Wednesday, January 2, 2013

CLBDES 7


7

             “Mak aaiii, malasnya nak bangun.” Gumam Qairysha kuat. Hari isnin memang hari paling liat nak bangun pagi. Jam loceng beruang Koala ditepi katil dicapai, terbeliak matanya. Dah pukul 6.30 pagi, aduhh dah lambat! Kenapa mak tak kejutkan aku ni, aduh kan dah lambat. Dia bangun lalu terus menuju ke bilik air. Terkocoh-kocoh dia turun kebawah setelah selesai memakai baju sekolahnya. Terus dia ke pintu dan memakai kasut kemudian terdengar namanya dipanggil.
               “Rysh! Rysh!” Panggil Puan Qistina apabila ternampak kelibat anaknya turun dari atas.
               “Rysh dah lambat mak, kenapa mak tak kejutkan Rysh?” Tanya Qairysha. Puan Qistina tersenyum lalu pergi kearah anaknya yang berada di pintu. Diangkat satu kening ke atas sambil tersenyum. Qairysha berasa pelik dengan perangai emaknya, kenapa mak buat senyum mengejek tu? Peliknya.
                “Kenapa mak pandang Rysh macam tu?” Soal Qairysha sambil memandang ke arah Puan Qistina. Puan Qistina tersenyum panjang. Sah dia dah terlupa hari. Hari ahad mana ada orang pergi sekolah, silap-silap cikgu pun tengah terbongkang atas katil lagi.
                “Hari ahad mana ada orang sekolah, Rysh mengingau ke? Ke dah nyanyuk ni?” Soal Puan Qistina sambil ketawa dan berlalu ke dapur. Qairysha menepuk dahi, ye tak ye jugak. Aku ni pun apa hal sampai hari pun boleh lupa ni. Dia menggeleng kepala sambil membuka kasut dan melangkah ke arah dapur. Patutlah mak tak kejut aku rupanya aku yang silap hari, haih Rysh kau macam dah boleh jumpa doctor ni. Check kepala kau yang dah biul sikit tu, agaknya ada anak tikus gigit wayer dalam otak kaulah Rysh oi. Dia tersenyum dan menghampiri Puan Qistina dan Mama Milah. Mama Milah ialah orang gaji yang sudah keluarga aku anggap seperti ibu kedua dalam rumah ni sebab Mama Milah yang menjaga aku serta abang-abangku dari kecil.
              Aku mula menghampiri Mama Milah secara senyap dari belakang dan mencucuk pinggang serta tengkuk Mama Milah. Mama Milah mula membuka langkah silat mengkarongnya dengan tangan yang memegang senduk di tangan kiri serta kain buruk di tangan kanan. Dapur mula riuh dengan suara Mama Milah. Qairysha tidak dapat menahan ketawa dan mula ketawa berdekah-dekah. Mak dan Mama Milah memang calon melatah dalam rumah ni. Ayman, Aymal, Ayhan serta Encik Fiqrash Ayzam turut turun apabila terdengar kekecohan dari bawah. Mereka kelihatan pelik melihat gelagat Qairysha yang sedang ketawa, Mama Milah dengan senduknya masih melatah dan Puan Qistina berdiri tegak di tepi dapur.
            “Ehemmm Ehemm” Encik Fiqrash Ayzam berdehem untuk mematikan gelak ketawa Qairysha dan menyedarkan Puan Qistina. Yelah, karang dibiarkan hangit pulak ikan yang sedang digoreng di dalam kuali nun. Puan Qistina tersentak, Qairysha terdiam dan menoleh kearah dimana deheman itu berbunyi dan dia terpanar dengan pandangan tajam abang-abangnya. Mama Milah sudah ditenangkan oleh Ayhan. Puan Qistina kini berdiri disebelah Ayahnya dan kini dia keseorangan. Itulah engkau masa buat tak nak fikir dulu, sekarang jawaplah. Gasak kau Rysh! Qairysha hanya tersenyum sumbing, buat muka tak bersalah. Abang-abangnya hanya menggeleng kepala, Ayahnya diam sejak dari tadi. Mak dan Mama Milah kembali menyambung kerja yang terbengkalai sebentar tadi gara-gara dia mencucuk pinggang Mama Milah. Ayah dan abang-abangnya naik keatas semula. Kini dia ditinggalkan seorang diri. Oh tinggal kita sorang-sorang ya, tak apa. Qairysha bercakap dalam hati.
            Qairysha memanjat tangga dan terus naik kebiliknya. Dia menuju ke katil dan membaringkan badannya sambil mencapai novel  kegemarannya Adam dan Hawa karya Aisya Sofea yang sekarang menjadi bualan kerana cerita berepisod Adam dan Hawa yang sedang ditayangkan di Astro Mustika HD lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa. Dia juga tidak terkecuali antara orang-orang yang menonton cerita itu padahal dia dah pun ‘katam’ novel itu beberapa kali.
           Setelah beberapa muka surat habis dibaca dia kembali menutup novel itu. Dia pusing ke kiri dan pusing pula ke kanan. Apa masalah ni, dia tak senang duduk pagi itu kemudian dia bangun dan menuju ke balkoni bilik. Dia mula melangkah dan dia mula menjerit “Ahhh!! boringnya!!” Dia menjerit sepuas hati. Ketukan di pintu mengejutkan dia.
         “Tukk, tukk..” Ketukan dari luar. Siapa pulaklah yang mengacau ni, ganggu jelah orang nak berehat-rehat. Dia mula melangkah ke pintu bilik dengan mulut yang mengomel-ngomel. Terjengul muka Ayman di muka pintu dengan senyuman pelik. Qairysha tidak memberi reaksi lalu menuju ke katilnya. Ayman tahu kalau adiknya tidak menjawap maknanya adalah masalah atau pun dia susah hati ataupun dia marah.
         “Rysh, kenapa menjerit tadi? Satu rumah boleh dengar. Rysh ada problem ke? Kalau ada mehlah share dengan along” Soal Ayman prihatin. Qairysha mengangkat muka lalu memandang alongnya. Haih, baiknya along aku ni, tiba-tiba je ajak share problem. Qairysha mula mengecilkan matanya dan memandang tepat ke arah alongnya. Ayman hanya memandang adiknya dengan muka pelik. Apahal budak ni, demam ke apa. Pandang orang macam nak cari gaduh.
          “Yang pandang along macam along ada buat salah ni apa hal?” Soal Ayman laju. Qairysha hanya diam dan bangun menuju ke balkoni semula. Ayman bangun dan mengekori adiknya dari belakang. Dia duduk di kerusi yang terletak di balkoni bilik adiknya. Dia hanya memerhati perbuatan adiknya yang hanya diam dan berdiri menghadap halaman rumah. Lama adiknya berbuat begitu. Apa kena dengan Rysh ni, diam dari tadi. Dah lama aku tunggu, tadi bolehlah 10 minit sekarang dah setengah jam. Gila ke apa! Dia mula panas punggung, dia bangun dan berdiri disebelah adiknya.
             “Apa yang Rysh buat ni? Tak lenguh ke berdiri dari tadi?” Soal Ayman perlahan. Soalannya sepi dibawa angin lalu. Aik, mogok bersuara ke budak ni? Dah bisu agaknya. Eee, sakitnya hati bercakap dengan dia ni. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik adiknya. Qairysha hanya diam. Dengar sahaja pintu biliknya ditutup dia mula membuka matanya. Dia duduk di kerusi kemudian mengurut betisnya. Sakitnya kaki, tulah padan dengan muka kau gatal lagikan nak berdiri tadi.
              I heard that your settled down, that you found a girl and your married now…” Alunan suara entah dari mana. Qairysha yang tadi duduk kini berdiri dan mencari alunan suara yang mendamaikan tu. Meliar-liar matanya mencari gerangan empunya suara. Puas mencari kini dia kembali duduk. Suara siapa yang sedap tadi tu eh, setahu aku jiran sebelah kanan ni keluarga india dan depan rumah ni keluarga arab. Takkanlah suami aci tu pulak yang nyanyi, hish curious betullah. Jiran sebelah kiri dah lama dah berhijrah ke Belgium. Dia keluar dari bilik.

------------------------

Dia mencari-cari Mama Milah. Mana pulak Mama Milah ni pergi, dalam bilik tak ada, dekat dapur tak ada. Dia terdengar suara orang ketawa dari taman mini rumah. Dia menuju ke taman mini dan naahhh semua satu keluarga ada di situ. Dia mengerling jam ditangan. Patutlah tak ada siapa dalam rumah, kan dah sampai waktu minum petang, kau ni pun macam tak tahu je aktiviti dalam rumah ni. Kalau waktu minum petangkan semua berehat di taman mini sambil minum teh o panas dan pisang goreng buatan Mama Milah.
              “Assalamualaikum,semua” Qairysha mengucap salam.
              Mereka menjawap salam serentak. Qairysha menuju ke arah Puan Qistina dan mencium pipi maknya. Encik Fiqrash hanya menarik muka masam dan berpaling ke arah kolam ikan. Qairysha hanya tergelak kecil dan menuju ke arah ayahnya dan cup satu di pipi kiri ayahnya. Encik Fiqrash kembali memandang anak gadisnya yang sedang tersenyum manis di sebelah Mama Milah. Ayman yang berada di situ tersengih melihat gelagat ayahnya. Macam budak-budak ayah ni, tak dapat kiss dari Rysh pun nak merajuk. Haha, buruk betul kalau orang tua merajuk.
             “Mama, jom ikut Rysh ke dapur sekejap” Bisik Qairysha di telinga Mama Milah. Mama Milah menganggukkan kepala. Qairysha meminta diri untuk masuk ke dalam dengan alasan handphonenya tertinggal di atas. Setelah kelibat Qairysha hilang dimata, Mama Milah pula menyusul dari belakang. Ayman berasa pelik dengan tingkah Mama Milah dan adiknya.
              “Mama, Rysh nak tanya sikit ni” Qairysha bersuara sambil memandang ke arah Mama Milah yang sedang berdiri di tepi meja makan.
               “Nak tanya apa ni Rysh? Macam penting je” Soal Mama Milah.
               “Tadi Rsyh ada dengar suara dari sebelah rumah, ada jiran baru ke Mama?” Soal Qairysha sambil memandang Mama Milah. Mama Milah cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia tersengih, “Ada Rysh, baru semalam mereka berpindah ke sini, kata ayah kamu mereka baru saja berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur ni” Jawap Mama Milah.
              Hai anak aku ni, kenapa pulak dah tanya soalan pelik-pelik. “Kenapa Rysh? Rysh kenal mereka ke?” Soal Mama Milah lagi. Qairysha hanya tersengih dan menggelingkan kepala. Kalau dia jawap, kantoilah aku nanti. Dia meminta kebenaran untuk naik ke bilik kemudian dia terus menuju ke biliknya. Dia menghempas badannya ke katil. ‘Yang kau ni kenapa Rysh, biarlah kalau ada orang baru pindah pun’. Akalnya bersuara. ‘Bukan aku nak fikir sangat pun tapi tak tahulah kenapa suara jiran sebelah itu memang mengacau hidup aku’. Jawap suara hatinya pula. Dia bangun dan mencapai tualanya dan menuju ke bilik air, mandi lagi baik. Selesai bersolat asar, dia bersiap-siap untuk pergi berjogging.
                Hello, Ekin” bicara Qairysha tika terdengar suara kawannya mengangkat panggilannya.
                “Ya.” jawap Ekin dalam keadaan mamai. Dia cukup kenal suara si pemanggil di sebelah sana. Mak cik ni kalau tak kacau aku sehari memang tak boleh agaknya. Dari kecil dia berkawan dengan Qairysha, jadi dia tahu segenap inci hati minah sekor ni. Sekor nilah yang paling susah nak jaga.
                “Hoi! Dah petang pun nak tidur ke? Bangunlah, dah asar pun.” Balas Qairysha. Ekin ni memang, harap je athlet tapi kerjanya tidur je kalau petang-petang gini. Selamat atas padang dia transform jadi Usin Bolt kalau tak habislah kalah rumah Zuhal. Ekin yang disebelah sana terduduk sambil menggosokkan kedua-dua matanya. Haih mengacau ajelah Rysha ni, nak buat taik mata sekejap pun dah kena ceramah.
               “Okay okay aku dah bangun, so what up? Ada apa benda yang penting sangat kau call aku ni?” Soal Ekin serius. Qairysha tersenyum disebelah sana, tahu dirinya diperli.
              “Amboi perli kita nampak, tak apalah. Nanti je aku cakap. Bye.” Jawap Qairysha mendatar. Dia sengaja berbuat begitu untuk menarik perhatian kawannya.
               Eh minah ni nak merajuk pulak, sengajalah tu nak suruh orang pujuk. Walaupun dia tahu perangai kawannya yang sekor ni kadang-kadang terlebih manja dan sebab terlebih manja itulah yang membuatkan mereka kekal sehingga sekarang. Susah nak cari kawan ketika susah dan senang ni, sangat-sangat susah pada zaman moden macam sekarang ni. Nampak kita ni berduit sikit mulalah rapat-rapat bila kita ni dah sengkek mulalah larikan diri. Dia paling benci orang mata duitan. “Ek eleeh, nak merajuk-merajuk pulak mak cik tua ni, cepatlah cakap nak apa? Kang aku sambung tidur balik menangis kau kang.” Ugut Ekin.
                Kerek betul minah ni nak main ugut-ugut kita pulak.” Qairysha hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Tahu sangat dah kalau Ekin punya ton suara dan ayat berbau ugutan tu betullah dia dah tersalah time nak merajuk bagai. Dia kenal Ekin dari sekolah rendah dan mereka memang mengenali antara satu sama lain, tiada rahsia antara kami. Ekin seorang yang baik, berbudi bahasa kadang-kadang terlampau pemalu dan dia sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa Ekin sekeluarga. Ekin datang dari keluarga yang susah dan mempunyai seorang abang dan adik yang  masih kecil-kecil dan bersekolah. Mamanya hanya mengambil upah menjaga bayi dan ayahnya hanya bekerja sebagai salesman untuk menampung mereka sekeluarga. Ekin akan membantu mama dan ayahnya mencari duit dengan bekerja sebagai promoter di gedung Parkson. Sebagai manusia dia sedar akan kesusahan yang menimpa keluarga Ekin dan dengan melihat kesusahan orang lainlah yang menjadikan dia manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada.
                  “Rysh! Rysh! Qairysha!” Panggil Ekin dari sebelah sana. Eh, eh minah ni aku punyalah membebel dari tadi dia boleh diam je. Bukan sekali dua dia memanggil tapi rasanya dah boleh kering tekaknya bercakap dari tadi. Qairysha oiii!
                  Qairysha tersedar dari lamunannya apabila terdengar suara Ekin memanggil, dia kembali tersengih.Sempat lagi aku ni mengelamunkan, dia ketawa sendiri. Ekin Berasa pelik dengan kawannya seorang ni, tadi takde suara sekarang boleh bantai gelak sorang-sorang pulak. Memang betullah kawan dia ni ada masalah. “Yang kau gelak sorang-sorang apahal monyet?” Soal Ekin dengan nada mengejek.
                   Qairysha mencebik, suka hati kucing dia je nak panggil aku monyet. Huhh mulut longkang punya minah. Sesedap coklat cabury je minah ni kalau bercakap, tak pandang kanan kiri langsung. “Kau siap, aku tunggu kau dalam masa 15 minit je. Kalau kau tak siap jugak, tunggu pecah pintu bilik kau aku buat.” Arah Qairysha tegas dalam hati habis semua pecah gelak ketawanya dan dengan sepantas kilat dia mematikan talian. Kalau tak tutup kang ada saja alasan si Ekin tu tak nak keluar lagi haru. Ekin mendengus perlahan, geram betul dia apabila tidurnya diganggu. Menyusahkan betullah Rysh ni. Dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk mandi.

No comments:

Post a Comment