Thursday, January 31, 2013

Cik Lesung 'Batu' Dan Encik Sengal 11


11

 

IRFAN berjalan kearah pondok bersebelahan padang sekolah, bengang dirinya dibuat begitu. Selamat makanannya sudah habis dimakan. Otaknya sedang ligat memikir rancangan untuk mengenakan Qairysha semula. Panas hatinya belum surut dah ditambah dengan sos cili pula memang rasa macam nak meletup kalah gunung berapi.
        Dia memerhati sekeliling, nahh dia nampak sesuatu. Segera dia mencapai plastik yang ditinggal pelajar berhampiran tempat dia duduk. Plastik ditinggalkan begitu selalu berlaku. Memang semua sekolah bukan semua budak mengikut peraturan yang ditetapkan. Dia masuk ke dalam semak. Mencari seberapa banyak binatang yang boleh. Dia keluar dengan senyuman memenuhi bibirnya. Dia masukkan plastik yang penuh dengan ‘khazanah alam’ itu ke dalam poket. Dia duduk semula dipondok menunggu loceng tanda tamatnya waktu rehat berbunyi.
          “Kring, Kring........” Loceng pun berbunyi, dia tersenyum penuh makna. Dia menepuk-nepuk sedikit poket seluarnya. Rancangan jahat bakal bermula, mulai hari ini mereka adalah musuh paling ‘baik’. Dia berjalan laju menuju ke kelas. Dia tidak mahu ada orang lain nampak akan perbuatannya.

--------------------

 “Makkk! Lipas!!!!!!” Suara Mahfuzah menjerit memecahkan suasana yang senyap sedari tadi. Semua mata terarah pada Mahfuzah yang sudah berdiri diatas meja. Ketakutan mukanya. Qairysha hanya buat bodoh dan meneruskan kerja menyalin notanya. Menggedik je lipas pun nak takut. Semua dah mula terjerit apabila lipas mula berkeliaran di dalam kelas.
             Semua pelajar sudah mula naik keatas kerusi, termasuk cikgu sejarah mereka Cikgu Diba. Boleh korang bayangkan sekejap ataupun korang tengok cerita boboiboy yang episod Yaya angkat sofa yang ada gajah tu, lawak betullah. Memang lipas mempunyai bakat untuk menjadi pelakon. Mereka semua sudah ketakutan akibat serangan lipas yang sawan. Irfan juga turut berdiri berpura-pura takut dengan lipas. Tapi dia pelik, macam mana lipas tu boleh ada dekat bag Mahfuzah pulak? Bukan tadi dia.... Dia memandang Qairysha yang kelihatan selamba sekali.
             Aku melihat sekeliling, huhh macam budak-budak. Dia ketawa kecil apabila matanya terarah ke cikgu Diba yang kelihatan sangat cemas. Dia memusing memandang kearah Ekin yang turut berdiri. Dia tahu Ekin tidak takut tapi cuma berlakon sama. Cih, macam dapat duit je minah ni. Dia tersenyum geli hati melihat kearah kawan-kawan sekelasnya. Macam pelajar kena denda tak siap kerja sekolah. Lipas memang binatang yang kecil tapi sangat menggelikan dan sangat berkuasa keatas perempuan. Perempuan dia fahamlah kenapa takut dengan lipas tapi kenapa budak lelaki kelasnya juga turut berdiri di atas kerusi? Ha Ha!
          Ekin turun dari kerusi dan menghampiri Mahfuzah, Ekin mencapai palstik yang dihuni oleh lipas tadi lalu disuakan kemuka Mahfuzah. Apa lagi, habis menjerit si gedik ni. ‘Hoi nak jerit slowlah sikit, habis taik telinga aku cair disebabkan suara kau yang picing dah lari.’ Gumamnya dalam hati. Habis riuh kelas 4 Sastera 2 hanya disebabkan serangan raksaksa lipas yang bermaharaja lela buat masa sekarang. Dia menarik balik tangannya dari muka Mahfuzah dan berlalu sambil menjelir lidah pada Mahfuzah yang sudah ketakutan. Berair mata Mahfuzah hanya kerana lipas. Dia menghampiri Qairysha pula, dan menghulur tepat pada mata Qairysha.
          Qairysha menjerit jugak “Ahhhhhhh! Mak lipas, mak lipas mak” Sengaja sambil menunjukkan aksi takut dan geli. Dia sengaja belakon takut depan kawan-kawannya. Ekin ketawa melihat gaya Qairysha. Qairysha mengambil plastik tadi dan bergerak ke meja Irfan. Semua mata sudah terarah ke Qairysha yang sedang berjalan.
          Irfan buat muka takut dan pelik dengan Qairysha. Qairysha tersenyum sinis. Kau nak berlakon sangat ya. Di mengeluarkan seekor lipas tadi dan sengaja jatuhkan kebawah. Mata Irfan juga melurut ke bawah. Qairysha senyum lagi sambil memijak lipas tadi tanpa belas kasihan sambil keningnya terjongket memandang Irfan. Dia mencampak plastik tadi tepat di kaki Irfan. Irfan ternganga dengan tindakan Qairysha. Macam mana dia tahu aku yang buat semua ini? Hish, curious betul.
         “Apa ni baling-baling lipas dekat orang?” soal Irfan dengan muka pelik memandang kearah Qairysha.
         Qairysha angkat kening lagi sambil memandang kearah Ekin yang dah duduk di mejanya semula. Mata mereka bersabung. Kedua-dua mereka mengangguk.
         “Kan plastik ini awak punya, jadi saya pulangkan baliklah.” Balas Qairysha. Dia tahu dan nampak semua perbuatan Irfan sebelum dia masuk kedalam kelas tadi. Silap oranglah nak bagi lipas dekat aku. Sikit tak takut bukan macam Mahfuzah tu bagi kucing ke semut pun dah menjerit. Dia sengaja tidak terus pergi kearah tuan yang empunya diri lagi seronok buat drama dalam kelas. Untung-untung dapat tengok cikgu melompat naik atas kerusi macam sekarang ni. Haha.
          Seisi kelas memandang kearah Qairysha dan Irfan yang sedang membuat adengan hebat. Mereka dengar dengan jelas apa yang dicakapkan oleh Qairysha dan Irfan. Ternganga mulut mereka.
         Irfan terdiam, aduhai kantoi sudah. Amacam cik lesum ‘batu’ ni boleh tahu pulak. Dia melihat sekeliling sambil tersenyum manis menutup debaran di dadanya. Qairysha memerhati Irfan “Don’t you dare to play with me, you don’t know who i am and what i can do!” Amarannya keras sambil kembali ke tempat duduknya semula.
         Semua mulut sudah ternganga, mereka perlahan-lahan turun dari kerusi sambil memandang ke bawah takut-takut dengan lipas yang masih berkeliaran. Cikgu Diba turun dengan ayunya. Habis ayu aku hanya kerana lipas. Malu besar dia kepada pelajarnya. Dia memandang tajam kearah Irfan. Irfan tersenyum, canggung sekali senyumannya. “Awak sini,” panggil Cikgu Diba dengan suara tegas.
          Irfan akur dan menghampiri Cikgu Diba dengan perasaan yang bercampur baur dan membawa plastik yang masih bersisa lipas tadi ke hadapan. “Lagi sekali benda ini jadi disebabkan awak, saya tak teragak-agak bawa awak ke bilik disiplin,” Amaran tegas diberikan dengan muka yang berjaga-jaga. Takut jugak dia manalah tahu kan lipas tu nak keluar lagi dari sarang itu. Budak-budak ni habis dah rugi satu masa pelajaran bersamaan setengah jam. Masak dia sebab tak dapat habiskan schedule pelajaran yang ditetapkan kalau hari-hari begini jadinya.
         Irfan mengangguk sambil menyimpan senyumnya, kelakar melihat muka Cikgunya yang masih takut-takut dengan lipas yang masih berada ditangangnya. Dia bejalan keluar dari kelas untuk membuang raksasa yang menakutkan kelas 4 Sastera 2. Dia tergelak kecil apabila terkenang kejadian tadi. Haih, dendam sayang yang belum dapat dilaksanakan masih menghantui fikirannya. Aku nak kenakan dia, dia pula yang kenakan aku balik. Masak, masak.
           Baru hari pertama sekolah dah kena warning, hurmm macam mana agaknya hari-harinya yang bakal mendatang. Tak berapa nak kental jugak hatinya, manalah tahu Qairysha ada rancangan untuk mengenakannya semula. Qairysha Adeline bukan mudah untuk menjangka tindak tanduknya. Otak gadis itu penuh dengan segala rancangan maha petala nakal. Dia sebagai lelaki harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental? Ahh aku bukan sakit jiwa. Tapi kau akan sakit jiwa dengan perangai minah lesum ‘batu’ itu. Dia mesti lebih bersedia, mesti. Tekadnya dalam hati.

1 comment: