Tuesday, May 28, 2013

Cik Lesum 'Batu' Dan Encik Sengal 15


Bab 15

PINTU rumah dibuka, salam diberi. Puan Sharifah Azian yang berada diruang tamu menjawap salam. Matanya menangkap susuk tubuh Irfan yang baru masuk ke dalam rumah. Muka anaknya yang sentiasa dihiasi senyuman itu dipandang.

“Hah Fan baru balik?” soal Puan Sharifah Azian setelah Irfan melabuhkan punggung disebelahnya. Irfan mengangguk perlahan. Kepalanya dikusutkan sedikit. Irfan mengeluh sambil membuang pandang kearah tv. Cerita Adam Dan Hawa yang mama tergila-gila sedang ditayangkan.
Puan Sharifah Azian memandang anaknya, nampak macam anaknya sedang dilanda masalah yang besar. “Fan, are you okay son?” Kesian dia melihat keadaan anaknya. Macam orang putus cinta pun ada tapi takkan la Irfan putus cinta.

Irfan mengalih pandang kearah mamanya. Kepala dianggukkan. “I’m okay ma, don’t worry.” Puan Sharifah Azian semacam tidak percaya akan jawapan Irfan.
Then why you look so bad? It is everything okay?” Puan Sharifah Azian masih ragu-ragu.
Yeah I’m okay.” Potong Irfan laju. Jawapan itu dijawap dengan senyuman untuk meyakinkan Mamanya. Dia kemudian meminta diri untuk ke bilik. Puan Sharifah Azian hanya mengangguk sambil tersenyum. Kaki melangkah memanjat tangga perlahan.
Mungkinkah dia bakal isteriku? Soal Irfan dalam hati. Kepalanya diketuk perlahan, bibirnya tersungging senyuman kecil. Apa yang aku melalut sampai ke situ. Dia ketawa sendiri.

HATINYA mendongkol geram dengan perangai gila alongnya. Jam didinding bilik dikilas sepintas lalu. Dia kemudian membaringkan badannya ganas. Kepala dipusing ke kiri dan kanan sampai dia sendiri pening. Jam berdenting lagi. Baik aku menenangkan jiwa yang gila ni dengan berendam lagi bagus. Kaki bergerak ke bilik air didalam bilik. Bath tub dihampiri, paip dibuka untuk memenuhkan bath tub. Sabun dituangkan hampir separuh botol. Gila! Aku memang dah sawan ni. Sebentar kemudian semerbak haruman sabun tadi memenuhi bilik air. Nafas ditarik, segar. Dia menyalin pakaiannya, radio dihidupkan. Lagu jiwang kesukaannya dimainkan, volume juga sudah ditinggikan. Badannya direndam ke dalam bath tub. Dia terleka sekejap. Keluhan keluar dari mulutnya. Perasaan itu perasaan itu datang lagi. Perasaan sunyi tidak bertepi. Seluruh badan dan kepala dimasukkan dalam air. Dada menahan nafas. Lama dia berbaring dalam keadaan begitu. Laungan azan Maghrib dari Masjid sebelah menyedarkannya. Dia bangun dan keluar dari bath tub. Badan dibersihkan dan air wuduk diambil.
Baju dipakai. Sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Telekung disarungkan dengan tertib. Dengan lafaz Bismillah, dia memulakan tugasnya sebagai seorang hamba, tugasnya sebagai seorang Islam.
Salam diberi, mulutnya terkumat-kamit mengucap syukur kepada pencipta-Nya diikuti surah-surah untuk menenangkan hati. Hatinya sebak tiba-tiba. Dia sendiri tidak faham kenapa dia perlu sebak. Air mata mengalir setitik demi setitik. Pandangan diangkat dari menunduk. Matanya terpandang Surah Yassin yang berada di atas meja berhampiri katilnya. Kaki didirikan, melangkah dengan perlahan mengambil Surah Yassin dan kembali duduk diatas sejadah. Bacaan dimulakan. Air mata yang berhenti tadi kini mengalir dengan lebih deras. Dia kin berasa dirinya betul-betul kerdil disisi Allah SWT. Hatinya kembali tenang setelah hampir separuh membaca Surah Yassin. Dia mengucap syukur dalam hati. Air mata yang mengalir kini kering dengan bantuan Allah SWT.
Dia menghabiskan bacaannya. Surah Yassin ditutup dan dicium penuh syahdu. Dia bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita Islam. Terdapat segelintir wanita bukan Islam menyatakan yang mereka amat mencemburui wanita Islam. Kenapa? Wanita Islam lebih dikenali dengan adab sopannya, sifat pemalunya, ketabahannya dan keikhlasan berjuang untuk hidup sebagai manusia dibumi ini. Disebalik kecantikan yang Allah SWT telah kurniakan terdapat segelintir yang masih tidak sedar dan masih melakukan dosa.
Masih lagi mereka berfoya-foya sehingga terlahirnya seorang lagi umat manusia. Bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, ditinggalkan ditangga masjid, dicampak dari tingkat 3 bangunan dan macam-macam lagi. Tidakkah terbit sekelumit rasa bersalah dalam diri yang membuang amanah Allah terhadap kita ini? Dengan dunia sekarang yang makin tergelam dengan teknologi yang semakin canggih. Manusia lupa akan dunia yang bakal mereka pergi selepas bumi. Nauzubillah.. Minta Allah SWT jauhkan.
Tangannya kini ditadah. “Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kau jauhilah wajah ibu dan bapaku dari disimbah api neraka-MU. Dekatkan mereka dengan syurga-Mu yang indah. Selamatkan kami dunia dan akhirat. Permudahkan urusan mati kami, permudahkan urusan timbangan kami Ya Allah. Amin Amin Ya Rabbulalamin.” Tangan diraup ke muka. Belum sempat dia membuka telekung, pintu bilik diketuk. “Masuk,”
Pintu bilik terkuak. Aymal masuk lalu menutup pintu. Kaki dibawa ke katil. Punggung dilabuhkan diatas tilam empuk itu. “Dah habis solat?” soalan dari Aymal dibalas anggukan dari Qairysha. Telekung ditanggalkan dan dilipat rapi. Sejadah dilipat dua lalu disangkut diampaian tuala. Aymal memerhati setiap gerak geri adiknya. Dia perasankan sesuatu yang pelik dengan adiknya yang jalan dengan menunduk. Qairysha yang berjalan ke hulur ke hilir ditarik duduk disebelahnya. Kepala adiknya didongak memandang kearahnya. Mukanya sembab dan merah. Qairysha menangis? Hatinya sedikit tidak sabar untuk bertanya.
Qairysha hanya diam. Dia masih berfikir bila angahnya balik. Dia sendiri tidak sedar. Aymal tidak mahu terus bertanya. Mesti adiknya akan berdalih. Mulutnya ingin bertanya tetapi berat sekali untuk dibuka.
“Bila..angah sampai?” Qairysha masih menekur lantai saat soalan itu keluar dari mulutnya. Dia cuba merahsiakan apa yang terbuku dalam hatinya. Dia tidak mahu berkongsi perasaan ini. Angahnya mesti perasan dengan perangai dia yang senyap tidak seperti selalu.
“Angah baru je sampai dengan Alang tadi. Adik angah yang cantik ni okay? Ada apa-apa yang nak dikongsikan dengan angah ke?” soal Aymal tenang. Dia tidak mahu terlalu menekan nanti adiknya akan mendiamkan diri. Jadi langkah pertama untuk membuatkan Qairysha membuka mulut sudah dilakukan. Kini tinggal menunggu respon adiknya.
Qairysha hanya tersenyum hambar. Kepala digelengkan tanda tiada apa yang patut dikongsikan. Aymal menggosok kepala adiknya dan menarik Qairysha ke bahagian koridor bilik. Kepala didonggakkan ke atas melihat langit. Lalu menarik Qairysha rapat dengannya sambil mula bersuara.
“Kalau adik memerlukan bahu untuk melepaskan tangisan sedih atau gembira panggil angah, jika adik memerlukan telinga untuk mendengar cerita adik call angah dan jika adik tidak memerlukan angah sebagai tempat untuk mengadu. Adik bersujudlah kepada-Nya, adik ceritakanlah segala kegusaran yang bersarang dalam hati adik. Adik curahkan segala rasa yang terbit dalam hati adik. Adik muntahkan segala ketidakpuasan hati adik. Adik luahkan kerisauan hati adik. InsyaAllah, Allah SWT maha berkuasa dan maha penyayang. Dia pencipta seluruh alam semesta ini. Cuba adik perhatikan langit diatas kita.” Qairysha mendongakkan kepalanya ke atas. Melihat langit yang gelap dan dipenuhi bintang.
“Pernah tak adik terfikir, bagaimana Allah SWT yang mencipta bumi tanpa menggunakan tiang untuk menampung langit? Bagaimana Allah SWT yang menurunkan air hujan dari langit yang tidak bertiang? Subhanallah. Begitu besar sekali kekuasaan Allah. Pernahkah adik terfikir bahawasanya terdapat ramai lagi insan diluar sana yang tidak berdaya untuk hidup dibumi Allah ini? Tetapi mereka terus berjuang dan berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi. Mereka menyakini bahawa Allah itu maha penyayang, begitu jugak adik. Adik perlu sentiasa bersabar dalam menjalani hidup sebagai  seorang manusia. Adik kena kuat untuk orang sekeliling adik dan jangan pernah adik lupa, angah, along, alang, emak dan ayah sentiasa menyokong adik dari belakang walaupun apabila kami sudah menutup mata.” Nasihat Aymal lembut. Qairysha diam. Dia merasa setiap perkataan yang keluar dari mulut angahnya sangat tenang dipendengaran telinga. Hatinya tidak berhenti dari mengucap syukur dan memuji kebesaran Allah SWT.
Ketukan dipintu menghentikan perbualan mereka. Kuakan dari luar terjengul wajah Ayhan dengan gigi yang saja dijongangkan. “Assalamualaikum, ya habib dan ya adik. Sudah-sudahlah tu bercengkerama. Kami ni lapar duk tunggu hang pa dua dok buat drama Hindustan dalam bilik ni.” Keluar dah loghat utara Ayhan. Bila perut mula membunyikan irama, mulut mula macam murai tercabut ekor.
Qairysha dan Aymal berpandangan serentak sambil ketawa kecil. Tahu salah mereka. Laju sahaja kaki dimelangkah masuk ke dalam bilik dan turun ke bawah beriringan dengan dua orang abang yang perangainya Ya Allah. Malaun tahap petala bumi. Haha.
********************


MAKAN malam keluarga Encik Fiqrash Ayzam dipenuhi dengan gelak ketawa sang anak. Ditambah pula dengan kepulangan anak-anaknya yang lain membuatkan meja makan itu gamat dengan suara. Senang hati kalau hari-hari suasana riuh sebegini kalau tidak hanya berempat je. Terpancar sinar kebahagiaan dimuka Puan Qistina melihat telatah anak-anaknya yang dulu hanya sekecil tapak tangan kini sudah meningkat ke alam dewasa. Cepatnya masa berlalu.Qairysha yang tadinya bermuram durja kini bisa tesenyum semula. Makan malam yang sangat indah baginya dengan berkumpul sekeluarga begini menghilangkan perasaan itu sekelip mata. Perasaan itu hilang tanpa disedari.
Selesai makan malam, mereka semua berehat diruang tamu sambil menjamah Red Velvet cupcake buatan aku. Ayhan mula membuka suis untuk berborak. Bermacam-macam cerita yang dijadikan bahan untuk menghiburkan hati kami. Setelah lama kami berdiam diri ayah bersuara pula.
“Syarikat macam mana long? Semua dalam keadaan baik?” Ayman yang sedang menguyah itu terhenti seketika tika namanya meniti dibibir ayahnya. Dia tersenyum senang.
“Buat masa ni Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik. Ayman ada satu berita gembira, syarikat kita dah dapat tender yang pernah ayah idam-idamkan tu. Ayah ingat tak Syarikat Sapura Holding?” Ayman bercerita dengan bersungguh.
Encik Fiqrash tersenyum senang mendengar perkhabaran itu tetapi mendengar satu nama itu membuatkan hatinya bertambah terkejut. “Sapura Holding? Biar betul man? Kamu tak main-mainkan dengan ayah?” Soal Encik Fiqrash seperti tidak percaya. Mahunya nak percaya, hampir lima belas tahun dia cuba untuk merebut tender untuk bekerjasama dengan Syarikat gah dan besar seperti Sapura Holding. Tetapi bukan rezeki kala itu dan tender itu terlepas begitu sahaja. Kini pengkhabaran dari anaknya benar-benar membuatkan dia terperanjat.
“Ya ayah, Sapura Holding. Ayman nak tipu pun tak guna ayah, kalau sekali Ayman tipu dapat keluar jongkong emas seketul tak apalah jugak.” Ayman berseloroh. Dia sendiri sebelum ini tidak percaya dengan berita yang disampaikan pekerja bawahannya. Tetapi dengan bukti yang dibawa membuatkan dia rasa bersyukur sangat. Peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Berusaha itu tangga kejayaan orang-orang yang berjaya.
Kedengaran ucapan syukur dari kedua mulut Puan Qistina dan Encik Fiqrash. Encik Fiqrash berkata lagi. “Jangan disia-siakan peluang yang ada Man, jaga elok-elok syarikat kita tu. Syarikat yang ayah usahakan untuk kamu semua menggunakan tulang empat kerat yang kini tinggal dua rat je.” Lawak Encik Fiqrash disambut riuh oleh yang lain. Puan Qistina sendiri tersenyum simpul mendengar lawak spontan suaminya.
“Nanti kalau ayah dan emak tak ada, kamu bahagikanlah harta yang tak seberapa ini dengan seadil yang mungkin. Jangan kamu abaikan adik kamu yang sorang ni, dia masih mentah dan tak tahu mana buruknya lagi alam dewasa yang bakal ditempuh. Sentiasa mengawasi dia agar tiada yang mempergunakan dia. Sentiasa bersedekah untuk mendapat rahmat Allah SWT.” Pesanan Encik Fiqrash membuatkan aku terkedu. Ayman dan yang lain juga sudah memandang kearah Encik Fiqrash. Ayah ni saja je tau nak buat drama air mata, mentang-mentang aku pelakon utama. Eeee mulalah air mata aku ni nak menitik, drama air mata sungai dah mula membanjiri mata aku. Haih nasib dapat mata banyak air ni.
“Ayah tak baik cakap macam tu, Mati kita ditangan Allah, semoga Allah SWT panjangkan umur ayah dan emak supaya kita sama-sama dapat menjalani hidup didunia ini. Syarikat dan kami masih memerlukan ayah, Man juga sangat memerlukan ayah. Terguris perasaan Man mendengarnya. InsyaAllah, selagi iman masih kukuh kuat di sini di dada ini, selagi langit belum runtuh ke bumi, selagi bulan dan bintang belum jatuh ke bumi . Man akan jaga amanah ayah dengan sebaik yang mungkin.” Ucap Ayman ikhlas sambil menunjuk kearah dadanya yang bidang. Bicara Ayman mendapat anggukan dari Aymal dan Ayhan. Aku? Hanya berdiam diri memikirkan nasib sekiranya emak dan ayah meninggalkan aku didunia yang fana ini.
Bagaimanakah kehidupanku jika tanpa emak dan ayah? Adakah aku dapat bergembira seperti sekarang? Adakah bagai bulan tanpa bintang yang menemaninya sepanjang malam? Adakah bagai siang tanpa matahari? Adakah bagai laut tanpa ombak? Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-MU agar kau panjangkan hayat emak dan ayahku. Amin.

No comments:

Post a Comment