Friday, January 18, 2013

CLBDES 10


10

        Sudah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan abang-abangku sejak keluarga si mamat sengal tu datang rumah aku. Malas, biar padan muka dia orang suka sangat buat aku macam tunggulkan. Aymal dan Ayhan sudah balik ke hostel masing-masing dan kini tinggal Ayman seorang diri. Aku sengaja memerapkan diri dalam bilik dari pagi sampailah ke malam. Pagi turun breakfast dengan Mak dan Ayah lepas makan aku naik bilik. Minum petang pun aku turun tapi dengan novel ditangan. Malam aku turun untuk makan malam lepas makan aku naik ke bilik semula. Itulah rutin untuk aku dalam masa seminggu ni. Korang boleh imagine tak dalam seminggu novel aku baca boleh habis tiga buku? Wahh, jangan puji jangan puji. Nanti aku riak dah berdoa. Ha Ha Ha! Perasan je aku ni.
          Berita yang paling best dan boleh menyebabkan aku mati cepat bila tahu si mamat sengal tu satu sekolah dengan aku! Oh tak suka tak suka. Okey lagi satu sekolah. Aku dapat bersabar lagi tapi kalau dah satu kelas mahunya tak haru. Kenapa dia tak masuk kelas Science ke, Seni ke, Perabot ke. Ni tak, kelas Account jugak. Kelas Accountkan ada dua, kenapa mesti dia pilih kelas 4 Sastera 2? Mentang-mentanglah dia handsome habis satu sekolah kena gempar bumi. Yang paling aku bengang si Ekinlah.
           Baru nampak gelibat si Mamat Sengal a.k.a Irfan Djokovic bin Meor Djokovic ekin dah mula menggedik “Rysh, tengok that guy. Wow so handsome and and his incredible eyes” Aku boleh tahan lagi. Masa kami dah masuk dalam kelas, baru nampak bayang tapi Ekin dah menghidupkan enjin motorbot “Wow wow dia jalan penuh karisma” Aku punya telinga rasa macam dah nak tercabut pun ada sebab tak habis-habis dengar si mamat sengal ni dipuji. Masa si Irfan ni masuk ke dalam kelas lagilah habis terjojol keluar biji mata pelajar perempuan kelas 4 Sastera 2 kecuali aku yang buat tak nampak je yang dia ada dekat depan.
          Mamat sengal memperkenalkan dirinya dan Ekin juga mengulangi nama IRFAN DJOKOVIC berulang kali di telingan aku yang makin memerah. “Rysh sedap gila nama diakan, mesti dia ni mix sebab mata dia colour hijau” Amboi punya jauh macam tu pun dia boleh nampak. Betul tak aku cakap si Irfan ni memang sengaja bawak tsunami dalam sekolah Datok Lokman. Itu okey lagi Ekin je yang nampak macam gedik.
         Hey handsome.” Suara itu sudah mula naik bulu. Siapa lagi kalau bukan Mahfuzah Muhaimin, musuh ketatnya. Yang selalu mencabar dia untuk berlawan merebut tahkta Princess Of The Year dalam sekolah Datok Lokman juga pemenang tiga tahun berturut-turut takhta tersebut. Rata-rata menyuruh dia menyahut cabaran itu tapi macam malas je nak masuk pertandingan itu tapi biasalah jawapan aku hanya senyuman sinis dibibir sebagai jawapan. Bukan aku takut kalah tapi aku memang kurang gemar untuk menayang badan berjalan di atas karpet merah dengan baju yang selarat dengan labuci. Sungguh dia tidak gemar. Bukan dia kalau dia sanggup buat macam tu.
         Lelaki mana yang tak terpikat dengan kemanjaan si Mahfuzah bila duduk disamping lelaki. Jarang lelaki menolak Mahfuzah. Walaupun dia tahu cara yang sebenar Mahfuzah gunakan untuk memikat lelaki. Itu semua ditolak tepi oleh dirinya, malas nak ambil tahu hal minah paling gedik dalam dunia ni.
          Hey pretty.” Jawap Irfan dengan senyuman manis. Qairysha hanya memerhati. Eee tolonglah, cantik ke? Dia angkat tangan ke bahu mata ke atas. Ekin yang berada di sebelah tersengih melihat aku. Aku angkat kening tinggi sambil tersenyum penuh makna pada Ekin. Rancangan jahat sudah berkeliaran dalam otak dua orang budak perempuan kelas 4 Sastera 2.
           Hey dude, boleh pinjam mata?” Soal Ekin dengan suara yang menggoda. Irfan mengangkat muka mencari gerangan suara yang berbunyi. Mahfuzah juga mengikut memandang ke belakang. Mencari empunya suara yang berani menganggu perbualan diantara dia dengan jejaka terhangat di SMK Datok Lokman.
           Irfan terpandang kelibat seseorang. Dia tersenyum memandang Qairysha.
           Dia menghampiri dua orang gadis yang duduk di bahagian paling belakang. “Hai, awak Rysh am I right?” Soal Irfan kepada Qairysha. Aku biasalah dengan muka tak beriak. Sengajalah mamat ni buat-buat tak kenal pulak. ‘Hello baru kelmarin kau jumpa aku, hari ini dah lupa? Dasar tua punya beruang.’
           No, i’m not Rysh.” Jawap Qairysha mendatar. Ekin yang berada di situ melonggor. Woww, baru hari ini masuk sekolah dah boleh tahu nama Qairysha. Hebat. Dalam SMK Datok Lokman, siapa tak kenal Qairysha Adeline. Pemegang tali pinggang hitam taekwando perempuan yang pertama di sekolah. Tiada siapa yang berani untuk mempermainkan dia. Yang paling dia bangga menjadi kawan Qairysha ialah, Qairysha tak pernah belagak dengan kehandalan yang dia ada.
           “Oh, salam perkenalan.” Kata Irfan dengan senyuman.
           Qairysha buat muka double jerk, ek eleh macam good good je buat gaya gitu. Dia bersuara pada kawan-kawannya yang lain “Guys, apa benda pertama yang lelaki perlu buat untuk kenal dengan aku?” soal Qairysha sambil memandang kearah sekumpulan pelajar kelas 4 Sastera 2 iaitu Syahmi, Caer, Nisa, Faridah, Ekin Dan Asyraf.
           Mereka berlima tersenyum mendengar soalan dari Qairysha. “Kena nyanyi lagu ikan kekek kuat-kuat sambil jalan itik” jawap mereka serentak.  
           Irfan hanya sengih, ada pulak aku nak menyanyi lagu ikan kekek. Suara aku kalah Zayn Malik kalau menyanyi tau. Sempat lagi angkat bakul masuk sendiri. Ha Ha!
          “Sampai macam tu sekali ya? Wahai Cik Lesum ‘Batu’ yang bermuka cantik tapi bermulut busuk kalah bau ‘khazanah’ monyet, tak kenal pun tak apa sebab kita dah kenal seminggu yang lepas.” Tebak Irfan selamba.
           Muka Qairysha serta kawan-kawannya yang lain terkejut mendengar. Yang paling terkejut mestilah Mahfuzah a.k.a Miss Universe cap Ayam. Perempuan tu dah kenal si handsome ni dulu sebelum aku, mana boleh! Aku tak boleh kalah dengan Qairysha. Qairysha ketap gigi apabila dia dikatakan mulut busuk kalah ‘khazanah’ monyet. Telinga semacam keluar asap, hatinya membengkak. Geram dengan kata-kata Irfan yang sangat menyakitkan hatinya. Yang dia paling hangat, boleh pulak mamat sengal ni cerita yang mereka dah kenal seminggu yang lepas. Eee benci!
           Mahfuzah memandang ke arah Qairysha sambil menjelingkan matanya. Semua lelaki kalau dah pandang Qairysha mesti tergoda. Tak boleh jadi ini, aku mana boleh kalah dengan perempuan tu. Dia tidaklah berani sangat dengan Qairysha kerana status pemegang tali pinggang hitam taekwando. Qairysha hanya menunjukkan buku limanya kearah Mahfuzah dan tindakan itu membuatkan Mahfuzah tidak berpaling melihatnya kembali. Boleh pulak kau nak menjeling aku time aku tengah hangin kalah puting beliung ini. Nak bergaduh pun tengok masa lah gedik.
           “Amboi, sedapnya bercakap. Awak ingat awak wangi sangat? Mulut tu kalah bom atom cap Thailand. Don’t jugde people by their appereance dude! No minese!” Jawap Qairysha sambil bercekak pinggang berhadapan dengan Irfan yang hanya sekadar tersenyum sinis.
           Hai Cik Lesum ‘Batu’ tak sudah-sudah perangai awak. Dari kecil sampailah ke besar perangai awak tetap sama, sombong, bongkak kalau bercakap dengan lelaki. Dia berlalu dan menuju ke mejanya. Kelas masih senyap akibat kejutan adengan pergaduhan antara Qairysha dan budak baru yang Handsome tapi penuh misteri.
---------------------------

CIK Ng Sook Moi menghampiri pintu kelas, semua kembali duduk dan mengeluarkan buku masing-masing. Pandai betul semua pelajar 4 Sastera 2 berlakon semacam tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Semua pelajar kelas 4 Sastera 2 tekun mendengar apa yang diajar oleh Cik Ng Sook Moi. Apa yang aku boleh cerita pasal Cik Ng ni, dia seorang yang sangat workholic, dia tak pernah jemu bagi nasihat dekat aku dan kawan-kawan. Kadang-kadang bila dia sebut ‘pelarasan’ macam sengau sikit dah boleh riuh satu kelas membetulkan sebutan satu patah perkataan itu. Kalau pelajar ada masalah dengan apa yang diajar boleh terus jumpa dia. Tapi yang aku paling tak suka sekali bila nak jumpa kena buat appointmen dulu takut dia ada hal dekat kementerian.
          “Qairysha..” Cik Ng bersuara.
          “Ya saya.”
          “Boleh bagitahu saya komponen yang perlu ada dalam Kunci Kira-Kira ataupun KKK?” Soal Cik Ng lagi. Dia tahu Qairysha boleh menjawap soalannya. Qairysha adalah salah satu pelajar yang dia sayang dan pelajar yang diharapkan mendapat A+ dalam mata pelajarannya.
           “Ala Teacher, banyak tu. Saya sebut satu-satu kang habis terabur gigi saya.” Jawap Qairysha selamba. Cik Ng ketawa mendengar jawapan dari mulut Qairysha. Budak ni kalau tak buat loyar buruk memang bukan dialah. Cik Ng hanya senyum dan mengganguk. Qairysha hanya garu kepala. Bosan bila dirinya sahaja yang ditanya.
           “Yang pertama, aset bukan semasa, kedua aset semasa, ketiga liabiliti semasa dapat modal kerja. Keempat ekuiti pemilik, kelima ambilan dan keenam liabiliti bukan semasa dan dapat modal akhir dan terlahirlah cikgu Ng yang cantik rupawan.” Seloroh Qairysha. Cik Ng tersenyum bangga mendengar pujian Qairysha.
           Mereka meneruskan pelajaran dengan tajuk lejar. Semua yang berada di dalam kelas sudah berkerut dahi. Tengok contoh pun dah pening lagi nak buat. Qairysha tersenyum, semalam dia ada buat discussion dengan cikgu Ng jadi dia sudah mahir sikit.  Cik Ng Sook Moi sudah tersenyum melihat para pelajarnya. Belum belajar dah fikir susah, sama sahaja macam dia dulu-dulu. Baru suruh tengok dah berkerut dahi macam nak beranak. Kalah perdana menteri berfikir pasal masalah negara kalau tengok muka para pelajarnya. Faham benar kalau dah buat muka begitu, itu mesti kena ajar dengan slow and smooth. Barulah mereka faham tidaklah dia penat nak ajar berulang kali.
           Cikgu Ng memulakan ajaran dalam bab lejar, bentuk T lebih komplikated bagi Qairysha. Sakit matanya memandang kearah white board. Dia sedar pandangan Ekin terhadapnya. Habislah aku kejap lagi, mesti kena sembur. Qairysha hanya memandang ke depan, dia sudah tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia melihat jam di tangan. Huwaaa, ada masa 15 minit lagi. Cepatlah sikit aku dah kelaparan. Dia bermonolog di dalam hati.
------------------------

LOCENG menandakan waktu rehat sudah berbunyi, Qairysha cepat-cepat mengemaskan peralatannya. Ekin sudah lama siap. Mereka berjalan laju kearah kantin yang jauh dari kelas mereka. Mereka perlu melintas tiga buah bangunan baru boleh sampai ke bangunan kelas mereka. Bangunan kelas mereka agak tersorok dari bangunan lain. Mereka makan banyak mana pun bila masuk ke dalam kelas semua boleh jadi lapar balik disebabkan perjalanan dari kantin ke kelas sangat jauh.
          Tangan Ekin ditarik laju, Ekin sudah termengah-mengah mengejar langkah Qairysha. Lajunya mak oi, nak ke manalah. Kantin tu bukan ada kaki pun nak laju-laju macam ni. Gumamnya dalam hati. Dia melajukan langkahnya untuk menyaingi langkah panjang Qairysha. Qairysha mempunyai kaki ala model yang panjang, Qairysha juga tinggi berbanding dirinya yang kurus dan rendah. Satu langkah kaki Qairysha ibarat tiga langkah kakinya. Macam mana nak kejar, belum sampai tempat yang nak dituju dah semput bagai nak gila. Wah bercerita hebat. Dia tergeleng-geleng sendiri.
          Qairysha memandang kearah Ekin, budak ni demam agaknya sampai tersenyum sambil geleng-geleng kepala banyak kali. Jangan kena sawan sudah, katanya dalam hati. Dia memperlahankan langkah kakinya. Ekin memandang muka Qairysha
         “Yang kau jalan laju-laju, kantin tu nak roboh ke ataupun mak cik tu dah set kan masa untuk kantin tu balik rumah owner dia balik ke?”
         Qairysha tertawa mendengar bicara Ekin, tahu silapnya yang tergopoh gapah mengalahkan orang dah tahap kebulur di Afrika Selatan. Nak buat macam mana, dia memang bukan jenis yang lambat berjalan. Jalannya mesti laju apabila perutnya yang meminta isi, automatik tanpa dipaksa. Dia memperlahankan langkah kakinya apabila hampir tiba kawasan kantin. Satu suara yang memecah gegendang telinganya membuatkan muka dia berubah dalam sekelip mata.
        “Hai honey, may I join you?” Soal suara itu penuh ceria dan menggoda.
        Qairysha hanya tersenyum sinis sambil memalingkan muka melihat tuan punya suara. Ini lagi sorang, tak faham bahasa melayu agaknya. Dah orang tak suka masih sibuk nak terhegeh-hegeh. Sungguh tak faham dengan perangai manusia macam ni. Siapa lagi kalau bukan Daniel Dazly, anak Dato’ Danish Danzly yang mempunyai banyak perniagaan hotel diseluruh negara. Ahtlet sekolah, berbadan maskulin, berkulit cerah, bermata sepet berwarna coklat pekat. Lelaki yang paling digilai pelajar SMK Datok Lokman. Tapi bukan kegilaan dia, tolonglah lelaki ini yang nak dijadikan boyfriend? Ohh noo! Tidak sama sekali, bagi sejuta pun belum tentu dia nak. Muka saja handsome macam penyanyi Kim Hyun Joong tapi perangai kalah jebon kepala toncet. Playboy tahap maksimum.
        Sorry, you can’t.” Balas Qairysha malas. Ekin disebelah hanya diam, dia tahu Qairysha memang tak suka dengan Daniel. Lelaki pertama terhandsome sebelum kedatangan Irfan Djokovic ke sekolah mereka. Daniel diibaratkan seekor ular yang sedang menunggu katak untuk menjadi santapan makan malam. Selalu menggoda Qairysha tapi sekali pun tak pernah dapat.  Bila ditanya takkan Qairysha tidak pernah tergoda sedikit pun dengan layanan Daniel kepadanya, Qairysha hanya jawap dia sengaja berpura-pura tidak nampak apa yang cuba disampaikan oleh Daniel kepadanya.
-----------------------------------

          “Qairysha, aku suka kau” kata Daniel kepada Qairysha semasa mereka sama-sama beriringan masuk ke kelas. Masa itu mereka memang kamceng, tak boleh berpisah langsung. Macam pakwe makwe tapi realitinya bukan. Ekin tak selalu ada dekat sekolah kerana mengikuti kem untuk Kadet Polis. Aku tercengang, aku tak suka kau. Jawapnya dalam hati. Aku hanya diam dan mengambil keputusan tidak mahu menjawap soalan yang bakal merosakkan hubungan mereka sebagai kawan.
        “Rysh, I love you.” Daniel bersuara lagi. Aku masih memekakkan telinga. Berdiri semua bulu romanya. Geli dengar ayat yang tak layak untuk dirinya.
         Perdon, kau suka aku? Apa kau cakap ni? Sudahlah Niel aku dah tak nak dengar apa-apa. Kalau kau rasa masih nak kawan dengan aku, better stop all this nonsence! Aku tak layanlah cintan-cintan macam bekas-bekas girlfriends kau.” Dia bersuara tegas.
         Daniel terdiam, dia tahu penderian Qairysha yang tidak mahu berpasangan masa zaman persekolahan tapi hatinya tidak dapat menahan cemburu apabila melihat budak-budak lelaki sekolahnya melihat dan memuji Qairysha. Sakit hatinya kalau mereka memuji Qairysha secara berlebihan.
         Eh aku dekat mana ini? Dia melihat sekeliling. Mana Qairysha dengan Ekin? Baru dia sedar, dia sudah jauh memikirkan kenangan lama yang semakin hari membuatkan dia rasa panasaran. Dia mengeluh dan menuju ke kantin. Perutnya sudah mula mengeluarkan bunyi dinasour lapar.
----------------

IRFAN duduk dimeja paling tengah, bawah kipas. Sedap. Berangin sikit katanya dalam hati. Cuaca yang sangat panas buat dia rasa lemas. Dia pun tak tahu nak makan apa, banyak sangat menu di sekolah Datok Lokman ini. Dia hanya memilih bihun sup dan air teh o ais sebagai makan pagi.
        Dia makan dengan khusyuk sekali, dia langsung tidak perasan dengan pandangan seorang perempuan yang sudah berfikiran jahat. Selamba dia je duduk tempat aku, tak sayang muka betul mamat ni. Dia mengamit Ekin supaya datang kearahnya. Dia menundingkan jari kearah Irfan yang sedang makan. Ekin hanya mengerling dan memandang Qairysha semula. Senyuman memenuhi bibir kedua gadis ini. Jom kita buat drama.
        Ekin berlalu ke meja yang diduduki Irfan, dia tersenyum mesra. “Hai, boleh duduk sini?” Soal Ekin. Lakonan dimulakan.
        “Boleh” jawap Irfan sepatah. Mereka makan dengan senyap.
         Qairysha menghampiri Ekin dan Irfan. Ekin duduk berhadapan Irfan jadi Qairysha sengaja duduk disebelah kiri Irfan. Irfan menjarakkan duduknya dengan Qairysha. Ekin tersengih dengan tindakan Qairysha. Aku bergerak lagi ke kanan. Irfan menggesot ke kanan lagi sampailah betul-betul dihujung kerusi dia berhenti. Qairysha mengerling kearah Ekin, Ekin kenyit mata. Qairysha faham, dia menggesot ke kanan semakin rapat dengan Irfan.
          Irfan yang tidak sempat bersedia terjatuh dari kerusi. Korang bayangkan macam badak dia jatuh. Terhambur kuat ketawa dari mulut dua orang gadis dihadapannya. Irfan bangun dan memandang mereka tajam, matanya sengaja diarahkan terlebih kearah Qairysha. Qairysha tersenyap sekejap. Irfan bangun dan berlalu keluar dari kantin dengan perasaan yang sebal. Suka hati dia aje buat aku macam tu, tunggulah ada udang ada mee kari, sampai masa kau aku kari! Keluar dah falsampah dia yang pelik-pelik.
          Mata Qairysha mengiringi bayang Irfan keluar dari kantin kemudian dia sambung gelak semula. Ekin juga sudah tidak dapat menahan ketawa dari meletus. “Rysh, Rysh kesian dia oh kau buat sampai tergolek” Kata Ekin dengan tawa yang masih bersisa.
          “Biarkan dia.” Jawapnya dengan suara malas. Mereka menyambung makan apabila tawa mereka sudah reda. Mereka tidak perasan ada mata yang sedang geram dengan perbuatan mereka.

No comments:

Post a Comment