Monday, April 15, 2013

Cik Lesung 'Batu' Dan Encik Sengal 13


Bab 13 
PUAN Qistina turun ke dapur, tekaknya tiba-tiba terasa haus. Dia masuk ke dapur lalu terus menuju ke peti sejuk. Jus oren dikeluarkan, cawan dicapai lalu duduk di kerusi meja makan. Mama Milah tika itu sedang merebus daging. Puan Qistina sekadar memerhati. “Kak Milah nak masak apa hari ini?” Soalan Puan Qistina mengejutkan Mama Milah. Mama Milah mengurut dada dan berpusing menghadap Puan Qistina. Puan Qistina tersengih, “maaf tak sengaja.” Rasa bersalah timbul dalam hati Puan Qistina kerana mengejutkan pembantu rumahnya yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

“Akak pun tak tahu nak masak apa ni, cuba Qis bag idea sikit.” Mama Milah menghampiri peti sejuk untuk melihat lauk yang ada. Puan Qistina tersenyum.

“Kak, apa kata masak kari ikan merah. Sedapnya, teringin rasanya nak makan kari pulak hari ini. Boleh kak?” Soal Puan Qistina sambil menghabiskan minuman di dalam cawan. Mama Milah tersenyum penuh makna memandang kearah majikannya.

 “Ada apa-apa ke ni? Teringin lain macam je.” Tutur Mama Milah sambil ketawa kecil. Bahagianya rasa kalau suaminya masih hidup kini. Tapi dia reda dengan ketentuan yang telah ditakdirkan untuknya. Siapalah kita untuk menidakkan takdir. Suara Puan Qistina mematikan lamunannya.

“Mana ada apa-apa kak, saya ni dah tua. Qairysha pun dah enam belas takkan nak ada adik lagi pulak” sangkal Puan Qistina laju. Mukanya sudah merah bak buah nona. Malunya rasa kalau dah tua-tua begini masih ada anak kecil. Mama Milah hanya ketawa apabila meihat Puan Qistina yang sudah tergeleng-geleng kepala. Mereka meneruskan kerja masing-masing. Puan Qistina sibuk membantu apa yang patut. Siap semua bahan-bahan, dia beralih pula ke periuk nasi. Masak nasi dulu supaya nanti tak kelang kabut.

Kedengaran bunyi enjin kereta suaminya tiba diperkarangan rumah. Puan Qistina tersenyum, lalu bangun. “Kak saya pergi tengok abang dulu ya.” Mama Milah hanya tersenyum. Bahagia hatinya apabila melihat Qistina yang sudah bagaikan adik baginya gembira. Puan Qistina keluar dari dapur dan menhampiri pintu utama.

Dia membuka pintu dan berdiri sambil tersenyum. Encik Fiqrash keluar dari kereta lalu menghampiri isterinya yang berada dimuka pintu. “Assalamuaaikum wahai adindaku yang tercinta.” Ucapan salam disertakan kata-kata romantis lalu menghulurkan tangan kepada isterinya. Puan Qistina mencapai tangan sang suami lalu dicium.

“Waalaikumsalam ya kakanda yang tidak dicinta.” Usik Puan Qistina dengan senyuman yang disorokkan. Encik Fiqrash sudah menarik muncung. Tahu isterinya sekadar bergurau tetapi dia mahu dipujuk sekali-sekala. Puan Qistina ketawa kecil meihat muka suaminya yang sudah macam itik pulang petang. Qairysha yang meihat lakonan si emak dan si ayah ketawa mengekek. Sweet gila ayah ni, dia bertekad mahukan lelaki yang sweet macam ayahnya. Wah wah berangan je lebih ya.

Puan Qistina tersedar akan anaknya. Bahu suaminya ditepuk. Mukanya kembali merah menahan malu kepada Qairysha yang sudah terduduk akibat ketawa terlalu banyak. Suaminya juga turut ketawa meihat mukanya.

“Alololo sweetnya ayah dengan mak macam pengantin baru.” Ucap Qairysha tulus. Memang dia sangat bersyukur dikelilingi keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Muka Puan Qistina bertambah merah apabila mendengar anaknya berkata begitu.

“Sudah, jomlah kita masuk. Kesian dekat isteri ayah ni habis merah-merah muka.” Sakat Encik Fiqrash lagi. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Qairysha sudah tersenyum, hidungnya menghidup bau yang sangat dia suka.

“Mak masak apa hari ni? Sedapnya baru, perut Rysh dah lapar ni boleh tak kita makan dulu?” Soal Qairysha dengan muka simpati. Dia sudah tidak dapat menahan perut yang sudah berdangdut.

No!” Jawap Puan Qistina sepatah. Qairysha sudah menarik muncung. Puan Qistina tersenyum, kesian anaknya.

“Rysh naik dulu mandi tukar baju solat semua siap baru kita makan.” Puan Qistina sudah mengeluarkan arahan maka sesiapa pun tidak boleh membantah. Qairysha akur lalu memanjat tangga naik ke atas.

 

IRFAN menghempas badannya keatas katil, penat betul hari ini. Rasa macam malas pulak nak mandi nak terus tidur je. Tengkuknya diurut perlahan. Hari yang penuh cabaran baginya. Jatuh kerusi, kantoi dengan lipas. Hmmm tak interesting langsung nak dibuat memori. Mata baru sahaja hendak lelap ketukan dipintu membuatkan dia kembali membuka mata.

 Terjengul muka abangnya Dzul dibalik pintu. “Fan, aku masuk eh?” Tanya Dzul sebelum menutup pintu. Kau ni abang kenapalah suka muncul masa aku rehat-rehat, hish hilang dah mengantuk aku.

“Kau dah masuk pun kan, apa yang tak bolehnya.” Jawap Irfan sambil bangun dari pembaringan. Dia menyandarkan badannya ke kepala katil. Dzul menghampiri Irfan yang berada di katil kening diangkat tanda menyoal.

“Kau dah kenapa angkat-angkat kening? Kena sawan unta pulak ke?” Irfan menyoal selamba. Dzul sudah mengerutkan dahi, sawan unta? Tak pernah dengar pulak. Irfan sudah mula menyengih apabila melihat dahi abangnya yang sudah berkerut.

“Ada ke sawan unta? Aku tak pernah tahu pun.” Jawap Dzul blur. Dia masih berfikir wujudkah sawan unta dalam dunia ni. Irfan ketawa mengekek apabila mendengar jawapan lurus dari Dzul. Haila abang kalau kau tahu kau sedang ditipu mesti habis aku kena ni. Yeah mari teruskan lakonan.

“Ada, aku baru je tengok berita tentang orang yang kena sawan unta. Kesian dia orang.” Cerita Irfan bersungguh-sungguh. Muka Dzul berubah, aku hidup adalah dalam 20 tahun dekat dunia tak pernah pulak dengar sawan unta. Mungkin baru je merebak kut.

Irfan ketawa semakin kuat apabila melihat muka abangnya yang ketara sekali berubahnya. “Relaks la bang aku gurau je.” Dzul mengangkat kepala memandang adiknya. Cih siot punya adik, kau kenakan aku pulak ya.

Dzul membetulkan kedudukannya diatas katil. Matanya memandang tepat ke mata adiknya Irfan yang sedang ketawa bagai nak gila. “Kau jangan gelak banyak sangat Fan, nanti orang ingat aku ada adik yang wayer short.” Dengan muka selamba Irfan menutup mulut Irfan yang sedang ketawa itu dengan statement maut.

Irfan sudah terdiam, apalah abang ni sempat lagi dia menyerang dalam selimut. “Kau nak apa bang dating bilik aku? Kau tak ada kelas ke ni?” soal Irfan ingin tahu matlamat abangnya.

“Tak ada apa sebenarnya, aku saja nak tanya sekolah baru ada ok kah?” Baik pulak Dzul nak bertanya segala macam ni. Irfan sudah mengecilkan matanya mencari kepastian.

“Ok je, tak ada yang menarik pun sekolah tu.” Jawap Irfan pendek.

“Takkan tak ada yang hantar surat cinta? Eleh nak sorok-sorok konon.” Seronok pulak kalau bercerita tentang surat cinta. Teringat zaman remajanya, surat cinta bau wangi diselit dalam buku teksnya, bawah meja, dalam bag. Wahh excited gila aku cerita pasal ni. Irfan mengeleng, malas melayan. Lagipun Irfan itu handsome orangnya, lebih handsome dari Aaron Aziz takkan la sorang pun tak sangkut. Ini semua poyo!

 “Dah la bang, kau pergilah keluar aku nak mandi ni. Nanti mama bising pulak aku tak mandi lagi.” Irfan mengeluarkan arahan sambil mencapai tuala diampaian lalu masuk ke dalam bilik air. Dzul mengeleng kepala, nak mengelak cakap jelah. Macam aku tak kenal dengan kau tu, bukan orang hantar surat cinta silap-silap cinta terus dibagi tanpa mengira apa-apa. Dzul mengetuk pintu bilik air kuat.

“Nak lari pun agak-agaklah, aku tunggu cerita kau dekat bawah tau.” Laung Dzul kuat dari luar. Irfan didalam sudah mendengus, tak percaya pulak orang tua ni. Aku dah cakap takda apa-apa tak nak percaya. Dia meneruskan mandiannya setelah penat merungut sendirian dengan perangai abangnya.

 

SELESAI solat, Qairysha turun ke bawah. Tergopoh-gopoh dia menuruni tangga kerana perutnya sudah tidak dapat menahan bunyi gendang gendut tali kecapi. Dan kerana dia tergopoh-gapah itulah dia terasa bagaikan melanggar sesuatu objek. Objek yang maha besar. Objek itu mengaduh sakit. Kepalanya diangkat memandang kearah objek besar itu.

“Aduhhhhh!” Nyaring suara Ayman memecah suasana sunyi didalam rumah agam itu. Qairysha hanya tersengih.

Sorry..” Qairysha memohon dengan suara yang sekecil habis.

“Jalan lain kali tengok depan bukan tengok tangga, ini selamat langgar along buatnya langgar mak tak ke jatuh orang tua tu? Jangan disebabkan kesalahan kita orang lain jadi mangsa.” Ayman memandang tepat ke muka Qairysha. Pedas!

Qairysha menelan liur, dia hanya diam. Malas mahu menjawap kalau alongnya sudah memandang dengan pandangan panahan otak macam tu. Dia kemudian memberi laluan kepada Ayman dengan berdiri tepi dinding. Ayman melepasinya lalu dia terus turun ke bawah. Apahal la dengan aong tu berangin je kerjanya. Gaduh dengan makwelah tu. Along ada makwe? Macam pelik je. Ada ke perempuan nak dekat along yang terlampau kuat kerja tu? Persoalan itu mati begitu sahaja sebaik suara ayahnya menegur.

“Rysh, apa yang dimenungkan ditangga tu. Marilah makan, nanti lauk sejuk tak sedap pulak.” Qairysha hanya mengangguk, kakinya sudah melangkah ke meja makan. Punggung dihenyakkan diatas kerusi.

Puan Qistina baru keluar dari dapur dengan membawa sajian tengah hari yang sangat mengiurkan. Bau kari yang semerbak membuatkan Qairysha tidak senang duduk laju sahaja langkahnya menghampiri emaknya lalu memberi pertolongan untuk membantu. Puan Qistina sudah tahu perangai anaknya yang gila kan kari. Tak menyempat-nyempat dari kecil perangai tak berubah-ubah anaknya yang sorang ni.

“Rysh, pergi panggilkan along turun.” Arahan Puan Qistina mendapat keluhan dari Qairysha. Cubalah kau turun sendiri wahai along, aku ni dah malas nak naik atas dua tiga kali. Eeeee dah besar pun menyusahkan orang. Bebelnya dalam hati.

Puan Qistina memandang suaminya kerana pelik dengan tingkah anaknya yang sudah berkerut-kerut dahi. Encik Fiqrash juga memandang kearah anaknya. Pelik juga dengan tingkah Qairysha. “Rysh sihat tak?” soal Encik Fiqrash kuat. Qairysha tersentak. Puan Qistina ketawa melihat reaksi Qairysha.

“Sihat je yah, kenapa?” soal Qairysha lurus.

“Tak ada apa-apa, dah pergi naik panggil abang Ayman kamu.” Arah Encik Fiqrash pula. Qairysha akur lalu bangun. Hish along ni, menyampah! Kakinya terus menuju ke tangga untuk naik keatas. Laju dia melangkah naik ke atas dengan memijak dua tangga satu langkah. Dengan kakinya yang panjang dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian.

Sampai sahaja dihadapan pintu bilik abangnya, pintu itu diketuk kuat. Sengaja ingin mencari kemarahan alongnya.

Ayman yang baru sahaja selesai mandi terkejut dengan ketukan yang kuat. Siapalah pulak yang mengetuk pintu macam nak roboh ni kalau bukan Qairysha mesti Ayhan. Adiknya yang seorang tu memang perangainya macam Qairysha sikit. Kakinya dihala ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas, kepalanya dikeluarkan sikit. Badannya tersorok dibelakang pintu.

“Tak reti ketuk pintu perlahan-lahan ke?” soal Ayman dengan muka yang sengaja diseriuskan. Qairysha hanya memandang tidak beriak.

Your mother asked me to inform you that our lunch are ready. So please, hurry up!” suaranya juga sudah berubah pada nada serius. Qairysha terus berlalu selepas selesai tugasnya. Dia berlalu turun dengan senyuman sinis dibibir. Mogok suara dengan alongnya harini. Biarkan, tiba-tiba datang angin puting beliung dia suka hati nak marah orangkan.

Ayman hanya ternganga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya. Wah, macam aku tak reti cakap melayu je nak speaking English bagai! Ayman segera menutup pintu. Dengan pantas dia menyarung baju dan seluar lalu turun ke bawah.  

 

IRFAN turun ke bawah selepas selesai membersihkan diri. Kakinya diarahkan ke ruang makan. Semua sudah menunggunya. Terdetik rasa bersalah kerana membuat orang tuanya menunggu dia untuk makan. Sepatutnya sebagai anak dia perlu lebih bertanggungjawap ini tidak, malunya dia pada diri sendiri.

“Mama, papa maaf sebab terpaksa tunggu Fan.” Irfan bersuara sambil memandang mama dan papanya yang rancak berbual. Mereka mengangkat muka memandang wajah anaknya.

“Tak apa, bukan lama pun. Dah mari kita makan.” Syeid Meor pula bersuara. Selaku ketua keluarga sudah menjadi rutin mereka untuk makan tengahari bersama walaupun dia terlalu sibuk dengan bekerja. Dia tidak mahu keluarganya terpinggir hanya kerana kerja-kerja yang tak pernah habis. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Jadi kalau hidup penuh dengan kekayaan tetapi kurang dengan kasih sayang diibaratkan bagai pantai tanpa ombak, langit tanpa awan. Kasih sayang perlu disemai bukan ditunggu.

Irfan mengangguk lalu menarik kerusi untuk duduk. Dia melabuhkan punggung disebelah mamanya. Dzul dikerusi berhadapannya sudah tersenyum nakal. ‘Ish orang tua ni tak habis-habis dari tadi. Bukan masalah besar sangat pun kalau aku tak cerita’ gerutu Irfan dalam hati.

Mereka makan dengan penuh gelak ketawa. Irfan juga sudah senak perut akibat terlalu banyak ketawa. Dzul bercerita itu dan ini, mulut tu tak pernah nak berhenti dari bercakap. Papanya juga tersenyum senang nampaknya.

“Hah Fan, apa cerita sekolah baru? Best tak?” Sifat papa yang mengambil berat sangat teserlah tika ini. Ya di meja makanlah tempat mereka untuk berkongsi hari-hari mereka berempat setelah penat bekerja.

Irfan memandang kearah papanya, “It’s quiet fun pa but sometimes the girls reaction after meet me was make me feels uncomfortable.” Cerita Irfan sambil menyuap makan ke mulut.

Dzul tersenyum lagi. Mana tak perempuan bila jumpa kau je macam histeria. Kau tu ‘buruk’ sangat agaknya. Kutuk Dzul dalam hati sampai tersenyum-senyum sendirian. Puan Sharifah Azian hanya menjadi pendengar setia tetapi matanya kini tertancap pada anaknya yang sulung. Tersenyum-senyum macam kena sawan ni dah kenapa pulak?

“Mestilah, anak papa kan handsome. Mana tak tergamam gadis-gadis tu.” Usik Syeid Meor dengan senyuman dibibir. Irfan menarik senyum. Kembang apabila dipuji handsome. Jangan sampai terkoyak seluar sudah, opppss!

“Dzul..” panggil Puan Sharifah Azian perlahan sambil melambai tangan dihadapan muka anak sulungnya. Irfan juga berhenti makan apabila melihat mamanya.

“Mama ni dah kenapa lambai-lambai macam tu?” pelik sungguh dia dengan mamanya. Tiba-tiba sahaja melambai-lambai memang pelik sangatlah.

“Kamu tak nampak ke abang kamu ni duk tersengih sorang-sorang dari tadi?” Soalan dibalas balik soalan. Irfan memandang kearah abangnya, kaki Dzul dibawah meja disepak sedikit.

“Aduhh..” Dzul menjerit kecil. Syeid Meor pula terkejut dengan jeritan itu. Kepalanya diangkat memandang Dzul.

“Kamu ni dah kenapa pulak menjerit-jerit tengah makan?” tegas suara Syeid Meor.

Dzul menggosok perlahan kaki di bawah meja, dia memandang wajah Irfan yang selamba menikmati makanan tanpa menghirau sekeliling. Irfan ni boleh tahan jugak main sepak-sepak kaki pulak. “Takde apa pa, terkejut ada yang menyepak kaki.” Jawap Dzul sambil menjeling Irfan sekilas.

“Ada-ada saje kamu ni Dzul, dah cepat makan.” Dzul mengangguk lalu terus menikmati makanan yang terhidang. Irfan juga hanya diam dari bercakap sepatah.

Puan Sharifah Azian juga pelik dengan tingkah anak-anaknya yang diam. Selalu tu mulut kerja nak soseh-soseh. Mereka sekeluarga makan dengan penuh berselera sekali.

 

MEJA makan sudah terhidang pelbagai lauk, Ayman sudah pun melabuhkan punggungnya bersebelahan emaknya. Qairysha duduk berhadapan dengannya tetapi sedikit pun tidak mengangkat muka memandang kehadapan. Ayah juga makan dengan berselera sekali.

Qairysha hanya diam dan menikmati makanannya. Dia malas mahu bercakap hari ini. Macam-macam dah jadi dekat aku hari ini. Penuh dengan dugaan dan rintangan. Wahhh, aku kalau dah bercakap siap dengan sasteranya lagi. Over sungguh. Dia tergelak sendirian. Suara Puan Qistina mematikan lamunan Qairysha.

“Ayman, angah dengan alang tak balik ke minggu ni?” soal Puan Qistina ingin tahu. Sudah seminggu rasanya anak-anaknya itu tidak pulang ke rumah kerana terlalu sibuk dengan pelajarannya.

Ayman angkat bahu, “Ayman pun tak tahu mak, nanti Ayman tanya dia orang ya?” jawap Ayman dengan mulut penuh dengan nasi.

Qairysha hanya memandang muka alongnya,‘Ish teruk betul la dia ni, makanlah dulu bagi habis ini tak cakap dengan mulut penuh tu ingat bagus sangatlah’ Qairysha mengutuk dalam diam.

“Kenapa emak tanya? Ada apa-apa ke?” soal Ayman pula. Kenapa pulak emaknya bertanya tentang angah dan alang. Rindulah tu dengan anak bujang dua ekor tu. Yang dia orang ni pun satu hal jugak, rumah bukan jauh mana pun sampai tak reti nak balik sini jenguk emak dengan ayah. Marah Ayman dalam hati.

“Tak ada apa, saja tanya. Dia orang dah lama tak call mak pun, tu yang mak tanya. Mana tahu angah dengan alang nak balik ke kan.” Kata Puan Qistina sambil menghabiskan nasi yang masih berbaki di dalam pinggan.

Qairysha hanya diam malas mahu masuk campur. Dia juga menyuap suapan yang terakhir ke dalam mulut. Lalu bangun membawa pinggan ke dapur. Tangan dibasuh dengan sabun dibilas air lalu dilap dengan kain. Kaki diatur keluar dari dapur menuju ke ruang rehat.

Ayman dan Encik Fiqrash juga sudah siap makan lalu membasuh tangan dan kemudian naik ke atas. Puan Qistina mengemas meja makan dibantu oleh Mama Milah. Ada anak perempuan pun kalau dah kenyang, dunia ni terbalik pun dia tak ambil peduli.
 
P/S: Hai guys, sorry sebab lama tak update. Terlampau busy buat masa sekarang. Semoga bab ini dapat meredakan perasaan rindu korang dekat abang Irfan dan si cantik manis Rysh yaa. Muaaahhh muaaah :*

No comments:

Post a Comment