Thursday, February 28, 2013

CLBDES 12


12

 

             “Caer,” Panggil Irfan sambil memandang sekeliling. Dia tak nak orang tahu apa yang dibualkan oleh dia dan Caer.
             “Ada apa bro?” Soal Caer sambil merapati Irfan dimeja. Pelik jugak mamat ni selalu tu kerja nak berkepit dengan Irfan Mukmin je. Mentang-mentang nama sama nak jugak berkepit macam Ekin dengan Rysh. Sekarang aku pulak yang dicari.  
             Irfan tersenyum “sebenarnya bro, aku nak tanya something ni. It’s very important for me.”
            “Bunyi macam masalah besar je bro, apa hal cakaplah.” Caer mula memberikan fokusnya seratus peratus pada Irfan. Irfan tergelak melihat mata Caer yang betul-betul fokus memandangnya.
            “Takde bro, kenapa Qairysha tu perangai dia pelik eh?” soal Irfan dengan suara yang boleh dikatakan paling perlahan.
            “Pelik macam mana? Aku tak faham, cuba kau cakap kasi terang sikit.” Datang dah bendul si Caer ni. Irfan geleng kepala.
             “Macam ni, kenapa Qairysha macam marah sangat dekat aku and why she never talked to Mahfuzah?” Soal Irfan sambil mengerutkan dahi. Caer tersenyum, benda ni yang memeningkan kepala Irfan rupanya. Nak cerita ke tak eh, kang cerita jadi lain. Tak cerita lagilah si Irfan ni duk tanya banyak-banyak kali.
             “Oh pasal tu, kau betul-betul nak tahu ke?” Soal Caer ingin tahu. Irfan terus mengangguk. Caer menceritakan segalanya dari A sampai Z.

Qairysha berjalan seorang diri ke blok maju yang menempatkan kelas pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 3. Dia berjalan menuju ke kelasnya ditingkat atas. Baru sahaja dia memijak tangga yang pertama terdengar suara memanggil.
         “Woi perempuan!” Suara itu memanggil. Sedapnya panggilan kau, nama aku sedap-sedap kau boleh panggil aku perempuan? Alahai, tak ada adab sungguhlah minah ni.
        “Kau panggil aku ke perempuan?” Soal Qairysha sambil bibirnya tersenyum. Ditekankan perkataan ke. Rasakan, sedap ke sodap. Haha!
        Pelajar itu memandang Qairysha geram, berani dia mengenakan aku balik ya. “Amboi, belagaknya kau ni. Kau ni memang mulut puaka kan? Memang tak boleh percaya dengan kau ni, betullah aku dengar cerita-cerita yang mengaitkan kau.” Balas Myrah dengan suara yang menjengkelkan. Qairysha terangkat kening, pelik je dengan budak ni. Ah lantaklah, sikit tak berkudis aku punya kulit. Qairysha meneruskan jalannya. Dia dengar suara seniornya itu menjerit-jerit memaki hamunnya. Sungguh dia pelik, aku sendiri tak kacau orang kenapa dia orang ni semua kacau aku.
         Dia masuk ke kelas dengan muka masam, semua kawan-kawannya berasa pelik. Kenapa dengan Qairysha ni, pagi tadi elok je sekarang dah jadi asam jeruk pulak. Qairysha duduk di mejanya tanpa menghiraukan kawan-kawannya yang lain. Ekin menghampiri Qairysha.
        “Rysh kau apahal? Masuk-masuk kelas kau tiba-tiba masam muka.”
        “Tadi, masa nak naik tangga ada senior mana entah tiba-tiba panggil aku perempuan bagai. Then, aku pun tanyalah ‘kau panggil aku ke perempuan’ tiba-tiba dia cakap macam-macam. Dia kata betullah apa yang cerita dia pernah dengar. Aku sendiri pelik, rasanya aku tak ada kacau orang pun.” Cerita Qairysha penuh semangat.
         “Sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kau ni tapi kau kena janji jangan marah aku.” Ekin bersuara takut-takut. Qairysha memandang dan mengangkat jari kelingking tanda berjanji. Ekin menghulurkan kertas kepada aku. Aku memandang pelik, aik tadi kata nak cerita tapi bagi kertas laying dekat aku buat apa pulak minah ni. Dia mencapai kertas itu, terbeliak matanya. Ekin hanya memandang dengan muka cemas. Alahai, kau pun bodoh sangat Ekin oiii, kalau kau tak bagi tadikan bagus. Dia menghela nafas lemah.
         Qairysha sudah panas hati, telinganya bagai berasap keluar. Hatinya sakit, jiwanya kacau bilau melihat ayat yang tertulis di atas kertas layang tadi. “Siapa punya kerja ni?” suaranya lantang menyoal. Ekin geleng kepala tanda tidak tahu. Dia sendiri yang tak ada kena mengena pun sakit hati membaca lagilah kalau tuan empunya diri. Habislah lavar gunung berapi nak meletus. Jangan meletus dekat aku sudah, tak larat aku nak menyabarkan si anak Dracula ni.
        Qairysha memandang kearah sekumpulan pelajar perempuan di hujung kelas, pelajar-pelajar itu sedang seronok bergelak ketawa membaca kertas layang yang menaikkan kemarahannya. Dia laju menghampiri mereka. Mahfuzah yang ketika itu perasan akan akibat Qairysha yang menghampiri menguatkan suaranya.
         “Teruknya perempuan ni, tak sangka aku muka baik tapi rupanya dah busuk.” Mahfuzah bersuara lantang. Qairysha berpeluk tubuh memandang perempuan yang bersuara. Minah ni kalau tak cari gaduh dengan aku memang bukan dialah kan. Mahfuzah memandang muka Qairysha yang sudah kemerah-merahan.
            “Hai, takkanlah dah terasa kut? Betul ke dalam dah busuk wahai perempuan? Kesian kau kan muka nampak je baik tapi dah ditebuk tupai rupanya, opppss sorry.” dengan penuh gaya Mahfuzah berkata tanpa mempedulikan perasaan Qairysha. Seluruh kelas memandang kearah mereka, mereka sebenarnya berasa simpati pada Qairysha kerana difitnah sebegitu. Mereka sangat mengenali Qairysha dan sangat mempercayai Qairysha. Ekin datang menghampiri Qairysha, bahu kawannya ditepuk perlahan. Tanda menyuruh kawannya bersabar.
           “Dah habis kau bercakap?” Soal Qairysha tenang.
           “Kalau belum pun kenapa?” tebak Mahfuzah laju. Qairysha merapati Mahfuzah dan melepaskan satu tamparan di pipi.
            “PANGGG!!”
            Semua yang berada disitu terkejut. Semua bagaikan terkena renjatan elektrik akibat tamparan yang kuat sehinggakan Mahfuzah jatuh ke lantai. Mata mereka juga menyorot ke lantai. Mata Mahfuzah sudah berair, pipinya dipegang. Berpijar rasanya. Kepalanya juga tiba-tiba sahaja terasa pening. Kuat betul tangan perempuan ni.
             “Berani kau tampar aku kan?” soal Mahfuzah dengan suara yang menahan sendu, matanya memandang wajah Qairysha penuh dengan rasa benci. Di hatinya kini, sudah mula menanam dendam untuk Qairysha.
             “Aku tampar kau sebab mulut kau tu pedas sangat, kau ni agaknya tak pernah minum ais kut bagi kurang pedas, ke letak garamkan bagi hilang pedas tu sikit. Lain kali beringat, jangan pernah cuba nak mempermainkan aku. Kau berani sangat pergilah report dengan kak long ke abang long kau. Kalau kau rasa nak rasa makan nasi pakai straw kau cubalah ya dan aku tahu kau dalang disebalik kertas layang yang sangat murah ni.” kata Qairysha dengan penuh amaran yang membuatkan Mahfuzah tidak berani memandang Qairysha. Dia hanya menunduk, tidak berani memandang wajah Qairysha yang sudah bertukar garang.
            “Sejak tu Irfan, Mahfuzah mana berani nak cakap depan Qairysha. Dia cuma cakap belakang-belakang bolehlah.” Cerita Caer berakhir. Mulut Irfan sudah ternganga mendengar cerita Caer. Sungguh dia tak percaya Qairysha boleh buat macam tu. Berani jugak minah lesung ‘batu’ ni, ingatkan sama sahaja dengan perempuan-perempuan lain. Katanya dalam hati.
             “Jadi Irfan, kau tak payahlah cari pasal dengan Rysh, kau pun tahukan. Lawan dengan perempuan mestilah kita menang, kita cuma dapat jaga air muka dia je dengan bagi dia menang. Kau mengalah je dengan dia, senang cerita.” Tambah Caer lagi. Irfan hanya mengangguk-nganggukkan kepala. Aku nak mengalah dengan minah lesung ‘batu’ tu?! Tak akan pernah jadi. Aku tetap nak serang jugak, tak kira apa jadi. Hatinya tergelak jahat.

 

QAIRYSHA memandang kearah dua orang pelajar lelaki yang sedang duduk berhampiran tingkap. Rancak berborak sehingga ditenung sejak dari awal sampai habis pun boleh tak perasan. Dia orang ni cerita apa eh, sampai dah perangai busy body dia. Dia menghampiri mereka. Dia berdehem sedikit.
            “Hekk hurmm.” Dehemnya sekali. Irfan dan Caer tidak menghiraukan bunyi deheman itu. Mereka terus berbual isu bola sepak antarabangsa. Qairysha yang memandang sudah panas, amboi aku berdehem pun tak pandang. Khusyuk betul dia orang ni. Baik aku bla, buat sakit hati je. Senyuman tersungging dikedua-dua bibir budak lelaki di tepi tingkap. Mereka menekup mulut menahan ketawa, tercuit hati mereka meihat muka Qairysha yang masam mencuka apabila sahutannya tidak dipedulikan. “Fan, habislah aku kalau dia merajuk.” Caer bersuara seteleh ketawanya reda.
            Irfan buat muka pelik, “Kalau dia merajuk pun kenapa bro?” Soal Irfan kembali tanda tidak faham apa yang dibicarakan oleh Caer.
           “Kalau dia dah merajuk habislah satu kelas tak dilayannya, nanti kelas kita mesti sunyi sepi dari suara dia.” Cerita Caer dengan bersungguh-sungguh. Irfan mengangguk tanda faham. Eleh biarlah perempuan tu nak merajuk ke apa, aku sikit tak peduli. Yang penting aku dah tahu apa yang aku perlu tahu. Mereka kembali ke meja masing-masing setelah kelihatan Cikgu Hisyam menghampiri kelas mereka.
           “Assalamualaikum kelas.” Cikgu Hisyam memberi salam. Selalu pelajar beri salam dulu kan? Kelas 4 Sastera 2 ni lain macam sikit. Cikgu-cikgu yang akan beri salam tapi kalau pelajar mereka akan ucap selamat sejahtera je.
           Mereka tersenyum sesama sendiri apabila tersedar akan keperlian Cikgu Hisyam yang terang lagi bersuluh. Qairysha memandang wajah Cikgu Hisyam dihadapannya, hmmm macam ada something wrong somewhere dengan muka cikgu harini. Apa eh? Dia mengetuk-ngetuk jari ke bibirnya. Dia berbisik pada Ekin yang berada di sebelah “Ekin, kenapa aku rasa muka cikgu hari ini lain macam handsome dia eh?” Soalnya dengan dahi yang berkerut. Masih memikirkan apa yang tidak kena. Sampai dah perangai busy body dia! Muka cikgu pun nak ambil tahu.
           Ekin juga turut memerhati setiap inci wajah cikgunya, dia memfokuskan matanya tepat. Nahh! Tahu dah. “Rysh, dia dah cukur jambanglah.” Katanya tiba-tiba dengan kuat. Qairysha yang terkejut menepuk kuat peha kawannya agar memperlahankan suara.
           “Ahhhh, sakitnya.” Jerit Ekin sambil menggosok-gosok pehanya. Aduh, ini balik mesti biru. Eeee Rysh ni pun satu hal, suka sangat pukul peha aku yang empuk ni. Cikgu Hisyam yang terkejut dengan jeritan Ekin terus menghampiri mereka.
           “Kenapa dengan awak Ekin, apa yang sakit?” Soalnya prihatin. Dia sebagai guru perlu juga mengambil tahu serba sedikit akan hal pelajar-pelajarnya. Ekin yang tersentak memandang muka Cikgu Hisyam, ‘Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu’ Bisiknya didalam hati. Mulutnya ternganga. Cikgu Hisyam menaham ketawa meihat reaksi Ekin. Qairysha yang duduk disebelah Ekin menyiku lengan Ekin. Ekin tidak mengalihkan pandangannya. Matanya tetap di muka cikgu Handsome dihadapan.
          Qairysha juga sudah tidak dapat menahan ketawa, Syahmi dan Caer juga sudah habis ketawa mereka terhambur dek reaksi yang tak diduga Ekin. Ekin terdengar suara orang ketawa, menoleh memandang dengan muka blur. “Kenapa korang gelak?” Soal Ekin pelik dengan kawan-kawannya. Pecah lagi ketawa mereka dengan soalan Ekin.
           “Sudah-sudah mari kita mulakan apa yang sepatutnya.” bicara cikgu Hisyam dengan sisa tawa yang masih meniti dibibir. Kelakar juga bila ditenung macam tu oleh pelajarnya, macam-macam sungguh ragam kelas 4 Sastera 2 ni. Kadang-kadang dia hampir dipanggil gila sebab teringatkan aksi-aksi yang berlaku di kelasnya. Sayangnya dia dengan kelas 4 Sastera 2 yang sangat menghiburkan hati. Masuk sahaja kelas ini, hatinya yang sakit dengan perangai pelajar-pelajar dari kelas lain terus terubat.
             Qairysha tersengih memandang Ekin yang kelihatan blur “Kau ni kadang-kadang aku tengok nampak macam budak pandai, kadang-kadang nampak macam budak nerdlah pulak, kadang-kadang tu nampak macam budak kurang upaya pun ada. Sebenarnya kau ni kategori yang mana oh?” soalan Qairysha mendapat sambutan daripada Irfan dan Caer. Soalan yang sangat sempoi bagi mereka.
           Ekin mendengus marah, sesedap hati dia je nak mengenakan aku. Eeeee sakitnya hati dengan Rysh ni. “Gelaklah lagi, gelak-gelak.” Suara Ekin berubah rentak sambil memandang kearah Caer dan Irfan. Mereka berdua terus senyap apabila mendengar perubahan pada suara Ekin. Qairysha juga senyap. Eleh baru usik sikit dah sentap. Pegidah!
        “Choy, Ekin sentap woi. Relakslah Kin bergurau je pun.” Qairysha berkata samba tersengih memandang wajah Ekin yang masam mencuka. Asam kecut pun tak macam kau Ekin, teruk benor mukanya tu. Mereka menyambung pembelajaran yang tergendala dengan akur. Qairysha membiarkan Ekin sejuk sendiri. Yang lain-lain sudah malas mahu bersuara. Masa kedua terakhir adalah masa yang paling mencabar iman para pelajar untuk melawan rasa mengantuk.

Kelas sunyi dan sepi tanpa sebarang suara dari pelajar-pelajar. Cikgu Hisyam tersenyum, bagus anak-anak muridnya hari ini. Baik-baik belaka. Buat saja apa yang disuruh, bagus. Satu peningkatan yang baik. Qairysha resah, dia dari tadi tidak dapat duduk diam. Hatinya gelisah kerana memikirkan Ekin disebelahnya. Aik, merajuk betul dia ni. Aku ingat main-main tadi. Alahai Ekin, kau ni sengaja tau nak paksa aku. Ekin yang disebelah menyorokkan senyum. Dia sedar dengan tingkah Qairysha yang tidak senang duduk. Sengaja dia mendiamkan diri, dia mahu tahu Qairysha cuba memujuknya atau tidak.
               “Ekin…..” Panggil Qairysha dengan suara yang sengaja dileretkan. Ekin buat-buat tidak dengar dengan panggilan Qairysha. Dia tetap menulis. Qairysha dah garu kepala, maakkkk tolong! Dia dah merajuk betul-betullah pulak. Masak aku macam ni. Itulah satu kelemahan aku. Nak memujuk, eee memang dia orang pertama yang surrender.
                “Ekin, janganlah merajuk lama-lama. Aku ni manusia yang tak reti nak memujuk. Janganlah senyap macam ni, kang silap-silap kau pulak yang kena pujuk aku kang.” Dia bersuara jujur sekali kedengarannya. Ekin sudah tidak dapat menahan ketawanya yang ditahan sejak tadi. Dia ketawa terkekeh-kekeh. Qairysha sudah tersenyum, ahh lantaklah nak gelak ke apa sikit tak peduli. Janji Ekin nak bercakap dengan dia sudah cukup baik. Sudah habis sesi pujuk memujuk mereka menyambung pelajaran yang terhenti sebentar tadi.
                 Jam sudah menunjukkan pukul satu lima minit petang. Loceng tanda tamat waktu sekolah berbunyi. Kelang kabut pelajar-pelajar 4 Sastera 2 mengemas meja masing-masing. Qairysha berjalan keluar dari kelas, sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil. “Rysh! Rysh tunggu aku!” Jerit Ekin dari dalam kelas. Termengah-mengah dia mengejar Qairysha.
               “Kau laju-laju nak pergi mana weh? Sabarlah sikit.” Bebel Ekin dengan nafas yang tidak teratur. Qairysha berkerut dengan pertanyaan Ekin.
              “Mestilah nak balik, takkan nak berpiknik pulak dekat sekolah ni.” Jawapnya sambil memandang kearah Ekin. Ekin tepuk dahi, dia pulak terkena.
              “Tahulah nak balik, kau naik kereta bukan jalan kaki pun yang nak laju-laju pergi mana pulak?”
            “Apa yang kau nak tanya sebenarnya ni? Pening kepala aku dengan soalan kau yang dah berpusing-pusing kalah soalan account.” Balasnya pula sambil mengerutkan dahi memandang kearah Ekin. Budak ni punya soalan dah dijawap ditanya lagi dah dapat jawapan pun tanya lagi. Ish, sewellah Ekin ni.
          Kepala Ekin juga dah mula pening-pening lalat “Tak ada apa-apalah, aku pun lupa apa nak cakap.” Ekin menjawap sambil berjalan meninggalkan Qairysha. Eh minah ni, tadi suruh orang tunggu sekarang dia pulak tinggal aku. Qairysha laju menyaingi Ekin mereka berjalan menuju ke pintu pagar dan ternampak kedua orang tua mereka. Qairysha laju menapak ke kereta ayahnya. Dia melambaikan sambil menjelirkan lidah kearah Ekin yang baru hendak masuk ke dalam kereta. Ekin sudah buat muka ‘stone’. Malas mahu melayan Qairysha yang sengal bin belenge. Qairysha tersengih lalu masuk ke dalam kereta. Kereta bergerak menuju ke rumah mereka masing-masing.

1 comment: