didalam hati.
          “Irfan, apa yang dok fikir sampai senyum sorang-sorang?.” Ayhan menyoal. Dia yang sekadar memerhati tingkah abang serta adiknya sekarang beralih ke lelaki yang mengenali adiknya pulak.
           Irfan tersentak. Berangan rupanya aku ni, macam mana boleh terbabas ke situ pulak. Dia yang terpingga-pingga bertanya. “Beg your perdon?” Sambil tersengih. Semua yang berada disitu terhambur ketawa.
           “Hish budak ni, sempat lagi dia berangan tu. Orang tanya dok fikir apa sampai tersenyum sorang sorang pun tak dengar.” Aymal pulak bersuara dengan mengangkat kening.
            Irfan malu sendiri, aku ni pun nak berangan tak nyempat-nyempat kan dah malu. “Takdelah, mana ada saya berangan.” Dalihnya. Malu dia ditangkap sedang berangan. Qairysha hanya mencebik, eleh cover macho konon. Tak macho mana pun. Yeke tak macho? Detik hatinya. Memang macho pun gentleman lagi. Siap boleh kamceng dengan along, angah, alang lagi. Memang muka jamban betul!
            Aymal bersuara “Jom kita habiskan lunch cepat, lepas tu pergi solat. Nanti jumpa depan cinema ye cik Qairysha Adeline Fiqrash Ayzam. Jangan melencong merapat kemana-mana eh.” Aymal memberi arahan dan amaran buat Qairysha. Memang Qairysha kena diberi warning dulu kalau tidak jadi macam dulu. Yang lain mengangguk kecuali Qairysha.
           Warning-warning orang konon. Okay see you then.” Dia berkata sambil berpecah meninggalkan jejaka-jejaka yang terhangat di pasaran.

No comments:

Post a Comment