Friday, January 18, 2013

CLBDES 9


9

 

             Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan kelihatan ruang tamu lengang mungkin semua masih di dalam bilik. Dia menuju ke tangga dan naik ke bilik. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Kenapa aku rasa hidup aku ni macam sunyi, senyap tanpa sebarang suara. Astagfirullahalazim, apa yang aku merepek ni. Ya Tuhanku, aku bersyukur atas segala kurniaan-Mu, aku juga bersyukur dengan adanya Engkau bersamaku dalam mengharungi dugaan hidup sebagai khalifah di bumi Mu ini, Kau tenangkan hatiku Ya Allah, Kau tetapkan penderianku, Kau pelihara keluargaku serta orang-orang yang aku sayang. Amin. Dia segara meraup tangan ke muka.
            Dia keluar dari bilik dan menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke dapur. Matanya meliar melihat sekeliling mencari kelibat Mama Milah. Dia ternampak nota kecil yang ditampal di pintu peti ais. Patutlah sunyi semua keluar pergi Carefour beli barang untuk dimasak.
           Dia mula membuka semua pintu cabinet dan mencari bahan-bahan yang diperlukan. Bukanlah susah sangat untuk dia cari sekadar tepung jagung, gula halus, cuka, telur dan essen vanilla. Bahan yang paling senang untuk dicari. Dia mula membasuh segala peralatan yang diperlukan dan dilap sehingga tiada sebarang habuk atau air yang berbaki. Qairysha mula membuat “meringue”, dipukul telur sampai berbuih masukkan gula pulak pukul je sampai kembang dan “meringue” tu betul-betul kental. Kemudian dia masukkan tepung jagung, essen Vanilla dan cuka dan dia pukul menggunakan mixer.
           Dah siap dia mula masukkan “meringue” kedalam loyang dan siap untuk dibakar. Dia menggeliat sedikit menghilangkan sakit belakang. Dia pukul pulak whipped cream untuk dijadikan hiasan dan dia potong buah-buahan seperti kiwi, blueberry dan strawberry untuk diletakkan diatas pavlova. Pavlova ini perlu dimasak dalam masa 1 jam 15 minit atau sehingga masak
         Pavlova siap dibakar, dia membakar yang lain dan menyejukkan dulu Pavlova tadi. Hampir jam 5 petang baru siap semua dan sudah dimasukkan ke dalam peti ais. Dia mengemas membasuh apa yang perlu dan keluar dari dapur memanjat tangga ke biliknya. Dia masuk ke bilik air dan mandi sekali lagi.
          Selesai mandi dia menuju ke almari bajunya dan memilih baju kurung Pahang berwarna ungu lembut. Rambutnya disanggul tinggi, sedikit lips bam dan siap. Dia baru membuka pintu bilik untuk keluar dan terdengar suara abang serta mak dan ayah yang baru balik. Qairysha terus turun untuk melihat apa yang boleh dibantu.Dia menghentikan langkahnya dan tertanya-tanya sendiri kenapa mak dengan ayah ni beria-ia sangat masak, macam nak buat kenduri kahwin pun ada. Eh tu over sangat pulakkan, okaylah macam majlis merisik. Oh myyy! Jangan! Jangan! Gila nak bertunang. Hoi, benda belum jadi kau dah merepek meraban dekat atas ni sorang-sorang apahal. Chill, calm down. Breath in, breath out.
          Kemudian dia terdengar suara orang memberi salam. Kemudian suara Puan Qistina dan Encik Fiqrah Ayzam menjawap salam. Mesra sekali suaranya. Puan Qistina memanggil Ayman, Aymal dan Ayhan untuk bersalaman dengan tetamu mereka. Dia terus berlari masuk ke bilik apabila terdengar derapan kaki dari bawah. Sampai dibilik dia terus melompat ke atas sofa dan membuka televisyen. Abangnya Aymal masuk. Dia masih berpura-pura khusyuk menonton drama Kim and Kourtney Take New York. Aymal duduk bersebelahan adiknya apabila adiknya tidak sedar akan kehadirannya.
        “Rysh, jom turun tetamu dah sampai” Aymal bersuara mengejutkan adiknya yang ‘tersangat’ khusyuk. Dia tahu Qairysha berpura-pura tidak sedar bila dia masuk kebilik adiknya tadi.
         Qairysha memusingkan muka memandang abangnya “Kena eh?” Soalnya sambil memalingkan muka kembali kearah televisyen. Aymal hanya memandang adiknya dengan muka tak beriak. Dia bangun dan mencapai remote control dan menutup televisyen kemudian dia mencapai tangan adiknya dan memaksa Qairysha bangun dan mengekori dia turun ke bawah. Qairysha bangun sambil mendengus lalu mengekori abangnya dan melepaskan pegangan abangnya. Dia laju turun ke bawah. Sampai sahaja di tangga yang terakhir kakinya dipacakkan sambil kepalanya terintai-intai melihat sekeliling.
         Aymal yang mengekori hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Apa kena dengan adiknya hari ini. Perangainya pelik-pelik betul. Dia memerhati adiknya dari atas ke bawah, lawanya adiknya hari ini. Siap berbaju kurung dan bersanggul rambut bagai. Dia tergelak kecil. Qairysha memusingkan kepalanya dan menjongketkan kening. Dia pelik kenapa Aymal tiba-tiba ketawa “Abang kenapa? Macam orang gila tiba-tiba gelak sorang-sorang” Aymal hanya angkat bahu dan menolak Qairysha turun. Dia mendengus perlahan apabila ditolak abangnya. Dia mengangkat muka nahhhh! Semua sedang memandang ke arahnya. Matanya tertancap pada muka seorang lelaki. Alahai, kenapa dia ada dekat sini pulak siap sengih-sengih tayang gigi. Aymal menyiku adiknya. Qairysha memandang muka Aymal dengan kerutan di dahi. Aymal memberi isyarat melalui mata menyuruh Qairysha menyalami tangan tetamu yang datang.
        “Maaf Auntie….”
        “Auntie Azian” Tetamu memperkenalkan dirinya.
        “Oh Auntie Azian, maaf sebab tunggu lama” Jawap Qairysha lembut.
        “Tak apa, biasalah anak darakan” balas Auntie Azian sambil tersenyum manis. Qairysha bangun dan menyalami tangan lelaki yang duduk bersebelahan Auntie Azian. Dia kemudian bangun dan duduk bersebelahan abang-abangnya. Auntie Azian memperkenalkan anak lelakinya. Huhh kalau tak kenalkan pun aku dah kenal. Mak dan ayah hanya tersenyum melihat aku yang macam kekok. Mahunya tak kekok aku, entah siapalah pulak Auntie Azian dengan Uncle Meor ini. Nak kata kawan lama ayah tak pernah tahu pun dan yang paling best budak lelaki yang aku jumpa semalam tu anak dia. Ish haru betul!
          Mak dan Auntie Azian rancak berborak sama juga dengan Ayah dan Uncle Meor. Abang-abangnya juga sama berborak dengan mamat sengal tu. Dia? Duduk tercogok antara mereka semua. Dia bangun dan masuk ke dapur, niatnya nak bantu apa yang boleh daripada duduk tercogok je.
         “Mama, ada apa-apa yang boleh Rysh tolong? Rysh bosanlah duduk depan sana” Tutur Qairysha dengan muka sememeh.
          Mama Milah hanya tersenyum mendengar celoteh Qairysha, sayangnya dia dengan anak majikan yang bongsu ini. Dia yang menjaga anak ini saat tibanya dirumah pada hari pertama. Rajin menolong di dapur sama seperti maknya Puan Qistina. “Rysh tolong lap pinggang saja ye sebab yang lain dah siap” Qairysha mengangguk dan mula mengelap pinggang.
          “Mama, sebenarnya Auntie Azian dengan Uncle Meor ni siapa?” Soal Qairysha sambil memandang Mama Milah.
           Mama Milah ketawa mendengar soalan Qairysha. “Inilah jiran baru kita yang Rysh tanya semalam” Jawap Mama Milah sambil memerhati muka Qairysha yang kelihatan terkejut. Alamak mamat sengal tu jiran aku rupanya. Habislah hidup aku lepas ni. Qairysha tersedar mata Mama Milah memerhatinya. Dia mengangkat muka dan tayang sengih kepada Mama Milah.
           Makanan sudah siap dimasak tinggal untuk dihidangkan. Qairysha membantu menghidangkan makanan di atas meja. Mama Milah menyuruh dia memberitahu Mak dan tetamu makanan dah siap untuk dimakan. Dia keluar ke ruang tamu menghampiri ahli keluarganya dan tetamu. “Mak, Ayah, Auntie, Uncle makanan dah siap. Jemput untuk menjamu selera” Tutur Qairysha lembut sambil tersenyum. Mereka tersenyum dan bangun menuju ke meja makan.
          Qairysha berjalan keluar rumah untuk memanggil abang-abangnya untuk makan. “Along, Angah, Alang and you..” Qairysha menundingkan jari ke arah Irfan Djokovic. Irfan kelihatan terkejut. Qairysha menyambung kata-katanya yang terhenti tadi “Jemput masuk ke dalam, makanan dah siap” Sambung Qairysha dan berlalu masuk.
         Irfan bangun dan mengekori Qairysha, dia mengetuk bahu Qairysha perlahan. Qairysha memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang berani mengetuk bahunya. Dia mengangkat kening, senyuman sinis dibibir dilemparkan. “How dare you touch my shoulder?”
         Irfan hanya buat muka selamba. Dia mengangkat jari telunjuknya tepat ke muka Qairysha. “Awak ni memang perempuan paling sombong dan berlagak yang pernah saya jumpa” Selepas melepaskan rasa ketidakpuasan hatinya dia berlalu masuk ke dalam.
           Qairysha termanggu-manggu sendiri. Mereka tak perasan akan pandangan Ayman, Aymal dan Ayhan. Qairysha menghentakkan kakinya dan mengisytiharkan perang serang jantung oleh dirinya dan si mamat sengal. Aku mula berjalan masuk dan menuju ke dapur untuk mencuci tangan. Mereka semua duduk di meja makan. Mereka makan dengan penuh gelak tawa. Rupanya Uncle Meor seorang yang pandai berjenaka. Jenaka yang sangat spontan. Air matanya terkeluar apabila banyak sangat ketawa.
           Makan malam sudah pun tamat. Puan Qistina menyuruh Qairysha mengambil dessert untuk dimakan oleh mereka. Dia akur dan bangun menuju ke dapur. Dia mula menghias Pavlova dan letakkan di setiap pinggan untuk para tetamu. Mama Milah membantu aku membawa Pavlova ke hadapan. Dia meletakkan satu pinggan di hadapan setiap orang. Mereka makan dengan penuh berselera. Auntie Azian mula bercerita keenakan Pavlova yang dimakan.
          “Qistina, sedapnya dessert ni. Bila dekat mana?” Soal Auntie Azian kepada Puan Qistina. Puan Qistina hanya tersenyum dan memandang ke arah anaknya Qairysha. Qairysha hanya makan tanpa memandang sekeliling.
         “Tak beli, buatlah Azian” Jawap Puan Qistina sambil mengerling ke arah Qairysha.
          “Siapa yang membuatnya? Bolehlah saya berlajar nanti” Tutur Auntie Azian dengan muka berseri. Puan Qistina ketawa kecil lalu berkata “Kalau Azian nak berlajar kenalah tanya dengan Qairysha sebab dia yang buat dessert ni. Saya ni kurang sikit kalau bab kek dan dessert, tapi kalau Qairysha sebut aje apa yang nak dimakan. Dia akan buat” Jawap Puan Qistina jujur. Qairysha yang mendengar namanya di sebut terpinga-pinga. Aik kenapa nama aku pulak yang keluar ni. Apa yang mereka bualkan sebenarnya.
           “Abang, dessert ni Qairysha yang buat. Sedapkan, tak sangka saya ada budak-budak remaja zaman sekarang suka buat kek macam kami dulu-dulu. Budak-budak sekarang kalah perdana menteri sibuknya. Kalau kita suruh ada aje alasannya, nak ke sekolah ada discussionlah, ada latihan sukanlah, kalau singkatkan macam-macam ada”
           “Laa yeke, sangka saya Puan Qistina beli. Memang sedap dessert ni” Uncle Meor mengiyakan kata-kata isterinya. Puan Qistina hanya ketawa kecil. Ibu mana yang tak bangga bila anaknya di puji.
            Qairysha hanya buat tak dengar. Malas nak dengar sangat pujian-pujian yang diberikan kepadanya nanti dia teriak dah dapat dosa. Kenapa aku rasa macam ada panahan mata je ni. Dia menoleh matanya ke arah abang-abangnya. Erkk, kenapa mamat sengal tu pandang aku macam nak telan. Aku bangun menuju ke dapur. Haus pulak terkena panahan mata hijau mamat sengal tu. Cih dan dan dengan haus padahal jantung kau berdegup tak berhenti dari tadi kenapa. Hish kau ni tak boleh nak simpan rahsia sikitlah wahai hati. Dia tersengih dengan suara hatinya. Dia mengambil air dari peti sejuk dan duduk di meja makan. Matanya tertancap ke arah satu bayang-bayang manusia. Mamat tu! Irfan hanya mendiamkan diri dan berdiri disebelah peti ais. Sejak bila pula mamat tu berdiri dekat situ? Tadi tak ada pun, takkanlah sebesar badak badan dia aku boleh tak nampak.
             Aku bangun dan berjalan keluar dari dapur tapi tangan si mamat sengal sedang menghalang jalan. Aku mendengus, apa masalah mamat ni suka sangat tahan-tahan jalan aku. Agaknya ada hasrat hati nak jadi polis trafik kut. Huh sanggup aku bayar saman sebab dapat tengok muka dia yang handsome tu. Hahaha gatalnya aku!
            Irfan pelik memandang Qairysha yang tersenyum sorang-sorang. Minah lesum ‘batu’ ni dari hari itu kerja dia senyum sorang-sorang. Nak kata gila takkanlah pulak. Tak rela dia kalau Qairysha jadi gila. “Hoi!” Irfan mengejutkan Qairysha dari lamunan.
             Qairysha terkejut dengan jeritan tu. Melompat dia akibat terkejut. Suara orang ketawa mengalihkan padangannya. Matanya memandang tajam ke arah Irfan a.k.a mamat sengal. Kau ni buat malu diri sendiri, itulah berangan tak ingat dunia kan dah malu sendiri. Dia terus berlalu ke ruang tamu. Irfan mengekorinya. Apahal mamat ni, sibuk betullah. Aku ke dapur dia pun ikut ke dapur, aku ke depan dia pun sibuk nak ikut ke depan. Yelah takkan dia nak tidur dekat dapur kut Qairysha. Dia terus bertukar arah naik ke tingkat atas. Duduk dalam library pun ok jugak layan novel.

DAH setengah jam dia duduk dalam library, apa yang di baca satu pun tak masuk. Dia bangun dan turun ke bawah. Ruang tamu dipandang sepi, mana semua orang dalam rumah ni. Dia ingin naik semula tapi suara orang bergelak tawa dari luar mematikan hasratnya, Auntie Azian dan Uncle Meor dah nak balik. Kenapa Mak tak panggil aku ni. Qairysha menghampiri Auntie Azian dan Uncle Meor dan menyalam tangan kedua orang tua itu.
         “Auntie, dah nak balik dah? Cepatnya”
         “A’ah, dah lama sangat dekat sini. Auntie balik dulu, nanti senang-senang datanglah rumah ya” Kata Auntie Azian ramah. Aku nak pergi rumah dia? Ohhh tidaakkk! Tak sanggup aku nak jumpa mamat sengal bermata hijau. Boleh pengsan aku dibuatnya kalau pandang mata dia lama-lama.
         Aku hanya mengangguk “InsyaAllah, ada masa saya datang” Jawapku sambil tersenyum. Mak dan Auntie Azian berpelukan, Ayah dan Uncle Meor berjabat tangan. Mataku beralih kearah Mamat Sengal yang sedang berbual rancak dengan along, angah dan alang. Mereka seperti sudah lama kenal padahal tak sampai seminggu lagi dah mesra macam tu. Mesti ada kerang disebalik kuey teow ni. Tak apa tunggu, aku pun ada telur disebalik laksa jugak. Sikit tak heran dengan kau. Auntie Azian dan Uncle Meor melangkah keluar dari perkarangan rumah.
        Aku melangkah ke arah abangnya, “Amboi, rapatnya along dengan mamat sengal tu? Sejak bila pulak cepat mesra dengan orang ni?” Soal Qairysha bertubi-tubi.
        Ayman, Aymal dan Ayhan berpandangan sesama sendiri. Budak ni dah kenapa tiba-tiba soal orang macam polis trafik je. Mereka ketawa dan berlalu masuk membiarkan soalan adiknya pergi di bawa angin petang. Qairysha ternganga melihat abang-abangnya berlalu masuk ke rumah tanpa menjawap soalannya. Apa jadi dengan dia orang ni kena sampuk agaknya dengan si Irfan tu sampai aku tanya soalan pun tak jawap. Dia menghentakkan kaki dan masuk ke dalam rumah. Hatinya membengkak, bengang dengan abang-abangnya. Tunggu kau Irfan!

No comments:

Post a Comment