Tuesday, December 18, 2012

CLBES 6


6

   “Mana Qairysha ni, long? Dah lama kita tunggu ni, wayang lagi lima minit. Minah tu hilang entah kemana, ticket ada dengan kita. Nanti dia tak dapat masuk, tercogok dia dekat luar.” Aymal bertanya. Dah setengah jam mereka menunggu, janji selepas solat zohor semua berkumpul depan cinema semua ada cuma Qairysha je yang ghaib entah ke mana.
            “Manalah along tahu, Ayhan pergi tengok adik. Ke manalah dia ni, orang dah cakap tunggu depan cinema. Dia pergi jadi pelancong tak bertauliah pulak” Ayman memberi arahan. Ayhan mendengus kecil. Budak ni pun satu hal, suka buat orang bengang je. Buat apalah lama sangat dalam surau perempuan tu lama-lama. Nak kata bermake-up bagai sikit lip gloes pun tak ada. Berpusing-pusing dia mencari adiknya. Satu tepukan dari belakang membuatkan dia terpinga-pinga.
             “Alang.” Qairysha memanggil.
             Ayhan yang terkejut terus meluku kepala adiknya. “Rysh pergi mana? Dah half an hour tau kita orang tunggu.” Soal Ayhan laju. Qairysha hanya senyum menunjukkan barisan giginya. Mesti angah dengan along membebel dekat aku punya. Padan dengan muka aku pergi gatal masuk kedai forever 21 sangat. Tunggulah habuan kau karang. Alang sudah berlalu dan dia hanya membuntuti langkah alangnya. Dari jauh dia sudah nampak riak wajah angah yang sedang bengang. Irfan hanya tersengih sambil menggelengkan kepala macam orang tengah berzikir.
            “Rysh pergi mana? Lama tau kita orang tunggu. Selamat wayang belum start. Kalau tak duduk luarlah jawapnya.” Soal Aymal sambil memandang adiknya yang hanya tersengih. Boleh main sengih-sengih. Orang dahlah letih tunggu dia. Bantai buat muka tak bersalah je.
           “Alah, belum start lagikan ? Orang hilang sekejap pun, bisingnya kalah mak dekat rumah je.” Dia menjawap sambil memuncungkan mulut. Irfan tersenyum mendengar jawapan Qairysha. Ada saja jawapan yang akan keluar dari mulut minah ni. Tak pernah senyap dan tak pernah kering idea langsung.
           “Mulut tu kalau tak menjawap tak boleh ke? Sakit hati betul dengan dia ni. Dahlah buat orang risau, orang takut dia kena kidnap ke apa. Dia buat selamba beruk dia je.” Gumam Ayman pula. Geram dia dengan perangai adiknya yang sorang ni. Perangai tak sudah-sudah. Tak tahulah ikut perangai siapa. Setahu dia, ibu dan ayah mereka tak ada perangai loyar buruk tahap hantu macam Qairysha ni. Ayhan menyekeh kepala adiknya. “Lain kali nak pergi mana-mana bagi tahu boleh? Handphone mahal-mahal tapi simpan dalam bag. Tak guna jugak, baik Rysh tukar je dengan alang.” Dia bersuara pula. Biar sakit telinga adiknya harini. Tiga-tiga membebel.
          “Mana boleh! Ayah beli untuk Rysh bukan untuk alang. Jadi jangan jadi penyamun tak berijazah dekat sini.” Jawapnya lagi. Irfan hanya memandang adengan pergaduhan manja antara empat orang beradik di hadapannya. Qairysha, Qairysha selalu mengusik abang-abangnya. Kenapalah dia boleh berjumpa dengan orang yang kuat mengusik macam ni. Dia sendiri pelik.
          “Abang oh abang, sudah-sudahlah. Jom masuk, wayang dah nak start kita dekat luar lagi.” Irfan mengejutkan yang lain dari terus termimpi. Ayman, Aymal, Ayhan dan Qairysha berpandangan sesama sendiri. Mereka berlima berlalu masuk ke dalam panggung.

ROOM 3 Semua khusyuk je layan ombak rindu ni. Sedih sangat cerita ni, sampai leleh air mata lelaki Ayhan. Rasa nak terburai ketawanya tika ini tapi tetapi ditahan supaya tidak menganggu orang lain. Aymal, Irfan dan Qairysha biasa saja. Adakalanya ternampak jugak adiknya mengelap air mata yang mengalir. Ending cerita ombak rindu ni memang menyayat hati betul. Semua yang berada dalam panggung sudah bengak-bengkak mata. Keluar je dari panggung, mata Ayhan paling merah. Terhambur jugak ketawanya. Semua mengangkat kening meminta penjelasan. Dia hanya meneruskan ketawa sehingga dia merasakan tepukan kuat di lengannya.
        “Apa ni Ayhan? Pukul-pukul orang pulak.”
        “Dah gelak tak ingat dunia. Macam orang baru keluar tanjung rambutan je” Jawap Ayhan selamba. Irfan tersengih mendengar jawapan dari Ayhan klise betul nak cover malu.
        “Mahunya along tak gelak. Dalam ramai-ramai antara kita ni, alang sorang je mata merah macam mati bini.” Kata Ayman lagi.
        Riak wajah Ayhan terus berubah serta merta. Semua mata terarah ke wajahnya dan meletus kuat ketawa dari adik dan abang-abangnya. Merah mukanya, malu! Mana nak sorok muka ni. Bawah meja? Jatuh saham aku kang. Dia hanya mendiamkan diri tidak menjawap. Qairysha gelak tak ingat dunia. Kelakar betul muka alang. Memang macam mati bini je dia nangis. Padahal taklah sedih sangat sampai nak kena nangis macam tu. Dia akui memang cerita Ombak rindu sangat menyayat hati. Tapi tak sangka alangnya menangis bagai nak rak sedangkan dia yang perempuan pun nangis taklah sampai macam alangnya. Ni mesti ada ketam disebalik masak lemak cili api. Alang dah ada girlfriend, muka macho badan tough macam pemain rugby. Chayokk! Ada bahan yang nak disakat. Hehe! Tiba-tiba tangannya terasa pedih. Dia memandang alangnya sambil menjegilkan mata. Ayhan hanya bercekak pinggang sambil menaikkan kening.
           “Apa ni lang? Sakitlah!” ngadu Rysh sambil menggosok tempat yang terkena cubitan Ayhan. Suka hati dia je nak ketam-ketam aku. Haih, takkan hilang perangai ketam yang diwarisi dari emaknya.
           Ayhan tersengih tayang gigi, padan muka! Tersenyum-senyum dari tadi. Adalah tu yang nak dibuat untuk kenakan aku ni. “Alah, sikit je bukannya sampai lebam pun” jawap Ayhan sambil high-five dengan Ayman. Qairysha menarik muka masam, muncungnya dah panjang sedepa. Rasa nak terhambur ketawanya saat ini. Sikit-sikit nak merajuklah dia ni, manja sangat.
          “Lepas ni nak pergi mana angah? Takkan nak balik kot awal lagi ni” Soal Qairysha sambil memandang muka Aymal. Aymal hanya mengangkat bahu tanda dia pun tidak tahu kemana harus mereka pergi. Ayman dan Ayhan serta Irfan berpandangan sesama sendiri. Aik, dah tak nampak ke mereka bertiga yang dah tercongok depan mata ni. Tanya Aymal je, mereka ni tak nak tanya pulak. Kurang jawa punya adik.
            “Amboi, baru kena cubit sikit dah buat tak nampak kami depan mata ye? Sampainya hatimu….” Soal Ayman sambil menyanyikan lagu yang dia sendiri lupa tajuknya. Terhambur ketawa Qairysha mendengar alongnya menyanyi. Dahlah suara sengau, picing dah kelaut cina selatan. Ada hati nak menyanyi. Haha. Kutuk Qairysha dalam hati.
          “Sudah long sudah, sudah cukup cukup sudah cukup sampai disini saja habis rosak lagu kalau along dah start nak menyanyi…..” Qairysha pula menyanyi sambil mengutuk alongnya. Habis semua pakat menyanyi dah lerr ni. Irfan tersenyum-senyum mendengar si gadis ini mengalunkan sebaris lagu yang hangat disiarkan oleh setiap siaran radio di Malaysia.
            “Adik, along, angah and Irfan” Panggil Ayhan tiba-tiba. Semua mata terarah ke muka Ayhan meminta penjelasan.
            “Apa kata kita pergi karaoke? Nak balik pun awal lagikan. Lagipun kita semua takde kerja esok. Esokkan hari ahad bukan ada sekolah, bukan ada office bukak” Ayhan memberi cadangan yang padanya sangat bernas dan sangat berguna saat-saat kebosanan ni. Cehh, bernaslah sangat kan. Mereka berempat menghela nafas kuat, ingatkan apa bendalah budak ni buat suspens jelah. Semua berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk tanda setuju.
            Mereka berlima beriringan masuk ke Red Box bersebelahan panggung wayang. Ayhan mula mengambil tempat dihadapan skrin untuk memilih lagu untuk dinyanyikan diikuti dengan Ayman. Aymal hanya duduk dan berbual bersama Irfan sementara menunggu yang lain memilih lagu. Qairysha sibuk dengan Galaxy Note-nya. Ayhan mula mendendangkan lagu I’m Yours nyanyian Jason Mraz. Bersahaja Ayhan menyanyikan lagu itu kemudian diikuti dengan Ayman. Ayman memilih lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Mendayu-dayu suara Ayman.
           Qairysha berasa pelik dengan abang-abangnya, kenapa semua pilih lagu sedih-sedih ni? Macam tengah kecewa je diaorang ni. Sekarang turn dia pulak untuk menyanyi melalak-lalak. Hehe! Dia memilih lagu Baldu Biru nyanyian ratu rock Negara Ella dengan awie dan berduet dengan angahnya tetapi angahnya menolak alasan sakit tekak. Aymal menolak Irfan kedepan untuk berduet dengan adiknya. Sengaja dia berbuat begitu supaya mereka berbaik walaupun dia tahu Qairysha kurang senang dengan tindakannya. Qairysha hanya mengangkat bahu dan mengalungkan lagu itu dengan lunaknya.
Sehelai Baldu Biru
Yang Kau Berikan Dulu
Lambang Cinta Mu Itu
ku Simpan Di Kalbu Ku
Pasti Jua ku Buntu
Ohhh
Buntu
Cinta Si Baldu Biru
Yang ku Dambakan Dulu
Ternyata Hanya Palsu

           Irfan terpanar mendengar suara itu, merdunya suara dia. Dia ditegur Ayman bila tiba part untuk dinyanyikan.
Anggaplah Baldu Biru
Semurni Cinta Ku
Kepada Mu

Sejenak ku Teringat
Saat Manis Dulu
Semadi Di Hati Ku
Ingin ku Bersama Mu
Seperti Masa Lalu
ku Merindu

          Aymal dan Ayhan bertepuk tangan bila dia mula membuka mulut. Haih, abang-abang ni perangai kalah budak-budak. Qairysha hanya memandang dan mula buat muka duckface. Ayman hanya ketawa melihat reaksi adiknya. Setelah semuanya kepenatan dan mula sakit tekak mereka pun pulang ke rumah ketika jam mengingjak ke angka 11 malam.

No comments:

Post a Comment