Bab
14
QAIRYSHA
melabuhkan
punggungnya diatas sofa. Remote yang berada diatas meja kopi dicapai. Badan
disandarkan ke sofa. Siaran di televisyen itu ditukar satu persatu. Bila
perutnya sudah penuh dengan makanan matanya terasa berat sekali untuk dibuka.
Haipp tak baik tidur lepas makan. Matanya dibesarkan kembali. Dipicit lagi
apabila cerita yang terpapar tidak bersesuaian dengan moodnya. Matanya semakin layu kepalanya juga sudah mendarat diatas
bantal.
“Ryshhhh!”
Jerit Puan Qistina dari dapur. Jeritan itu mengejutkan Qairysha yang hampir
lena. Matanya terbuka luas akibat terkejut. Otaknya tidak dapat mencerna
maklumat yang baru diterima.
“Qairyshaaaa,
dengar tak mak panggil ni!” Jerit Puan Qistina sekali lagi apabila tidak
mendapat respon dari anaknya. Dia yang berada di dapur sudah penat menunggu.
Budak ni dok buat apa sampai
dipanggil pun tak dengar.
Qairysha
tersedar, oh emak yang panggil rupanya. Dengan malas dia bangun menuju ke
dapur. Kaki yang membawa badannya terasa berat untuk melangkah. Matanya juga
digosok perlahan untuk mengurangkan rasa mengangtuk. Dia melangkah masuk ke
ruang dapur. Matanya memandang wajah emak, apa kena la dengan emak ni. Kerjanya
asyik nak memekik aje. “Ya mak, ada apa? Rysh tertidur tadi tu yang tak
menyahut.” Soal Qairysha berserta dengan jawapan sekali. Malas mahu bersoal
panjang dengan emak baik bagi terus jawapan. Puan Qistina memandang anaknya
yang membebel itu dan ini.
“Rysh
tolong mak sikit boleh?” Puan Qistina pula menanyakan soalan. Qairysha
mengangkat kepala memandang emaknya. Dia menganggukkan kepalanya sedikit
sebagai jawapan.
“Tolong
apa mak?” dengan muka toya dia menyoal. Puan Qistina tersenyum memandang
Qairysha yang menjawap dalam mamai.
“Rysh
tolong hantar lauk dekat rumah Auntie Azian.” Sebaris ayat itu menyedarkan
Qairysha yang masih mamai. Apa? Hantar lauk rumah si mamat sengal tu? Eeee yukks.
Kenapa mesti rumah dia? Jiran dekat sebelah menyebelah ni bukan seorang dua.
Belambak! Gerutu Qairysha dalam diam. Puan Qistina memandang kearah Qairysha
yang tidak memberi apa-apa jawapan pada soalannya tadi. Puan Qistina
menghampiri Qairysha. Tangannya digoyang-goyang dihadapan Qairysha. Qairysha
diam tidak berkutik. Bahu anaknya ditepuk perlahan. Qairysha tersentak lalu
memandang emaknya. Eh bila pulak mak dah ada depan aku ni? Soalnya pada diri
sendiri.
“Rysh
boleh tolong emak tak ni?” Soal Puan Qistina sambil menjentik dahi Qairysha
yang masih mengelamun. Qairysha mengaduh perlahan.
“Aduhh!”
Sambil menggosok dahinya. Mata memandang wajah emak yang slumber. “Apa mak main
jentik-jentik dahi ni? Tahulah dahi Rysh ni licin.” Soal Qairysha kembali
membalas soalan Puan Qistina.
Puan
Qistina mengetap bibir menahan rasa apabila soalannya dibalas dengan soalan.
“Tolong hantar lauk ni cepat, toksah
dalih-dalih lagi.” Arahan tegas dikeluarkan Puan Qistina. Qairysha memandang
bekal makanan itu lalu mengangguk lemah. Dia mencapai bekal makanan yang disua
emaknya. Lalu berjalan keluar dari dapur ke pintu utama dengan muka cemberut.
QAIRYSHA menghampiri
pagar rumah Irfan Djokovic dengan perasaan yang bercampur-baur. ‘Ya Allah, aku
bermohon kepada-MU supaya tidak ditemukan dengan si Irfan’ dia berdoa di dalam
hati lalu menyapukan tangan ke muka. Dia melangkah masuk dengan angkah perlahan
lagaknya sudah seperti seorang pencuri pulak.
Alahai hati sudah cukup kau berdegup sudah tiba masanya kau berhenti sekarang.
Irfan
yang berada didaam rumah memerhati seseorang dari tingkap yang sudah dilekatkan
dengan pelekat hitam supaya orang yang berada di luar tidak dapat melihat ke
dalam. Kenapa perempuan ni terhendap-hedap macam pencuri tak bertauliah je? Eh
Fan ada ke pencuri yang bertauliah? Dia menyoal pada dirinya pula. Irfan bangun
dan menghampiri pintu rumah. Kepala didekatkan pada cermin pintu. Diam dan
sekadar memerhati.
Qairysha
berdiri tegak dihadapan pintu kayu yang dihiasi kaca ditengah dan dilekatkan
pelekat hitam untuk mengkaburkan pandangan dari luar. Irfan masih memerhati
Qairysha yang hanya berdiri tegak. Qairysha menarik nafas lalu mengangkat
kepala sewaktu pintu rumah itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya sebelum
diketuk. Matanya terpaku memandang mata orang yang membuka pintu itu.
“Kenapa
awak terhendap-hendap depan rumah saya ni? Tahulah saya handsome tapi janganlah
sampai angau datang mengendap ke rumah saya.” Fuhhhhh pedass! Terasa berpijar
telinga Qairysha mendengar sindiran pedas. Matanya ditutup, nafas ditarik
dalam-dalam dan dilepaskan perlahan lalu matanya dibuka kembali. Mulutnya
terkunci saat mengangkat muka memandang si jejaka perasan.
“Saya
tak ada masa nak datang mengendap awak tu bukan dapat faedah pun.” Jawap
Qairysha dengan suhu yang semakin meningkat naik. Mamat ni boleh tahan jugak
kalau bercakap. Pedas dia lebih berapi dari cili api.
“Ala,
tak apa saya faham. Mana ada orang mengaku dia mengendap saya, jatuh la
maruahkan. Saya faham kenapa awak jawap macam tu. Susah jadi orang yang terlalu
handsome ni.” Irfan pula sudah mengeluarkan senyuman bangga serta pujian yang
melambung tinggi. Sengaja dia mahu menyakat Qairysha. Dia memandang wajah
Qairysha yang sudah merah. Marah la tu. Dia menyorok senyum.
Qairysha
sudah tidak tahan. “Buat pengetahuan awak, saya datang ni pun disebabkan emak
saya suruh hantar lauk dekat Auntie Azian. Dalam hati saya tak ada sekelumit
pun perasaan terhadap awak dan buat pengetahuan awak jugak…..” Ayat Qairysha
terhenti disitu. Irfan sudah tidak betah duduk. Dia ingin tahu ayat yang
seterusnya. Dia mengangkat kening supaya Qairysha meneruskan bicaranya.
“Awak
ni sebenarnya handsome sangat. Memang handsome macam adik beradik awak…..” Qairysha
menghentikan ayatnya lagi. Sengaja mahu melihat reaksi lelaki dihapannya. Irfan
tersenyum mendengar pujian Qairysha. Dia sudah menggaru-garu kepalanya. Dia
mengangguk laju.
“Awak
pernah jumpa adik-beradik saya ke?” soal Irfan lurus. Qairysha mengangguk samba
tersenyum manis.
“Selalu.”
Jawap Qairysha pendek.
Dahi
Irfan sudah berkerut. Rasanya aku baru je pindah sini macam mana dia boleh
kenal adik beradik aku pulak. “Dekat mana awak jumpa?” soal Irfan lagi.
Qairysha
tersenyum, yes jerat mengena!
“Adik
beradik awak yang selalu main panjat-panjat pokok tu saya selalu jumpa dekat
zoo. Dengan erti kata sebenar awak ni handsome hanya untuk stok monyet dekat
Zoo Negara je!” Hambekk kau sebijik. Padan muka kau, Qairysha tersenyum puas
hati. Dia menghulur bekal lauk itu tepat ke perut Irfan. Irfan sudah mengaduh
sakit. Qairysha tersenyum sinis lalu bergerak meninggalkan Irfan dan pulang ke
rumah.
Irfan
terkejut mendengar jawapan terakhir Qairysha. Amboi, aku nak kenakan dia, dia
pulak kenakan aku balik. Hish tak boleh jadi ni. Kata hatinya yang panas. Bekal
lauk ditangan dilihat. Minah ni datang nak bagi lauk rupanya. Kaki dibawa
menuju ke dapur.
QAIRYSHA menghentakkan
kakinya apabila tiba dipintu rumah. Mulutnya tidak henti-henti menyumpah
seranah. Benci sungguh dengan Irfan Djokovic yang kejam. Eeeee benci-benci! Kenapa
la ada makhluk Tuhan yang macam tu dalam bumi ni? Kenapa dia tak duduk dekat planet
Zuhal ke Neptune ke kan aman sikit bumi Malaysia ni.
Badannya
dihempaskan ke atas sofa lalu menghela nafas panjang. Apa benda yang boleh aku
buat bagi dia tak lekehkan aku eh? Dia mengetuk-ngetuk jarinya ke kepala. Bajet
macam professor je bila buat gaya
macam tu. Ayman sekadar memerhati adiknya dari tangga.
Dia
turun pun sebab terdengar adiknya sedang menyumpah seranah entah siapa-siapalah
yang menjadi mangsa. Qairysha terasa seperti sedang diperhatikan lalu berpaling
ke belakang. Baik punya alongnya sedang merenung kearah dia. Along ni dah kena
sampuk ke apa, main renung-renung pulak. Bantal ditangannya yang menjadi bahan
untuk dia melampiaskan amarah dibaling tepat ke muka alongnya. Ayman terkejut
lalu jatuh tergolek dari tangga. Qairysha sudah pecah ketawa.
Ayman
mengangkat kepala memandang adiknya yang sedang ketawa. Kau gelakkan aku ya,
tunggu kau nanti aku balas. Hari ni hari aku jadi nangka esok lusa kau pulak
yang jadi cempedak. Marah Ayman dalam hati. Matanya tidak lepas memandang
adiknya yang sudah terdiam apabila mendapat jelingan maha tajam darinya.
Qairysha
menekup mulutnya dengan tangan menahan diri dari ketawa. Karang pecah tawa ni
lagi sekali mahu mengamuk along satu rumah. Dia menarik nafas lalu beriak serius.
“Sorry long..” ucap Qairysha dengan muka sehabis serius. Dia sebenarnya sudah
tidak dapat menahan ketawanya apabila gambaran alongnya jatuh tergolek dari
tangga masih segar dalam ingatan.
Ayman
hanya memandang sekilas. Tahu adiknya sedang menahan diri dari ketawa. “Jangan
ditahan gelak tu, kang sakit susah pulak” Ayman berkata sambil bangun dari
duduknya. Apa benda tahan gelak boleh
sakit pulak ni? Ahhh aku pun dah tak betul macam Rysh! Kaki dibawa ke sofa.
Punggungnya digosok perlahan. Sakit jugak jatuh tangga ni. Memanglah sakit
takkan boleh sedap pulak.
Tawa
yang tadi ditahan dan muka yang serius milik Qairysha kini dihiasi senyuman
yang nampak sampai gigi grahamnya. Ayman hanya mengeleng kepala melihat
perangai adiknya yang tak berubah. Gelakkan orang bagilah pada Qairysha tapi
bila orang gelakkan dia pandai pulak nak marah tu.
“Dik,
kau sumpah siapa tadi?” soal Ayman setelah ketawa adiknya reda.
Aik
dengar sampai keatas ke tadi? Soalnya pada diri sendiri. “Siapa lagi yang
selalu buat Rysh bengang long?” Soalan dibalas soalan. Ayman bengang sendiri.
Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Budak ni karang ada yang kena lesing.
“Along
tanya betul-betul ni Rysh, janganlah main-main.” Ayman bercakap dengan suara
serius. Penat mahu berbalah cakap dengan Qairysha jika dia sendiri main tarik
tali. Eh, eh nak marah orang pulak. Dia yang sememangnya tahu lagi boleh tanya.
“IRFAN
DJOKOVIC!” Ambik kau HURUF BESAR semua. Ayman ternganga, patutlah marah betul
rupanya Irfan punya kerja. Ayman tergelak kecil. Qairysha sudah melemparkan
jelingan tajam buat Ayman.
“Oh
abang Irfan rupanya yang buat ya, meh along cakap dengan dia kenapa buat adik
along marah sampai macam ni sekali.” Pandangan tajam Qairysha dibalas dengan
senyuman kecil. Eleh marah konon dalam hati punya suka bukan along ni tak tahu
adik oi.
Qairysha
mendengus marah. Orang betul-betul marah ni boleh pulak along ni cari pasal.
Satu cubitan maut dilepaskan dilengang alongnya. Ayman mengaduh sakit. Qairysha
sudah mencicit lari meninggalkan Ayman dengan ketawa kuat. Ayman mngetap bibir
menahan geram. Lengangnya dikerling sedikit. Fuhhh sakit! Merah lagi!
“RYSSSHHHHHH!
Tunggu, jangan lari.” Jerit Ayman geram. Rasa bergegar rumah dengar suara Ayman
menjerit. Qairysha sudah gelak bagai nak gila. Laju kakinya dibawa masuk ke
bilik. Pintu bilik dikunci lalu dia bersandar di pintu. Tawanya pecah kembali.
Padan muka kau long! Haha.
“MAMA,” panggil Irfan pabila
melangkah ke dapur. Puan Sharifah Azian mengangkat kepala memandang Irfan yang
sedang memegang bekal makanan. Dah makanan siapa pulak yang budak ni bawak.
“Kamu
bukan baru lepas makan ke? Ni bekal siapa pulak yang kamu bawak?” soal Puan
Sharifah Azian bertubi-tubi. Hish mama ni, tak sempat aku nak cakap apa dah
sembur macam tu.
"Memang
la Fan dah makan, ni Qairysha yang hantar bukan Fan pergi mintak pun.” Jawap
Irfan sambil menggelengkan kepala. Puan Sharifah Azian tersenyum mendengar
jawapan Irfan. Tangan dihulur. Kini bekal makanan sudah bertukar tangan.
“Fan
naik dulu maa, nak siapkan homework
sikit.” Dia baru hendak melangkah namanya dipanggil lagi sekali. Kepala
dipusing sedikit.
“Fan
jangan naik dulu, ni pergi tolong hantar balik bekal ni ke rumah Auntie Qis.
Fan kan baik, tolong mama ya?” Pujian mamanya sedikit pun tidak merubah riak
wajahnya. Aku pulak bakal menjadi mangsa ke? Tadi aku buat dekat dia sekarang
aku pun bakal terima nasib yang sama? Haila haila. Dengan muka tak beriak dia
mengambil bekal yang dihulur mamanya.
“Fan
pergi dulu.” Ucap Irfan seraya keluar dari rumah menuju ke rumah minah sakai.
Haiiippp tak baik cakap dia sakai. Kita tukar sikit hmmmm…. Mungkin senget
sesuailah dengan Qairysha yang tak cukup wayer tu. Kaki dibawa ke rumah
Qairysha.
LOCENG
pintu rumah itu ditekan perlahan. Terdengar suara sedang mengekek ketawa dan
suara yang menjerit-jerit nama Qairysha. Ni mesti dia dah buat kerja gila dia
tu, habis macam nak gempar rumah ni dia buat. Salam diberi.
“Assalamualaikum,”
Irfan berdiri tegak. Lama dia berdiri tiada siapa yang membuka pintu. Salam
diberi buat kali kedua.
“Assalamualaikum
Auntie…” Kali ini suaranya juga sudah kuat sedikit dari tadi. Terdengar suara
menjawap salam dari dalam rumah. Bersiap sedia Irfan masa kau hampir tiba.
Dadanya dipegang. Dup dap dup dap. Eceeh ayat lebih! Haha.
“Waalaikumussalam.”
Salam dijawap bersama dengan kuakan pintu dari arah dalam. Irfan memandang
dengan penuh rasa gembira. Rasa macam rama-rama menguak-nguak. Ayman tersengih
dimuka pintu. Alhamdulillah bukan mahkluk Allah paling seksi tu yang bukak.
“Oh
kau Fan ingatkan siapa la tadi. Hahh marilah masuk dulu.” Ajak Ayman sambil
menarik tangan Irfan masuk ke dalam rumah.
“Tak
apalah bang, saya datang sekejap je ni.” Irfan pula membalas dengan penuh
tertib. Perasaan segan kini semakin dirasai apabila Ayman menyuruh Mama Milah
menyiapkan minuman buatnya.
“Sekejap
ke lama ke kena minum jugak, Abang tak kira.” Putus Ayman. Irfan akur. Malas
mahu berlawan cakap. Dia kemudian duduk disofa. Ayman duduk berseblahan dia.
Bekal makanan tadi sudah diletakkan diatas meja kopi.
“Hah
Fan, kau satu sekolah dengan Rysh kan?” soal Ayman setelah Mama Milah
menghidangkan air. Irfan hanya mengangguk. Macam mana pulak abang Ayman boleh
tahu ni, aku tak pernah cerita pun. “A..a’ah” jawap Irfan lambat-lambat. Dia
menghirup jus oren ditangan. Ayman memandang kearah Irfan dengan pandangan
pelik. Ni mesti Rysh dah buat apa-apa dengan Irfan sampai budak ni pun dah
takut pulak nak jawap.
“Rysh
ada buat apa-apa ke dengan kau Fan? Jangan tipu abanglah, dia tu kalau nampak
budak baru lagi-lagi lelaki memang dia kenakan cukup-cukup.” Tanya Ayman lagi.
Dia sangat kenal adiknya yang seorang itu. Nakal memang jangan cakaplah. Irfan
laju menggeleng.
“Rysh
tak buat apa pun bang, mungkin tak sempat ataupun memang dia dah tak nak buat
kut kerja-kerja tu.” Jawap Irfan supaya Ayman berhenti menyoal. Kang dia dok
soal aku pulak terlepas cakap. Habissss parah!
Mereka
berdua diam sambil melayan rancangan yang disiarkan di televisyen. Sesekali
mereka berdua ketawa. Bila dah dapat berborak mama dekat rumah pun Irfan
tinggalkan. Irfan mengerling jam di pergelangan tangan. Mak ai, lamanya aku
duduk sini. Tadi kata nak datang kejap je ni dah satu jam. Dia memandang ke
meja, dahi ditepuk perlahan. Layan abang Ayman sampai nak bagi lauk pun aku dah
lupa. Ayman hanya memandang Irfan menepuk dahinya. Dia tergelak kecil. Ni mesti
ada lupa sesuatu punya.
“Abang,
sebenarnya Fan dah terlupa apa yang mama pesan. Hahaha mama pesan suruh bagi
lauk ni tapi disebabkan rancak sangat borak sampai sejuk lauk yang panas. Maaf
ya bang,” Irfan tersengih bersalah.
Itulah padahnya kalau kuat sangat makan semut. Citttt! Kau salahkan semut pulak Fan oi. Ayman
menganggukkan kepala tanda faham.
“Fan,
cakap dekat mama terima kasih ya untuk lauk ni.” Tunjuk Ayman pada lauk yang
berada ditangannya. Irfan hanya mengangguk lalu berdiri. “Fan minta diri dulu
la ya? Nanti abang kirim salam dekat abang Aymal dengan abang Ayhan, lama dah
tak lepak dengan diaorang kan.” Irfan meminta diri. Ayman menghantar Irfan ke
pintu.
Qairysha
yang baru sahaja turun dari tingkat atas laju menuju kearah pintu. Ditolak
Ayman ketepi. Tekejut besar Ayman dengan tindakan adiknya. Qairysha buat tidak
tahu dengan pandangan abangnya. Matanya tertancap pada seseorang. Yeaaahhh!
“Hai
handsome, datang tak bagi tahu pun kan? Sampai hati awak.” Qairysha berkata
dengan suara yang sengaja disendukan. Perlahan sekali bunyinya. Mimik muka juga
sudah berubah sayu. Irfan terkejut dengan sapaan itu. Mukanya berubah merah.
Qairysha ni dah kenapa sengaja nak malukan akulah tu! Ayman hanya melihat tanpa
berkata apa-apa.
“Sayangnya,
muka handsome tapi rupanya bisu. Kesiannya,” suara Qairysha bagai petir buat
Irfan. Dia tersenyum kelat. Qairysha sudah bersorak riang dalam hatinya. Kau
rasakan penangan Qairysha Adeline.
“Bang
Ayman, saya balik dulu. Qairysha saya balik dulu.” Irfan laju meminta diri.
Sakit telinga mendengar Qairysha menyindir.
“Takkan
nak balik dah kut abang handsome? Awal lagi, meh laa kita borak-borak lagi.
Saya takut awak angau pulak bila tak dapat bercakap dengan saya. Maklumlah,
saya ni cantik sangat sampaikan awak termimpi-mimpi nak datang sini.” Hambek
kau pedassss! Irfan sudah merah muka. Aku terkena balik. Irfan laju membalas.
“Lain
kali ya Rysh, saya takut mama saya risau.” Balas Irfan tegas. Qairysha angkat
kening, erk?
“Anak
emak rupanya, okay bye abang hansome. Malam nanti tidur mimpikan Rysh ya,” Rysh
bercakap siap dengan kenyitan mata
membuatkan Ayman menarik telinga Qairysha. Irfan sudah menundukkan mukanya.
“Dah
Irfan, jangan dilayan Rysh ni. Pergi balik.” Arah Ayman tegas. Kesian dia
tengok Irfan yang terkulat-kulat dikacau Qairysha. Budak ni pun kalau nak
mengusik pun biarlah elok sikit. Muka Qairysha sudah cemberut. Hatinya
mendongkol geram. Telinga masih dalam tangan Ayman. Aduhh sakitlah along,
lepaslah cepat! Hatinya membebel sendirian.
Ayman
menarik telinga Qairysha dan menutup pintu rumah. Tarikan itu dikuatkan
sehingga mereka naik ke tingkat atas. Mata Qairysha sudah berair, sakit! Mesti
merah punya telinga aku ni. Ayman melepaskan perlahan-lahan telinga Qairysha.
Kepala ditundukkan sedikit, telinga itu ditiup perlahan. Melihat wajah adiknya
yang berkerut dia tahu adiknya sedang menahan perit.
“Sakit?”
soalnya prihatin. Kesian sebenarnya. Qairysha memandang alongnya, kenapa wujud
manusia bengap macam alongnya dalam dunia? Dah tarik telinga aku sampai macam
ni boleh tanya sakit ke tak? Oh my Salvator
Feragamos, manusia apa ni?
“Sedap,
macam makan chocolate Toblerone.”
Jawap Qairysha ringkas. Dan jawapan itu membuat Ayman bengang sendiri. Loyar
buruk lagi ya. Kepala Qairysha pula disekeh.
“Aduhh!”
Jerit Qairysha nyaring. Matanya tajam memanah mata abangnya. Itu dah tahap tak
puas hati bila matanya sudah mengeluarkan aura marah. Ayman tersengih memohon
ampun. Eleh sikit je bukan sakit mana pun sekeh tu.
Qairysha
bingkas bangun masuk ke dalam bilik. Baik aku mandi daripada layan abang Ayman
yang dah kena sampuk tu. Eeee sakitnya telinga aku. Tombol pintu dipulas lalu
masuk dan menghempas pintu dengan sekuat hati. Ayman terlompat sedikit terkejut
dengan hentakan pintu itu. Haaaa Qairysha marah betul tu Man. Ahh, esok lusa baiklah
Qairysha tu. Katanya sekadar menyedapkan hati.
No comments:
Post a Comment